sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Thursday, May 20, 2010

DiRiku YanG TaK SemPuRna = KaLiaN..

Aku pernah terbuai..
dengan keindahan kata-kata berupa janji yang hanya pura-pura..
hingga membuat aku leka..
membuat aku lalai..
hingga melakukan kesilapan..
aku telah akur dengan kesilapan diri..
telah sedar dari lena yang menyakitkan & menyedihkan hati..
aku juga telah berserah pada Yang Maha Esa..
aku sama seperti kalian..
tidak lari dari membuat kesilapan..
tp hinakah jika aku ingin berubah menjadi lebih baik?
jijikkah aku jika aku ingin keluar dari kesilapan?
hinggakan tiada peluang diberi kepada aku
untuk buktikan yang aku bukan seperti dulu..
hingga bertalu-talu fitnah & kata2 nista dari kalian??
aku ingin menjadi orang baru..
yang mahukan hari-hari penuh dengan kebaikan..
kerana hidup ini bukan untuk selamanya..
kerana yang `di sana` lebih kekal untuk direbut..
terkadang aku akur disebabkan emosi..
kalian juga pernah..
terlepas juga kemarahan yg terpendam..
yang sabar selama ini..
dek kerana kata2 dari yang tidak dikehendaki..
terima kasih atas pujian..
terima kasih atas ejekan..
terima kasih atas hinaan..
terima kasih atas kenangan itu..
walaupun ada penyesalan di hati ini..
ditinggalkan dalam keadaan yg tidak bersedia..
yg tidak tahu dia sudah ada yg lain..
kesakitan aku atas kebahagiaan kalian..
tp aku redha..
kerana semua yg berlaku..
pasti ada hikmahnya..
insyaAllah..
aku maafkan kalian..
walaupun tiada maaf yg dipinta yg benar2 insaf dari kalian..
walaupun tiada rasa bersalah kalian memperlakukan aku..
kerana ibu aku pernah berpesan..
maafkan saja mereka yang telah menyakiti kita..
kerana kemaafan itu bisa menenangkan hati kita..
mudah-mudahan kalian diberi petunjuk & hidayah..
moga tiada lagi yang disakiti..
bukan mudah untuk menjadi baik..
bukan susah untuk menjadi jahat..
aku juga manusia seperti kalian..
tp aku sentiasa mahu menjadi yang terbaik..


p/s - eratkan silaturrahim..hindari kontroversi..



No comments: