sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Thursday, April 30, 2009

JODOH

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Gunakan seluruh pancaindera.
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.


2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.


8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, April 29, 2009

Genap sebulan 1 hari...

Alhamdulillah...
Kita makin erat
Kita makin rapat
Kita makin akrab

Syukur
Kita makin serasi
Kita makin berisi
Kita makin ada chemistry

Terima kasih
sudi terima diri ini
sudi menyayangi diri ini
sudi menghargai diri ini
sudi mencintai diri ini

Cubalah
Kita realisasikan impian kita
Kita usahakan harapan kita
Kita gapai kebahagiaan kita
Kita genggam cinta kita
Agar menjadi milik kita

Moga-Moga
Kita menjadi pasangan paling bahagia
Kita menjadi pasangan paling gembira
Kita menjadi pasangan paling ceria

Sama-sama
Membentuk diri untuk kita bersama
Memperbaiki diri untuk kita bersama
Muhasabah diri untuk kita bersama
Mendalami ilmu untuk kebaikan kita bersama

Elakkan
Ada sifat ego dalam diri
Ada ungkit mengungkit dalam diri
Ada dendam dalam diri
Ada baran dalam diri
Ada pentingkan diri dalam diri

Sentiasalah
Bertolak ansur dalam perhubungan
Sabar jika ada masalah dlm perhubungan
Saling menyayangi dalam hubungan

InsyaALLAH
Dengan lafaz akad darimu
Aku dan kamu bersatu
Menjalin hubungan yang satu
Di bawah bumbung yang satu
Mengharap keluarga & rakan-rakan sentiasa mendoakan impian yg satu
Agar hubungan ini direstui oleh Allah Yang Satu
Tiada dua melainkanMU Ya Allah Tuhanku

AMIN...

Friday, April 17, 2009

PenanTian vs PenGHaRaPaN...

Sesuatu yg sudah tentu berbeza maksudnya
Tapi tujuannya adalah satu hala
Menanti & mengharap berlaku kebaikan
Menunggu & memohon berlaku kejayaan
Menghitung & meminta berlaku keindahan
Membilang & mendoakan berlaku kebahagiaan

Jelaskan pada aku..
Siapa yg tak mahu kebaikan
Siapa yg tak nak kejayaan
Siapa yg tak berkehendak keindahan
Siapa yg tak bermimpikan kebahagiaan
Pasti semua yg selagi bernama manusia..
Hamba Allah S.W.T yg kerdil ini..
Umat Rasullullah s.a.w yg amat dikasihi..
Semuanya mahukan itu..

Tetapi perlu diingatkan
Setiap apa yg kita inginkan
Belum tentu kepunyaan kita
Belum tentu kita miliki
Belum tentu kita perolehi
kerana setiap yg berlaku
kerana setiap perjalanan kita
Perlu berpegang kepercayaan
kepada Qada dan Qadar..

Ketentuan Qada dan Qadar
yg mungkin memberi
kebahagiaan & kesakitan
Tapi di sebalik kebahagiaan & kesakitan
Terselit hikmah yg amat2 besar rahmatnya dari Allah S.W.T
Kesakitan itu dugaan dariNYA
kebahagiaan itu juga dugaan dariNYA
Menguji kesabaran menahan kesakitan
Menduga adakah bersyukur & tidak lupa diri

Jika semua itu dapat dilalui
Pasti Allah S.W.T cepat menggantikan
Kesakitan kepada sembuh
Kebahagiaan kepada keindahan
kerana Dia tidak pernah lupakan kita
kerana Dia amat menyayangi kita

Kita yg lupa padaNYA
Kita yg alpa pada setiap amalan kita padaNYA
Bila kita dihujani kesakitan
Kita mula menyalahkan Dia
Kita mula persoalkan tidak sayangkah Dia pada kita
Kita mula memberontak Dia tidak adil kepada kita

Astaqfirullah`azim..
Kenapa pada Allah S.W.T juga kita ego
Itu sebab kita masih di sini
Masih bersedih mengenang nasib malang yg terjadi
Sedangkan kita yg ego
Ego tidak mengaku kesilapan
Ego tidak mengaku alpanya kita pada suruhanNYA

Renung-renungkan bersama
Pada Dia juga kita kembali
Dia sahaja yg dapat selamatkan kita di dunia & di akhirat
Dia lah segalanya untuk kita
Tidak salah menyintaiNYA
Kerana kita adalah hambaNYA

Apabila semua ini lengkap melengkapi
InsyaALLAH..Dia tidak akan sia-siakan doa kita
Pasti penantian & pengharapan kita
Tidak akan menjadi sia-sia
Tidak akan menjadi kesakitan
Tidak akan terjadinya perpisahan
Tidak akan terjadinya kekecewaan
Tidak akan terjadinya kelukaan

Bersabarlah wahai teman-temanku
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
Kerana Allah S.W.T tidak pernah lupakan hamba-hambaNYA
Yang tidak lupakan Dia...

Saturday, April 4, 2009

Beautiful Song to me...

Mengintai Langit - Coco

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Chorus.
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....
Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu,
bermimpikanmu sepanjang malamku...

Cinta Kita - Touchess

Tidak pernah
Terlintas di hatiku
Kau kan hadir ke jiwaku
Bersama sinar kebahagiaan
Kini segalanya
Yang ku ingini ku kecapi
Kan ku peluk
Kan ku kucup
Segala cinta kau beri padaku
Biar apa pun halangan
Datang seribu dugaan
Akan aku pertahankan
Kesetiaan,kejujuran,
ketulusan cintaku padamu
Jiwa kita
Bersatu dalam cinta
Tiap waktu
Kau ku rindu
Cintamu bahtera hatiku


Chorus.
Biar ku genggam hatimu
Akan sebati denganku
Cintaku hanya untukmu
Setiap degup jantung ini
Menyebut namamu oh kasih
Kau pelangi indah menyinari
Ku berjanji mulai saat ini
Kau kan kekal di hati

Wednesday, April 1, 2009

Bersyukurkah kamu??

Ni aku amik dari blog adik aku..really2 buat aku tersentuh..bergenang gak air mata ni..Perempuan dalam gambar tu namanya Katie Kirkpatrick. umur 21 tahun.
Yang lelaki kat sebelah tu encik tunang dia, Nick. umur 23 tahun.
Katie disahkan menghidap kanser tahap terminal a.k.a final stage cancer. memang tiap-tiap hari berjam-jam dihabiskan dengan buat kimo je. even sebelum majlis berlangsung pun, Katie masih kena buat kimo, dan Nick selalu tunggu dia kat sebelah.Gambar ni diambil sejurus sebelum majlis kawin diorang, 11 Januari 2005 di US.
Sepanjang persediaan untuk majlis kawin diorang ni, Katie disuntik dengan morfin yang memang dah sebati dalam badan dia. Katie mengharung segala kesakitan, mana dengan beberapa organ dalaman Katie yang dah gagal berfungsi, Katie tetap berkeras nak join tunang dan keluarganya buat persiapan. dari baju kawin, dewan, jemputan, semuanya. dari mula persiapan, baju kawin Katie ni terpaksa kena adjust banyak kali disebabkan berat badan Katie yang semakin susut.

Mungkin pelik bagi orang yang tak tahu tapi inilah 'hiasan' wajib sepanjang majlis perkahwinan Katie dan Nick. TONG OKSIGEN - yang digunakan Katie sejak dia disahkan sebagai pesakit kanser tahap kritikal. Pasangan yang tua sikit tu ialah mak dan ayah Nick. Bahagia bila tengok anaknya berkahwin dengan kekasih sejak dari sekolah menengah lagi.

Katie, in her wheelchair with the oxygen tube, listening a song from her husband and friends.

Walaupun Katie gembira di majlis tu, tapi ada masanya dia terpaksa duduk dan rehat kejap. Penyakit kanser buatkan dia tak boleh berdiri lama-lama.

Katie meninggal dunia lima hari selepas majlis perkahwinan ini.

//senyap//.

bergenang air mata aku baca kisah ni. memang, kita sebenarnya yang bikin hidup itu rumit. itu masalah,ini susah,itu renyah.
sebenarnya bahagia itu mudah saja nak ditemui kalau kita ikhlas. masalahnya kita selalu tak puas dengan apa yang kita ada, kan? seratus kita dapat, merungut mahu seribu. cincin silver yang dihadiahkan, menceceh di belakang mahu emas putih.
wajarnya, kita hargai dan syukuri bahagia yang sedikit tu.
sebab, apa janjinya kita mampu kejar bahagia banyak yang di depan, di awangan itu?
apa janjinya kita akan lapang dada walau kita sudah peluk bahagia yang kononnya lebih besar itu?
entah-entah nanti tidur tak lena bimbang kekasih kaya dan hensem tu dicaras model seksi. entah-entah nanti tak keruan pasang bodyguard keliling rumah bimbang wang berjuta dalam laci dirompak.
=)
sesungguhnya bahagia itu subjektif. dan hidup itu singkat. sangat singkat,sebenarnya.

"Life is short
Break the rules
forgive quickly
kiss passionately,love truly
laugh constantly
And never stop smiling
no matter how strange life is Life is
not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful."

Tuesday, March 24, 2009

Strategic Planning at Cinta Sayang Resort..Sungai Petani

Peserta Bengkel Pelan Strategik

Sebelum balik,bergambar dulu kat bilik..
Dari kiri Zila,Aton,Husna & Farah..Suma ni PLV


Dari kiri aku,Nurul & Zila..




Persembahan api di Karnival kat Sungai Petani..kat sini mcm Sunway
Lagoon,tp kecik jer..


Hari minggu baru2 ni aku bersama staf2 dari Jabatan Mekatronik menyertai bengkel pelan strategik di Cinta Sayang Resort kat Sungai Petani.
Tujuan bengkel ni adalah untuk merancang setiap perkara yang melibatkan akedemik,student & administrator untuk peringkat Jabatan.
Boleh dikatakan ramai yang pergi..Aku diletakkan di bahagian Pendaftaran..
Aku terpaksa ponteng kelas lagi pada hari sabtu, Razif tak gi sebab gi kelas,aku tak berani tak gi bengkel ni sebab ia melibatkan kerja..lagipun lecturer kat Polimas pernah cakap, kalau ada alasan yang kukuh,boleh diterima,walaupun ketinggalan pelajaran..erm..di telan mati mak,diluah mati bapa..camne tu?..
4/4/09 pun aku kena ponteng kelas lagi sebab aku terlibat dalam program 7 pillars..aku diletakkan untuk AJK Protokol & Sambutan..erm..siannya aku..kalau la badan ni leh belah 2..leh gak sebelah ke polimas,sebelah lagi buat program ni..

Sebelum persembahan api tu..Kami dipersembahkan ngan show yg bg aku amat2 lah menjengkelkan..ada ke patut ngan suma Prof,Dr. yg berada di situ,leh dipersembahkan ngan aksi2 yg bagi aku tidak lah senonoh..tgh2 nyanyi, ada ke patut lelaki ni buang satu persatu pakaian di badannya?!..
Pastu ada lak lelaki ni berpakaian wanita ngan skirt paras peha,pakai singlet n letak 2 biji belon utk menunjukkan konon2 itu breast..phewww...aku dah la dok bagus punya berhadapan ngan stage..Habis jer makan,kami terus blah dari situ..walaupun show tgh dok asyik menari ala2 konon buat org bernafsu..wekkkk....buat aku muntah ada la..jijik aku..
Diorang ni kalau nak buat show pun, tgk lah siapa audience dulu..ni ada Prof,Dr. ngan kanak2..
isk..teruk tul..
kalau ada peti cadangan kat situ, dah lama aku masukkan komen aku pasal show mlm tu..













Monday, February 2, 2009

Percutian di Sungkai,Perak..




dah lama xjengok blog..sibuk ngn keje & kelas..cuti raya cina ari tu,aku gi Sungkai Hot Spring,Perak..hotel kat sana dah penuh..jadi,kami dok di homestay di Felda Sungai Klah..jarak dari homestay ke Sungkai Hot Spring tu dalam 3km jer..suma aku uruskan..dari soal booking homestay hingga perjalanan ke sana..
sampai sana,sesat nak cari dewan org ramai di mana ketua kampung Felda Sungai Klah tunggu kitorang..abg aku marah2 aku sebab aku tinggalkan dia,aku bukan sengaja..alah..mcm xleh pusing2..bkn besar pun felda tu,pusing2 kot tu jg..kami gaduh..hilang habis mood aku utk bercuti...ngan adik2 aku marah..tension lah,sikit pun tak hargai apa yg aku bt utk satukan family utk bercuti..jd mcm ni lak..sampai ketua kampung tu dgr lah abg aku tengking aku..dia ni mmg panas baran..sampai umh tu,abg aku ajak adik2 aku gi jalan2..aku tak ikut,dia saja ja..aku kata kat mak nak balik jitra..mak marah..mood aku mmg hilang habis..aku tidur..
sampailah tuan umah tu dtg,mood aku dah ok sebab tuan umah tu ramah..borak2..abg & adik2 aku balik dr jln2..diorang pi air terjun rupanya..ni aku boh gambar2 masa aku kat sana,aku sengaja tak ambil gambar sendiri kat sana..dah tak minat bergambar kot..

Monday, January 12, 2009

Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t..jgn sesekali sombong & ego dlm hidupmu..

Aku dpt ni dari blog kawan aku..aku juga beri sedikit pendapat..ia buat aku berfikir & merenung sejenak apa yg berlaku sepanjang hidup aku..
aku harap aku & korang pun ambil lah yg baik2 dari sini...

Ramai di antara kita yg terlupa akan betapa banyaknya nikmat yg telah dikurniakan Tuhan kpd kita. Selalunya kita tidak sedarpun apa tu dia yg dikatakan nikmat sehinggalah ianya hilang dari kita. Nikmat adalah sesuatu yg diberi Allah kpd kita, jika diambilNya, kita akan terasa kehilangan sesuatu yg sukar hendak dikatakan. Nikmat boleh datang dalam berbagai bentuk dan keadaan.
Contohnya nikmat rasa. Dgn rasa, kita boleh tahu betapa sedapnya sesuatu yg kita makan atau minum. Kita boleh tahu samada sesuatu tu lembut atau keras, sakit atau seronok dan sebagainya. Cuba rasa tu tiada, apa jua yg kita makan, minum, sentuh tentu tidak memberi apa apa makna – semuanya sama aje. Bila kita dah tak boleh rasa, kita sedar kita sudah kehilangan satu nikmat yg besar.
Kalau kita sihat kita boleh lakukan apa saja yg kita mahu. Lihat apa akan terjadi apabila kita jatuh sakit. Semuanya tidak bermaya lagi. Semuanya tidak menyeronokkan. Semuanya layu dan tiada bersemangat. Pada ketika itu, barulah kita sedar betapa besarnya makna sihat. Semasa sakit itulah ada kalanya kita berazam, kalau kita sihat kita akan gunakan waktu itu sebaik-baiknya. Barulah ketika kita sakit, kita baru sedar betapa besar harganya sihat. Bagi orang orang yg beriman, mereka akan bersyukur apabila disihatkan semula oleh Allah. Itulah bezanya antara orang yg tahu bersyukur dan orang yg kufur nikmat.
Kita perlu sedar betapa banyaknya nikmat yg Allah beri kpd kita. Sebagaimana yg Allah berfirman dalam Al-Quran yg maksudnya, jika seluruh lautan itu dijadikan dakwat dan semua pokok pokok dijadikan penanya, nescaya kita masih tidak dapat menuliskan semua nikmat Tuhan. Begitulah hebatnya nikmat Allah. Jadi kita kiralah sendiri betapa banyaknya nikmat yg ada pada diri kita ini belum dikira yg luar dari diri kita. Sebab itu Allah selalu mengingatkan kita barangsiapa yg bersyukur ke atas nikmatnya, Dia akan tambah nikmatNya ke atas hambaNya itu. Tapi berapa ramai yg benar benar bersyukur walaupun ke atas nikmat yg sekecilnya.
Bila kita lupa untuk bersyukur, Allah akan tarik kembali nikmatNya dari kita. Pernahkan anda lihat orang yg dulunya waras, tiba tiba menjadi gila. Orang yg mempunyai segala kekayaan, tiba tiba jatuh miskin papa kedana. Orang yg dulunya menduduki puncak kekuasaan, tiba tiba jatuh tersungkur tersembam ke bumi tidak dipedulikan orang lagi. Lihatlah apa sebenarnya yg telah mereka lakukan.

Ada juga kita dikurniakan teman/kekasih yg mungkin dia tidak secantik/sekacak yg kita impikan..tp dia benar2 menyayangi & menghargai kita..itu adalah nikmat yg telah Allah s.w.t kurniakan pada kita yg kita kebanyakkan tidak menghargainya.Bagi kita,kita boleh mendapat yg lebih baik darinya sedangkan bila kita tinggalkan dia,belum tentu kita dapat org yg boleh menyayangi & menghargai kita sebagaimana dia buat.Dan waktu itu,kita baru rasa betapa ruginya kita meninggalkannya..tp pada mereka yg masih ego,tidak akan merasa suma ni..hanya masa yg menentukan bila dia akan berubah..tp ingatlah,jika kita menganiaya org lain, tak mustahil suatu hari nanti kita akan di aniaya juga nanti..Allah s.w.t sentiasa berlaku adil pada hamba2NYA...Beringatlah rakan2 ku..

Oleh itu, selalulah kita biasakan diri ini untuk selalu bersyukur ke atas segala nikmat Tuhan, tak kira samada kecil mahupun besar. Dan ketahuilah, nikmat paling besar sebenarnya ialah nikmat Islam dan Iman. Tanpa keduanya, hidup ini tiada makna dan tujuan sebenar. Bersyukur itu nampak mudah tapi selalu kita lupa untuk menyebutnya. Kita perlu ingat, bersyukur itu bukan dgn sebutan sahaja, tetapi mencakupi melahirkannya dgn perbuatan dan akhlak yg mulia.
Didiklah anak anak kita semenjak mereka kecil lagi supaya sentiasa bersyukur dan banyak mengucap “Alhamdulillah”. Dapat sikitpun kita ucapkan, dapat banyak lagilah. Apabila kalimah ini dah sebati, ringan lidah kita untuk mengucapkannya. Dan setiap nikmat yg Allah beri, selalunya kita akan diuji selepas itu. Mungkin untuk mengetahui sejauh mana syukur kita sebenarnya. Adakah setelah kita terima nikmat kita masih juga boleh menerima kesulitan dan ujian Allah. Itulah hakikat hidup ini dan kita perlu belajar bukan sahaja untuk mensyukuri tetapi juga untuk sabar dan tabah.

Sunday, January 11, 2009

Ego Yang Bisa Menghancurkan Hidup Org Lain

aku nak cite pengalaman aku bercinta dgn manusia EGO..sebab dah tak tahan dgn sikapnya yg suka menyakitkan hati aku,aku putuskan hubungan,walaupun hati aku masih sygkan dia,tp untuk apa jika dia sedikitpun tak pernah hargai aku,hari2 sakitkan hati aku,hari2 jatuhkan semangat & keyakinan aku..aku dah tak nak hati aku disakiti lagi..aku sygkan diri aku..

aku amik dari blog salah srg kwn2 kita..ada aku tambah2 skit..

penyakit ini memang amat2 serious tetapi tidak disedari ramai manusia. Macam penyakit AIDS lah senang cakap. Penyakit yg pada adatnya terkena semasa seronok tetapi kesannya seperti makhluk perosak anai-anai. Sikap yg aku maksudkan itu ialah sikap EGO.

Sikap ego ini perlu ada pada diri kita. Kalau tak ada langsung kita ni boleh dikategorikan sebagai dayus. Samalah macam seorang suami yg tidak berani menegur isterinya yg mendedahkan aurat tanpa segan silu atau apabila isterinya buat kerja maksiat atau berzina terang terangan dan dia, si suami itu, mendiamkan diri sahaja. Orang dayus seperti ini tiada tempat di syurga dan dibenci oleh Allah. Jadi, kita perlu ada sikap ego ini, tetapi pada tahap sedikit sahaja dan hanya perlu untuk menjaga maruah diri.

Aku mendefinasikan EGO sebagai, Everything GOes. Maknanya, orang yg ada sifat ego melampau ni, atau aku panggil “Ego Xtreme”, dia ni akan hilang semua sifat sifat mulia dari dirinya dan dia akan ada semua sifat buruk yg pada sangkaannya adalah baik. Dalam kata Inggeris, orang ego ni, Everything good GOes out, Everything bad GOes into him. Ini definasi akulah. Tapi betul kan.

Sebab apa Tuhan benci orang bersikap ego ini, yg mana boleh terjatuh kpd golongan syirik, ialah kerana ego ni sifat Allah. Dia aje yg boleh ada sifat dan sikap ini. Jadi sesiapa yg mahu setanding dgn sifat Allah tu haram. Macam Firaunlah yg kita tahu dia ni dilaknat Allah kerana mengaku dirinya tuhan. Tengoklah juga si iblis laknatullah, angkuh, sombong, riak dan takabbur. Sesiapa mempunyai sifat dan sikap seperti ini, maka samalah darjatnya dgn iblis tu. Satu kapallah mereka dan azab serta tempatnya nanti di neraka teruk sekali.

Orang yg bersikap ego extreme ni memang semua orang benci kpd dia. Biasanya mereka ni akan berlaku zalim, sakitkan hati orang, menjadi pengacau, penghasut, melagakan orang, buruk peribadi dan akhlaknya. Sebab dia fikir dialah yg terbaik, yg paling berkuasa, yg paling itu dan ini. Dia lupa siapa yg jadikan dia, dari mana dia keluar semasa dilahirkan, betapa bodohnya dia semasa keluar dari perut ibu, makanpun kena suap – anak binatangpun pandai makan sendiri semasa baru dilahirkan. Ini semua dia tak tengok ke. Mana nak tengok, mata hati dah BUTA. Mata kepala lagi tak nampak dah buta babi, babi butapun masih boleh tahu arah tuju dia. Maknanya orang macam ini lebih hina dina lagi dari binatang binatang yg ada. Benarlah apa yg disebut sebutkan Allah di dalam AlQuran yg mulia. Tapi berapa ramai yg mengambil pelajaran.

Dari itu, ingatkan diri kita selalu supaya jangan sombong bodoh. Jangan terlalu ego sebab nanti memakan diri sendiri. Barapa ramai orang, aku sendiri lihat kecundang dalam hidup gara gara terlalu ego. Dah tersungkur baru nak sedar. Macam orang kena AIDS, bila dah reput tubuh badan baru nak insaf. Dah terlambat sebab penyakit dicari sendiri. Kalau nampak kawan kawan yg baru nak praktis jadi ego extreme tu, nasihat nasihatkan lah. Kalau mereka dah nak sampai ke tahap Ego-X tu, dan nasihatpun dah tak laku, baik cepat cepat jauhkan diri, nanti terjebak dan menjangkit pulak.Menjangkit tu sampai kita terikut/kita akan jadi down disebabkan kata2 dia yg menyakitkan hati..mmg manusia ni mmg kejam..mereka ni xde hati perut & perasaan,itu sebab suka hati mak bapak dia ja aniaya org lain..

Orang dlm kategori ego-X ni memang banyak dan kita pula kena banyak bersabar dan berdoa. Aku memang dah biasa kena aniaya dgn orang orang pelampau ni. Aku serahkan mereka kpd Allah untuk perhitungan selanjutnya. Janji Allah itu benar. Tunggu saja dan lihat

Thursday, January 8, 2009

Sejenak teringat Lagu dan Kenangan..

Korang mesti ada lagu2 kenangan korang kan?..

time sekolah menengah ada lagu kenangan..
time masuk U pun ada gak lagu kenangan..
time keje pun ada lagu kenangan..

mcm aku..tak terkira..yelah..lg umur meningkat,lg byk kan lagu kenangan kita kan...

masa aku sekolah menengah mmg byk la lagu kenangan aku..sb aku ni sekolah kat sek.menengah biasa & sekolah teknik..

time sek menengah biasa tu..lagu kenangan aku time tu..Sampai Hati nyanyian dari Spring..
masa tu aku form 1..time tu lagu tu menjadi kegilaan ramai la..yg tak frust pun suka gak..aku?..takde lah frust cinta..form 1 takkan nak bercinta lak..setakat admire kat org adalah..hehehe..
lgpun time tu mana lah aku reti nak melawa..bkn mcm bdk2 sekarang2..gi sekolah pun pakai lipstik,pakai blusher..isk..isk..

masa aku sek teknik yg paling byk lagu kenangan,sb apa tau...time ni ramai la lelaki yg cuba nasib tackle aku..pakat lah isi borang..hehe..
mcm2 lagu diorang bg kat aku..n lagu2 kenangan aku bersama rakan2 yg sampai sekarang kami berhubung..antara yg aku ingat lah..

1 - belaian jiwa
2 - mengintai dari tirai kamar - exist
3 - aku cinta padamu - siti nurhaliza
4 - apa saja - KRU
5 - one sweet day - mariah carey - ni lagu kenangan koir dari kelas Automotif..sedap suara
diorang
7 - Hotel California
8 - Bedroom - Nice Stupid Playground..

byk lagi lagu2 yg menjadi kenangan masa time sek.teknik tu..tp dah lupa la..

time aku study kat ILP..byk puisi2 yg org bg pada aku..hehe..org lelaki dulu2 jiwang tau..tp aku ni yg xnak trima..sebabnya masa tu aku setia pd bf aku..tp dia pun baru2 ni dah kahwin ngan org lain..jodoh xde la kan..masa tu tahun 1998..
setia pun..putus jg kan..itu lah tiada jodoh antara kita..

masa aku dok politeknik pd..byk juga lagu kenangan..time ni baru hati aku terbuka utk terima org lain setelah putus ngn bf aku tu..time ni thn 2000..
rakan-rakan pun best..walaupun dalam kelas hanya 3 org jer perempuan..maklumlah..kos mekanikal..lagu kenangan kami byk..tp aku lak lupa..
kenangan manis aku bila aku dilantik menjadi setiausaha Kelab Jabatan Mekanikal..besar tu...masa tu aku sem 2..akak2 senior aku tak dpt percalonan..mungkin masa tu aku ramai peminat lagi..hehe..

ada gak bebudak kos lain nak tackle aku..
tp tu la..waktu tu mana nak fikir nak serius ngn lelaki kan..sb masa tu tujuan kita belajar..
setakat kawan2 tu boleh lah..

aku start kecewa bila hati aku benar2 terbuka utk mencinta org..sakitnya hati..bila kita dah bersedia..kenapa perlu mereka kecewakan aku?...

bila mcm ni..mula terfikir..aku ni memilih ke?...aku ni trauma ke?..sikap aku ni teruk ke?..
walhal bila putus kerana lelaki tu ada girl lain..

mungkin juga aku ni terlalu menjaga hati org lain dari menjaga hati aku,sebab itu bila aku kecewa,aku akan rasa teruk...
mungkin juga sebab aku terlalu serius,take care,setia bila menyayangi seseorg membuatkan pasangan aku jemu?..tp bukankah itu adalah sikap yg baik?..
aku pernah buang utk tidak beri kepercayaan pd psgn,tidak mengharap padanya..tp pasangan aku lak mempersoalkan syg kah aku padanya,setia kah aku padanya..

apa lah aku ni melalut ni..
apa2 pun aku sentiasa merindui zaman aku 17-23...mmg time tu bahagia sgt bersama kwn2..bila fikirkan pada peminat2 aku (hehe),jika dapat diputar kembali..aku tak akan sia2 kan huluran perkenalan mereka..kerana aku telah melukakan hati mereka kerana biarkan mereka menunggu jawapan dariku..aku tidak sampai hati utk mengatakan tidak sudi,sebab aku tahu jika aku berada di tempat mereka,aku juga akan terluka..walaupun cara aku juga telah melukakan mereka..mereka pun ntah di mana..maafkan aku...

sebenarnya bukan isu rasa bangga bila ada ramai peminat..tp waktu itu cukup terasa diri dihargai..sekaligus keyakinan dalam diri tinggi..semua ni akan beri kesan kepada setiap perjalanan hidup aku..dalam keadaan bahagia,tenang,gembira tanpa rasa rendah diri..

tp sekarang keyakinan & semangat diri aku hilang sedikit demi sedikit hanya disebabkan lelaki yg tidak menghargai aku..kenapa dia begitu kejam?..jika benar dia tidak blh menerima aku seadanya..kenapa dia perlu memberi harapan,meluahkan rasa rindu,syg,cinta,padahal dia tak ikhlas..manusia sekarang dah tak kisah menyakiti hati sesama manusia kan..

kini umurku tahun ni sudah 29thn..terlalu byk aku lalui..suka duka kehidupan..aku juga punya pangkat status yg bg aku ia amat berat utk aku terima..& sukar jg utk org menerima aku...
Hanya pada Allah s.w.t aku serahkan segalanya kerana aku tahu setiap ujian yang aku terima, aku akan perolehi hikmah yg berganda..mungkin bukan sekarang..tp aku yakin padamu Ya Allah..