sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Friday, August 21, 2009

Kelebihan Tarawikh & cik zan gi solat tarawikh...

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama
sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta
menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih
sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa
seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya
(cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,
serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam
Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu
berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."


p/s - tadi cik zan gi sembahyang tarawikh..wpun cik zan sakit..tp cik zan tahan..
alhamdulillah..Allah s.w.t berikan cik zan kekuatan..dpt jg cik zan tunaikan
20 rakaat solat tarawikh..3 rakaat solat witir..sumanya 23 rakaat..
tp blk jew rumah trs jew batuk teruk & trs muntah..adeh.. :(
- cik zan pun nak khatam al-quran di bulan puasa ni..lps sahur cik zan baca..trs
g keje..waktu rehat baca..
- hope kwn2 doakan cik zan diberi kekuatan semangat & kesihatan utk cik zan bykkn
amalan di bulan Ramadhan ni...

9 comments:

triple x malaya said...

wah..baguh ar...boleh jadi ustazah ni...ade borang meminang tak...bagi satu nak isi..kot2 lulus ke..jadi calon..hehehe

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

huhu..ustazah..jauh tu..cik zan ni xlayak..
borang eh??..xde..tp leh cik zan btkn..nti leh isi form k..
pastikan taruk gaji berapa ye..haha

anas kaiti said...

bida'ah je tu jann..

tiada satu nas mahupun hadis yg menyatakan sedemikian..

sekadar diada-adakan oleh manusia terkemudian..

seperti jua dgn majlis kenduwi tahlil dan bacaan talqin di kubor..

banyak g pekara bida'ah yg x muat nk ditules yg telah dianggap oleh masyarakat sekarang sbg sunnah dan hukum..

malahan berjamaah tarawih juga adalah bida'ah yg boleh diterima dan dianggap terbaik hasil inisiatif dari Omar Al khatab demi melihat perpaduan..

sedangkan sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw mahupun Abu Bakar ra..

harap jgn marah dgn tegoran haku ni..

sekadar hengat mengengat sbg sahabat..

'V' no war!

hikhikk!

Fahim 'n Alin said...

bdol, oooowwwww...

Unknown said...

marilah kita berterawikh ;)

Unknown said...

marilah kite seranggg masjid...g terawikh..hehe ;)

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

bdol - xpe2..haku bkn jenis mrh org..apa yg ko gtau tu mg btl..tp haku nak merasa nikmatnya ramadhan..that why haku gi masjid..

p.cik - bdol ni leh tahan jg ye?? :)

chipsmore - jom kita serannnggg.. :)

Syariniey Amran said...

slmt berpuasa cin zann :)

banyak betul pahala tarawih ni kan
semangat nak pegi
tp ada kelas malam pulak :(

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

adik syarinie - aa..mmg byk pahala leh kita dpt d bln posa ni..terasa insaf n syukur pun ada..ermm..xpe..nti bl free..g tarawikh ye..thanks sgah blog akak.. :)