sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Monday, June 29, 2009

Mari menonton...

Pada hari sabtu, saya berkesempatan untuk menonton rancangan Beyonce Borders rancangan romantik yang dibintangi oleh Angelina Jolie dan Clive Owen,di mana mereka dari pertubuhan dari Bangsa-Bangsa Bersatu yang membantu satu kawasan di Afrika yang kebuluran.

Setelah menonton rancangan ini, terbit di hati saya betapa beruntungnya saya hidup di dunia ini kerana saya masih mampu makan,pakai cukup,tempat tinggal selesa,mampu mempunyai kenderaan sendiri,mampu membeli apa sahaja menggunakan wang sendiri.
Kasihan saya melihat tubuh badan kanak-kanak dalam rancangan ini.Amat kurus kerana kekurangan makanan & berpenyakit kerana kurangnya zat.Sampai nak berdiri pun tak mampu.
Berebut apabila ada pihak menghantar makanan, ibu bapa sanggup mengadai nyawa berhimpit-himpit untuk mendapatkan makanan kerana mengingatkan anak-anak mereka yang kelaparan.
Bila mereka membantu di Vietnam,askar-askar di sana membantah bantuan yang diberikan.Mereka sanggup membunuh rakyat mereka dari melihat mereka dibantu.Keegoan yang tak bertempat.

<senyap>


Walaupun orang memandang saya kurus, tidak suka kerana saya kurus, punya beberapa bahagian yang kecil,tapi saya bersyukur saya dikurniakan kesihatan yang baik.Takpa la jika ada mereka yang tidak suka & tak terima dengan diri saya.Bagi mereka,mereka sempurna,hebat..Biarlah mereka berbangga.Tapi saya pasti Allah s.w.t sudah beri hamba-hambaNya semua terbaik.Yang pasti saya sayangkan diri saya.

Sebenarnya impian saya ingin melibatkan diri secara serius dalam aktiviti sukarela. (Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk..tp sekadar nak berkongsi, pada mereka yg tak suka..sila tutup blog saya..)
Oleh sebab itu, saya sering mengikut ibu saya selaku Ketua Wanita di sini pergi ke Jabatan Kebajikan seperti ke rumah orang-orang tua, rumah anak-anak yatim.Yang paling saya sedih bila pergi ke rumah orang-orang tua. Mereka gembira sangat jika ada orang yang sudi datang ziarah mereka.Mereka suka jika kita mendengar mereka bercerita, menyanyi,mendandankan mereka.Tapi ada orang tua yang bengis, tidak suka kedatangan orang.Maklumlah, bila di usia tua ni..Perangai kita akan kembali kepada kanak-kanak.Kita juga akan begitu.

Bila mendengar cerita mereka, kisah anak-anak mereka yang tidak endahkan mereka.Saya sentiasa berdoa semoga sepanjang hidup saya, saya takkan abaikan kedua ibu bapa saya, malah saya sanggup berikan apa sahaja yang mereka mahu.Itu sebab saya ingin teruskan pengajian saya ke peringkat lebih tinggi walaupun umur saya dah meningkat 30-an.
Kahwin?..semua yg bernama manusia ingin berkahwin..Tapi itu semua kerja Allah s.w.t..DIA tahu yg mana terbaik buat hamba-hambaNya..Jika mereka nak kata saya ni desperate sangat nak kahwin & pada mereka yang ingin mencemuh kerana di usia begini saya belum mendirikan rumah tangga...Terpulanglah..Itu hak anda.Dosa pahala anda bukan saya yang tentukan.Biarlah Allah s.w.t yang menentukan nasib anda di Akhirat kelak.
Jika anda bahagia..perlu ke menyakitkan hati orang lain?..Anda tak fikir ke Allah s.w.t mampu merubah dunia?..Jadi, buat apa anda ego sedangkan kita semua hamba Allah s.w.t..setiap kejadian hidup kita ditentukan Allah s.w.t..
Setiap manusia dikurniakan perasaan..Jika anda pernah disakiti..begitu juga rasanya perasaan orang yang anda sakiti..Renungkanlah dan sedarlah..Kita di dunia ni bukan selamanya sebab ada dunia yang ABADI di sana..Anda hebat di dunia,tapi penuh dosa..tak ada gunanya..Sama-samalah kita buat amalan yg baik...

No comments: