sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Wednesday, June 10, 2009

Kejamnya manusia..Islam ditindas..Dunia nak kiamat..

Mayat beberapa mangsa dijaga waris masing-masing setelah serangan dalam
Masjid Al-Furqan malam kelmarin.
INILAH Masjid Al-Furqan yang mencatat sejarah hitam pada malam kelmarin
apabila 11 jemaah termasuk imamnya maut dan 12 cedera dalam serangan
pengganas sewaktu solat Isyak.



Semalam korang tengok berita tak mengenai pembunuhan di dalam masjid kat Narathiwat??...
Aku yang tengah asyik menjamu selera..Terkejut..Terus berhenti seketika makan..
Korang penah dengar cite ttg penyerang masuk dalam masjid bawa senapang??..pada yg belum dengar..mcm ni citenye..


Semasa org2 Islam sedang menunaikan solat Jumaat...masa ni tengah dengar khutbah..Datang beberapa orang lelaki yg badannya sasa..memakai topeng..dengan memegang senapang masuk ke dalam masjid. Salah seorang dari mereka menjerit..

" kalau korang sayangkan nyawa..nak hidup...sila keluar..tp kalau korang nak mati..duduk dalam masjid ni,kami akan tembak kamu!"..

Jadi, ramailah bertempiaran lari keluar dari masjid kerana takut mendengar kata2 lelaki tadi..Hanya tinggal beberapa orang sahaja di dalam masjid..termasuk Imam..Setelah dipastikan tiada siapa lagi yang keluar dari masjid..berkata lah lelaki yang menjerit tadi kepada Imam..

" Imam boleh teruskan..kerana semua yang munafik telah keluar"...

cerita ini seingat aku masa aku di sekolah menengah lagi sudah diceritakan..
Tapi semalam, berita itu mengingatkan aku ttg cerita ini..menjadi kenyataan..tp yang menyedihkan..bukan untuk mengusir orang2 munafik..aku juga yakin,yg membunuh ini bukan mereka yg sayangkan Allah s.w.t & Rasulullah..kerana mereka membunuh semua jemaah..yg belum dipastikan munafik kah mereka..termasuk Imam.. :`(

Ni petikan dari Kosmo...

NARATHIWAT - Kumpulan enam pengganas berbaju hitam yang menyerang jemaah Masjid Al-Furqan, selatan Narathiwat dekat sini malam kelmarin cukup kejam kerana mereka terus menembak mangsa walaupun ada yang sudah terbaring tidak bernyawa.
Serangan paling kejam itu, dan juga dikatakan yang pertama melibatkan jemaah dalam sebuah masjid di wilayah bergolak itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.
Selepas melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum menembak sepuas hati untuk memastikan mangsa mereka benar-benar mati.
Sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan itu tetapi ada yang berpendapat ia akibat dendam.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian itu berlaku hanya dalam masa lima minit dengan empat lelaki menyerbu masuk ke dalam masjid dari pintu belakang manakala dua lagi menceroboh dari pintu sisi.
Kesemua pengganas itu dilihat memakai seragam hitam, bertopeng serta bersenjatakan raifal M-16 dan senapang patah.

No comments: