sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Thursday, June 16, 2011

Pesta durian

nie cita semalam...time balik keja..aku terlihat ramai org n terlihat kelibat lori besar penuh ngan muatan durian tertera banner "Durian kampung (balik pulau)"...pastu diorang list kan jenis2 durian yg ado...


Sampai jer umah..aku heret mak aku pi tempat tu...sgt murah bg aku...kalo kat pasar malam ke kt len2 ke lagi mahal sb durian yg jenis mahal..musang king la..udang merah la..

Satu longgok dlm 6 biji rm15..durian yg lagi terbaik..aku beli 5 biji..rm30..okey la..balik umah..yg selonggok rm15 lagi sedap.....mmg terbaek lah..


Layankan jer gambar2 nie..












Nora Elena

Ramai yg suka tgk cite nie kan....nak2 lagi ada hero Aaron Aziz tu kan...aku pun minat lama dah ngan Aaron Aziz nie..sejak dia join pencarian model kat Singapore lagi..time tu badan dia xde la sasa mcm skrg nie..:) bertuahnya jadi Diyana kan...hehehe...


bukan nak cita pasal Aaron Aziz...tp intipati cite tu sket..novel tu dah lama dok ada..aku n adik2 aku mmg layanz novel2..cakap jer novel apa..suma dah baca..cuma skrg nie ja msg2 sibuk..so,koleksi novel dah xupdate..


tp nanti saksikan filem Ombak Rindu..Aaron aziz berlakon juga..awek yusry KRU pun berlakon..sapa lagi..Lisa lah..diorang akan bawa watak Hariz ngan Nurul Izzah...Tp Maya Karin yg bawa watak Nurul Izzah..tp bg aku lebih baik Lisa sb dlm novel tu Nurul Izzah digambarkan sebagai perempuan kampung..yelah..takut Maya Karin keluar slang bukan melayu tulen..tp apa2 pun..itu dah keputusan diorang kan...


Ombak Rindu tu dari novel gak..nama sama ngan tajuk novel..tak salah aku penulis novel tu Fauziah Ashari..lagi srg aku minat karya Norhayati Ibrahim..byk novel yg diarang bt mmg terbaek dari ladang..best cite Ombak Rindu tu..baca byk kali pun still leh tangkap nangis..syahdu syahdan..hehe hope intipati filem tu tak lari ngan isi novel tu lah...




Apa yang aku nak sentuhkan kat sini adalah :




Korang yg mengikuti novel n cite tu akan tahu yg dlm cite tu seth pernah rogol nora ms zaman sekolah...tp yg aku respect ngan seth nie..wpun dia buat salah..dosa..tp dia seorang yg BERTANGGUNGJAWAB..sb pe?..sb dia cari juga nora..n KAHWIN ngan nora tu...bukan LARI DARI TANGGUNGJAWAB ye....Itu bukan beragama Islam ye...tp kat luar org yang beragama Islam yg banyak LARI DARI TANGGUNGJAWAB..lebih senang ayatnya LELAKI TAK GUNA lah...even nora tu xngandung..tp at least..seth tetap BERTANGGUNGJAWAB..kalau kat realitinya...ramai yg TAK GUNA..







walaupun ia sekadar drama...tp setiap drama adalah dari dunia realiti kita...renung2 kan lah....






mengakhiri entry ini....saksikanlahhhh..........



.



..



...



....



.....



......



.......



........



.........



.........



...........



.............



..................



..



..



..



..



..



..



..







:D




p/s - sangat emo bila dengar lelaki yg lari dari tanggungjawab.....spesis DAYUS n TAK GUNA!!!
- kalo dh lari dari tanggungjawab..yg len/ke depan nanti hope berubah lah jd bnr2 bertanggungjawab n bnr2 manusia..bukan setan...



Tuesday, May 31, 2011

Aku ngaku nangis lepas baca entry nie....




kali ini mengisahkan seekor anjing legenda Jepun, Hachiko...berjuta-juta manusia telah menangisi kematian tragik anjing ini......ceritanya ramai orang yang dah tahu....banyak juga diabadikan di dalam blog2 dan website....ceritanya hanya satu tetapi gaya penceritaan ada bermacam-macam... keberkesanan cerita yang disampaikan kepada pembacanya adalah bergantung kepada pengolahan semula si tukang penulis blog...Cara pengolahan semula yang berkesan akan menyebabkan si pembaca blog akan merasai peristiwa ini seolah-olah baru berlaku semalam....


Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...
21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...



Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )
Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kiku
zaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.




Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam



Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.


Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


























Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....


Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....



Kesimpulan :

Apakah perasaan yang tersirat di hati Hachiko sebenarnya...? Berapa tebalkah kesetiaan Hachiko terhadap tuannya...? Berdasarkan apa yang aku faham, Hachiko tak pernah pedulikan benda lain selain dari tuannya...aku percaya matlamat hidup Hachiko semenjak di saat mula-mula dipelihara oleh Profesor Ueno hanya satu iaitu :

"BERBAKTI PADA TUANNYA SELAGI BERNYAWA..."

MasyaAllah...!!! Mulia sungguh hati haiwan ini....

Bayangkanlah, selama 10 tahun Hachiko menjadi penunggu di stesen keretapi tu....dan dia mati di situ juga...aku yakin semasa disaat-saat akhir nyawanya, dia dikelilingi oleh orang2 awam dan diiringi dengan tangisan sedu-sedan....kesemuanya sayangkan Hachiko....



P/S :

Kalaulah Hachiko ni boleh berkata-kata sebelum dia mati, Hachiko mesti pesan kat Kobayashi :

" Hachi nak pergi jauh ni...Kalau Tuan Ueno balik nanti, tolong pesan kat dia, Hachi sihat ajer....jangan risaukan Hachi yer...!! Jangan bagitau kubur Hachi di mana....nanti dia sedih..."

Wallahualam...!!!



Friday, May 13, 2011

gambar Chot lagi...

time nie beliau xperasan aku amik pic dia..lgpun xguna flash..





bila panggil dia..cpt2 panggung..cpt2 beralih kat len jg..mujur cepat snap..:)


tgk aku mcm xpuas hati jer Chot..sebelah mata sepet tu...hee..beliau bengang sb manyak kali dok panggil dia...hee







Thursday, May 5, 2011

Kucing kesayangan hamba

ini keadaan mereka bila dok 1 umah..xde nya mesra..sb Hero xsuka kedatangan Chot..wpun dh lama Chot kat sini..agaknya beliau rasa kurang kasih-sayang..tambahan lak Chot nie lebih kacak dari beliau..hee

nie lah Hero yg skrg sudah garang..dulu tiap2 malam tido ngan aku..tp skrg xmo tido kt umah..nak kluar ja kejanya..xsalah aku umur dia dah 6thn..that mean lebih kurang 6thn dh dok ngan kami..


Chot nie nak sgt berkwn ngan Hero..tp apakan daya..Hero xhingin..makanya beliau sgt lh bosan dok dlm umah..


time nie beliau dok usha jer Hero..tp Hero bt derk jer..kedua mereka jantan yg telah di `kasi`..huuu..terpaksa sb tkt nti jd mcm kechik..tak `kasi`..beliau lari dari umah mencari pasangan smpai skrg xbalik..huuu


ini lah kechik yang kami rindui...dh la hilang ngan kucing jiran...huuu


umur Chot nak msk setahun gitu..tp dah besar kan..ada mcm Garfield tak?..hee

aksi Chot mengakhiri entry ini..




p/s - sgt terasa bila kita penuhkan keperluan org len..tp time kita memerlukan..org xpeduli..





Wednesday, April 27, 2011

Sehari di Rumah Sri Kenangan

26hb April aku n sukarelawan yg len beramai2 pegi Rumah Sri Kenangan kat Jejawi,Perlis..dekat jer sebenarnya..tp baru kali nie kami berpeluang utk pergi..aku mmg dah lama tringin nak join aktiviti sebegini..alhamdulillah..diizinkan Allah s.w.t..semasa sessi taklimat..kami dilarang utk bertanyakan ttg hal2 yg sedey pd org2 tua nie..kami diminta utk hiburkan mereka..
1st time aku melangkah masuk ke asrama Anggerik..asrama nie menempatkan org2 tua yg tidak sihat..kalo asrama cempaka org2 tua masih sihat..dlm otak nie dok pikir..apa yg aku nak borak ngan org2 tua nie..camne nak bt diorang nie hepi..kebetulan suma dok kat luar..kami dah dibahagikan tugas..lebih kurang 20org lebih di minta utk beramah mesra ngan mereka..bila aku salam dgn mak ngah..trs trgerak hati aku nak sembang ngan dia..rupanya dia xnampak..kami diberi losen n tuala utk diberi pada mereka..sambil borak,sambil mengurut mereka..
Alhamdulillah..aku n kwn2 len dpt hiburkan mak ngah,mak chom,Tok Pah & Mak...dari semalam sampai rini dok tringat kat Mak Ngah lak..xmo type panjang2..nti sedey..Jom layan gambar sepanjang kami kt sana..



yg tudung oren nie Tok Pah..tgh nyanyi lagu Ketipang Payung..yg baju biru tu Dr. Kat penjaganya..Dr.Kat Program Rancangan Mekatronik..wpun dia pangkat tinggi..tp sudi jd sukarela dtg cni..kagum...



sesi massage sambil borak ngan mereka..


Nie Mak Ngah..sayangnya Mak Ngah tak dapat melihat...errmm..Mak Ngah dok sini baru 3 bulan gitu..



nie Mak Chom..pernah ada 8 suami okey...ko hado??..tp takdir bawa dia ke sini..

nie Tok Pah tadi..dari kecik mmg matanya xnampak..sebatang kara..tak pernah kahwin..mak ayah meninggal..dok ngan tokwan pun..tokwan meninggal..xlama mak angkat bawa dia ke sini..mak angkat dia pun meninggal..errmm
tp Tok Pah sangat pandai menyanyi..pantun..syair..katanya belajar dari arwah tokwannya..sampai kami xreti nak balas pantun dia sb bahasa yg dia guna tinggi sangat..hee

Mak Ngah & Mak Chom..

kami suma dok dgr Tok Pah nyanyi lagu Ketipang Payung..kat dewan ada org nyanyi lagu tu..bukan men lagi Tok Pah goyangkan tangan menari..:)


makcik baju putih nie sangat garang okey..xleh sentuh2 dia..tp alhamdulillah dia mahu minum air masak yg aku suapkan sampai habis minum 1 gelas penuh..:)

makcik nie xpasti namanya..sb dia cakap pun dh xjelas nak faham..tp aku tahu dia sgt peramah..

tp cuba korang tgk makcik nie makan...sgt sedey okeyy..kredit to azian yg snap pic nie..kami nak suap diorang xkasi..mcm mak ngah kata..kalo suapkan ari nie..esok mak ngah kena suapkan sendiri jg..aku dh sebak..tp control...xmo sedey2..

nie Mak Sue yg sporting..xsangka lak siap tunjuk peace lagi..hee tp Mak Sue telah mengelirukan kami..1 group awal dok sembang ngan dia cita dia org Bukit Mertajam..siap cita jalan nak pi umah dia..bila kami pi kat dia..dia cita dia org Jitra lak..pun siap cita jalan nak pi umah dia..so,kesimpulannya kami kena faham lah..org tua kan..dah sampai tahap nyanyuknya...:)


Mak Ngah,Mak Chom ngan Tok Pah tgh lunch...

time nie org2 tua kena masuk bilik dah..sb nak siap2 ke dewan (pd yg nak pegi)..wpun ada yg nak pegi,tp pihak pengurusan xbg sb keadaan mereka yg sgt memerlukan perhatian..kata mereka,mereka bukan ada kerja utk itu sahaja..kami akur..aku ngan Dr.Kat pimpin auntie..bangsa cina ye..mmg dia ckp pun kami dh xpaham..tp kami sembang gak ngan dia..dia sangat mmg xlarat berjalan sendiri..


sekitar dalam bilik asrama diorang..


Dr Marwan nie xsenang duduk..ada ja nak tolong itu ini..sangat kagum dgn beliau..


nie Mak cik Kalsom..tp dia soh panggil mak..sgt cpt mesra..cium peluk kita wpun baru kenal..mak nie siap nak rekemenkan anak dia Saidin utk aku..takpun nak rekemen penghuni lelaki kat situ buat aku..pakat gelak kami suma yg dgr..aku layankan jer..nama pun nak hepikan diorang kan...
*nurse yg makeup kan mak nie..kalo aku makeup..tentulah vouge mcm aku..haha



p/s - hope diberi kesempatan utk ke sana lagi @ ke tempat2 yg memerlukan perhatian seperti ini...

p/s - rindukan Mak Ngah...
p/s - love people. and people will love u back



Kisah Hati - Alyah





p/s - sedaya boleh xnak ingat..tp bila dgr lagu nie..terasa sgt kehilangan arwah..


Saturday, April 23, 2011

Karnival Sukaneka KRT Kubang Pasu Zon Selatan

Semalam dok bersuka-suki sampai umah kol 4am..tp pg esoknya kena mangun awal sb kol 8am kena standby kat padang sb kena arrangekan sukaneka..Layan jer lah pic2 kat bawah nie..


utk maklumat lanjut..leh tgk blog KRT kami kat SINI

antara acara yg dipertandingkan..




acara tarik tali yg banyak dpt perhatian penonton..



penyampaian hadiah..



tuan tanah kedaung pun harus diselitkan ye..

kite bakor!!!!


p/s - cuba mencari/menyibukkan diri...