Jika anda ikhlas..dengan sendirinya anda akan mengutarakan semua dengan jujur..
Jika anda berkata dengan jujur..ia lahir dari hati yang ikhlas tanpa paksaan..
Ini semua adalah dari hati kita sendiri..
Jika hati kita benar2 bersih..kedua perkataan ini akan wujud..
Bagaimana untuk hati kita bersih??..Banyakkan amalan pada Allah s.w.t..Sentiasa istiqfar jika ada insan yang melukakan hati kita..Sentiasa bersyukur atas apa yang berlaku..Sebab, jika kita sentiasa ingatkan Allah s.w.t, Dia akan ingatkan kita..Semua ini saya sedang mencuba..Anda juga patut mencubanya..
Tapi..sekarang kedua perkataan ini wujud dengan pelbagai niat..
Ada niat untuk mengambil kesempatan, kedua perkataan ini dia gunakan untuk mendapatkan apa yang dia nak..
Ada niat untuk melindungi kesalahan sendiri, kedua perkataan ini digunakan untuk mengelakkan dia dari kantoi..
Ada niat untuk seseorang, dia buat kedua perkataan ini bukan dari hatinya..dengan tiada keikhlasan diri, hanya untuk menunjukkan dia baik pada seseorang itu..
Dengan lain maksudnya, semua di atas adalah PALSU..PLASTIK..HIPOKRIK..
Jadi, manusia sekarang dah ramai tidak ikhlas & jujur...
Bukan saya nak berfikiran negatif pada orang..Tapi HATI-HATI..Mungkin juga FOBIA/TRAUMA..jd pada anda di luar yg pernah melakukan salah, pasti anda menyesal jika ada orang tidak percaya kepada anda..Oleh itu, belajarlah untuk menjadi manusia yang ikhlas & jujur...
Susah nak percaya kan orang yang kita pernah sayang, setia, jujur, ikhlas pada dia..akhirnya mengkhianati kita..Dengan mudahnya dia mengatakan pada anda..MAAF..
Untuk rakan-rakan di luar & untuk diri saya juga..berhati-hatilah dengan sikap manusia, tak kira dia lelaki/wanita..Jangan mudah memberi kepercayaan..Kelak makan diri kita sendiri..Saya utarakan di sini adalah kerana saya sudah terkena..Jadi, saya tidak mahu rakan-rakan yang saya sayangi juga terkena..
Sama-samalah kita membentuk sahsiah diri kita dengan sentiasa kuatkan amalan pada Allah s.w.t supaya lebih menjadi seorang yang kuat semangat, tabah & tidak mudah mengalah hanya kerana mereka yang tidak tahu menghargai kita...
No comments:
Post a Comment