sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Thursday, October 28, 2010

Hadiah untuk diri sendiri..

Hadiah yang aku pernah beritahu sebelum ini adalah :




Hadiah untuk aku berusaha dengan lebih gigih untuk memajukan diri sendiri utk keluarga...
Sebelum ini pekasam yang masih aku teruskan juga..
Blog nie masih baru..tapi jualan berjalan seperti biasa..
Hope kawan2 blogger sudilah shopping di blog aku ye..


p/s - Mudah-mudahan Allah s.w.t melimpahkan rezeki buatku..Aminnnnnnnnnnn


Saturday, October 23, 2010

Happy Birthday to ME....



Happy birthday to ME..
Happy birthday to ME..
Happy birthday to Zanhassida..
Happy birthday to ME.....


Owhhh...sudah genap lah 3 siries...huwaa..xley trima...waaa.... =(



p/s - hari nie juga telah hadiahkan sesuatu utk diri sendiri yg memerlukan usaha yg gigih..caiyok2!!...nanti saya upload hadiah tu ye.. =)



Tuesday, October 19, 2010

Kisah Keabadian Cinta....


Dah 3 kali aku tengok cite nie..arahan Khabir Bhatia..Beliau jg pernah mengarah cite Nur Kasih,Sepi,Setem & Cinta..sentuhan beliau mmg menyentap hati aku..bt trs hati aku jd jiwang..nie yg trs type mcm nie..tp xtaw lh pada org len..

Kisah nie mengenai tentang 3 kisah cinta..

1. Maya & David (Gavin & Cheryl)..konflik mereka apabila family Maya meminta David uruskan perniagaan mereka sedangkan David sangat meminati muzik malah dia seorang guru muzik.Akhirnya mereka berkahwin juga..Maya sedar jika kita menyintai seseorang..semua masalah pasti akan boleh diselesaikan..iaitu bermula dari menyintai..pasti diikuti dengan pengorbanan..

2. Rashad & Dina (Eizlan & Tiz)..Dina yg berumur 22thn adalah anak sahabat Rashad yg bt praktikal di syarikatnya.Dina telah lama jatuh cinta dengan Rashad..tp demi persahabatan Rashad dgn ayah Dina..Rashad melepaskan Dina dengan alasan jika mereka teruskan..Rashad hanya akan menyakitinya & ia pasti akan berlalu dengan tiada terkesan di hati kerna kasih seorang ayah lebih berharga dari segalanya..

3. Hussein & Suri (Remy Ishak & Sariyani)..Hussein lelaki yg mempunyai masalah pendengaran mencintai perempuan buta..Dengan bantuan Zain,Hussein berutus surat tulisan braille dgn Suri melalui bantuan Zain..Setiap penulisan Hussein buat Suri tersentuh,tapi bagaimana seorang yg pekak & buta utk bercinta??..Maka Hussein mengambil keputusan utk terus belajar mengenai code tulisan Braille agar dia dapat terus menulis surat cinta buat Suri..

Antara kisah ketiga ini..aku paling tersentuh kisah ketiga..Kesungguhan seorang lelaki yg pekak berusaha utk mendapatkan cintanya..Bagaimana mereka yg tidak sempurna sifatnya menghargai erti sebuah cinta,tetapi kita yg elok sifat hanya tahu mempermain & mempersenda cinta??...

Dari kisah ini..dapat `bawa` kita mengerti bahawa tak semua kita diberi kesempurnaan hidup..wpun begitu..jika kita sedar bagaimana utk menangani sesuatu masalah..bagaimana hendak menyayangi seseorang..walaupun anda lahir dari keluarga kaya..miskin..kita tetap harus menghadapi apabila kita mula ada rasa sayang..Semua berhak punya rasa cinta..Luahkan jika anda menyinta..tak kisah lah dia menerima/menolak..Sekurang-kurangnya anda berlaku jujur pada diri anda..tanpa penipuan..

jika kita menipu diri sendiri..pasti dgn org lain pun kita akan menipu...PASTI...


Cinta tak perlukan mata..Cinta tak perlukan telinga..Cinta perlukan hati..

...LoVe NeeDs ThE HeaRT...






p/s - Owhh..mlm nie aku jiwang...



Monday, October 18, 2010

...Mencintai tak Beerti Memiliki...

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

~amik dari FB~





p/s - ingatan buat diri sendiri



Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 6

Seperti biasa Nur akan pergi melawat Daniel sebelum memulakan tugas di pejabat.Sudah seminggu Nur tidak masuk ke pejabat.Mujurlah Puan Faridah sudi menjaga Daniel sepanjang dia di pejabat.Hari ini juga hari pertama Hakim memulakan tugasnya.Dia dipertanggungjawabkan dalam menguruskan projek-projek yang sedang berjalan, manakala Fitri mengendalikan projek-projek yang bakal dijayakan.Syarikat ini menjalankan projek seperti mereka bentuk dalaman rumah dan landskap.Semenjak ketiadaan Haikal, ekonomi syarikat agak tidak stabil, ini adalah kerana sebelum ini Nur hanya menguruskan hal berkenaan reka bentuk projek sahaja. Arwah Haikal yang menguruskan syarikat. Ini member tekanan yang besar buat Nur, ditambah pula dengan keadaan Daniel yang begitu. Mujurlah ada Fitri yang membantu.Pagi ini diadakan mesyuarat bagi memperkenalkan Hakim kepada semua pekerja.
“Assalamualaikum semua..Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah seminggu saya tidak dapat masuk ke pejabat,ini adalah kerana anak saya, Daniel masih berada di hospital, saya mohon anda semua sudi mendoakan kesihatan anak saya.Hari ini saya ingin mengumumkan sesuatu iaitu saya nak memperkenalkan staf baru iaitu Ariff Hakim iaitu adik kepada arwah Afiq Haikal..merangkap adik ipar saya.Beliau telah dilantik sebagai pengurus projek sebagai membantu kerja Fitri.Hakim akan ditugaskan mengurus projek-projek yang sedang dijalankan manakala Fitri bolehlah menumpukan pada projek yang tergendala dan akan datang.” Panjang lebar Nur menerangkan. Hakim yang dari tadi berdiri bersuara “ Assalamualaikum semua, terima kasih kepada Puan Nur kerana memberi kepercayaan kepada saya,insyaallah saya akan buat yang terbaik, dan saya harap anda semua dapatlah member tunjuk ajar kepada saya.” Sambil tersenyum dan seketika itu Hakim duduk. Mesyuarat dilanjutkan dengan penyerahan projek kepada Hakim dan pecahan tugas dilakukan.
Setelah hampir 1jam mesyuarat berlangsung, “ Hakim..ini bilik Hakim ye..Maaflah jika ia tak selesa.” Sambil membuka pintu bilik pejabat baru Hakim yang dulunya bilik Nur. “Eh..apa pula tak selesa..Besar bilik ini untuk Hakim.Boleh main golf ni..” Seloroh Hakim.Mereka ketawa serentak. Nur tahu Hakim memang suka bergurau, sama seperti arwah Haikal.
Nur tidak lupa menelefon ibunya bertanya tentang perkembangan Daniel. Menurut ibunya, Daniel masih belum menunjukkan perkembangan positif. Ini membuat Nur tidak dapat focus pada kerjanya.Risau memikirkan keadaan Daniel.
Pintu bilik Nur diketuk. Rupanya Hakim. “Jemputlah masuk.” Pelawa Nur. “ Dari tadi Hakim dok ketuk pintu, baru jemput Hakim masuk?.” Rajuk Hakim. “ Ohh..maaflah..akak tak perasan.” Rasa bersalah pula. “ Mana tak perasan, kalau dok termenung jauh.” Cebik Hakim. Nur tersenyum. “ Maafkan akak ye..” Pujuk Nur. “ Hakim boleh maafkan, tapi akak kena belanja Hakim lunch..Jom akak..Hakim lapar dah ni..” Rengek Hakim. Cepat-cepat Nur melihat jam di tangannya.Rupanya dah masuk waktu tengahari. “Ok..kat mana nak akak belanja Hakim ni?” Sengaja Nur seriuskan muka. “ Err…kat gerai tepi jalan pun takpe.” Hakim rasa serba-salah. “Ok..” Sambil berlalu keluar. Hakim mengikut dari belakang.Nape lak Kak Nur ni ,moody semacam ja..Getus hati Hakim.
Serius muka Nur memandu. Tidak sedikit pun memandang Hakim yang serba-salah di sebelah. “Err..akak..Banyak juga ye kerja kat tempat akak.” Hakim sudah tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan. “ Nama pun kerja kan..” Pendek Nur menjawab. Aduhh..datang bulan ke Kak Nur ni? Bebel Hakim dalam hati.
Nur meletak kenderaannya di depan Hotel JW Marriott, kebetulan pejabat tak jauh dari situ. Hakim masih terpinga-pinga. “ Turunlah, tadi suruh akak belanja.” Hakim menurut. Mereka menuju ke Gonbei Restoren, Restoren makanan Jepun.
“ Memandangkan hari ini hari pertama kamu bekerja, jadi akak belanja kamu kat sini. Kamu kan suka makanan Jepun.” Nur tersenyum. “ Akak ni buat Hakim suspen ja..Muka punyalah serius..Ingatkan marahkan Hakim.” Rajuk Hakim. “Macamlah dia tak pernah suspen kan orang.” Balas Nur. “ Oh..ni kes balas dendam lah ni ye..” Sambil mencubit pipi Nur.Nur mengaduh kesakitan. Mereka ketawa. Jika orang tak tahu, pasti ingat mereka pasangan kekasih. Begitu berselera Hakim makan.Terdapat menu seperti Robatayaki, Teppanyaki, Sushi, Tempura and Sake.Nur juga menggemari makanan Jepun. Pelbagai cerita dikongsi. Gurauan Hakim boleh melupakan sejenak Nur kepada masalah yang dihadapinya.
Kebetulan, Julia baru lepas membuat temujanji dengan Albert.Kenalannya semasa belajar di UK.Sahabat kepada Hakim juga.Dalam diam, Julia bercinta dengan Albert.Albert datang ke Malaysia semata-mata untuk Julia.Apabila keluar dari lif.Julia terpandang sepasang dua merpati gembira di restoren.Dengan rasa sakit hati,tanpa berlengah lagi,Julia mendapatkan mereka.Hakim terkejut melihat Julia di situ, apa dia buat di sini?.Desis hati kecil Hakim.Belum sempat Hakim menyapa, Julia terus menyergah mereka “ Ooo..Bila aku ajak keluar, ada sahaja alasan,kerja banyak lah..jaga anak sedara lah..rupanya dok bercinta dengan kak ipar sendiri!, “Eh..Pompuan..Laki ko dah mati, jangan nak rampas laki aku pula!” Bentak Julia sambil mencurahkan air ke muka Nur.Nur terkejut dengan tindakan Julia.Dia salah faham.Malunya Tuhan sahaja yang tahu.Mahu saja dia menitiskan air mata.Hakim terkejut Julia berbuat demikian.” Julia!” Tengking Hakim.”Apa?! Dah lama sayang sabar dengan sikap baby, kali ni jangan harap sayang nak maafkan b!” Julia terus berlalu.Ramai mata yang melihat. “ Apa tengok-tengok!” Tengking Julia. Tak pasal orang lain kena marah.

Hakim serba-salah pada kak Nur. Hakim cuba meredakan suasana dengan mengajak Nur pergi dari situ. Nur hanya tersenyum hambar.Hakim tahu kak Nur tentu malu.Kalau dia di tempat kak Nur pun, dia akan rasa malu.Dia benar-benar tidak menyangka Julia sanggup berbuat begitu.

Sampai rumah, Julia mendapatkan mamanya, Datin Halina sambil menyembamkan mukanya ke dalam pelukan mamanya.” Kenapa ni sayang? Risau tiba-tiba menangis. “ Julia geram dengan Hakim..” Sambil meleraikan pelukan ibunya. “ La..gaduh lagi..kali ni kenapa pula?” . Datin Halina sudah arif benar sikap anaknya yang sangat manja.Hakim pula tidak suka memujuk. Itu sebablah asyik bergaduh. “Julia nampak Hakim dengan Kak Nur kat Hotel, bukan main mesra lagi.! “ Bentak Julia. “ Hotel?Buat apa?” Risau pula mendengarnya. “Diorang tengah makan, tapi perlu ke makan kat situ, nak mesra segala.” Julia mengadu. “ Makan rupanya…Alah..biarlah..lagipun Nur tu kan kak ipar Hakim, siapa lagi nak temankan Nur kan?.Hakim pula baru hari ni kerja,mungkin nak celebrate agaknya.” Pujuk mamanya. “ Mama ni selalu menangkan Hakim, itu sebab dia buat donno ja bila Julia merajuk.” Rajuk Julia. “Sayang…Lelaki ni tak suka kalau teman wanitanya selalu merajuk tau..Julia kena faham kerja Hakim..Keadaan keluarganya..jangan merajuk tak tentu pasal.” Pujuk mamanya lagi.Lama Julia terdiam. “ Tapi mama..tadi Julia dah marahkan Hakim,siap curahkan air ke muka kak Nur.” Adu Julia. “ La…kenapa kamu buat begitu..tak apalah..kamu minta maaf pada Hakim dan kak Nur ok”. Julia memang panas baran orangnya.Dia bersyukur Hakim sanggup menahan sabar dengan karenah Julia.


*bersambung ^_^



Sunday, October 17, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 5

Bunyi telefon bimbit mengejutkan Hakim yang sedang tidur. Siapalah agaknya yang telefon tengah malam buta ni. Rungut Hakim. Terkebil-kebil matanya merenung jam di dinding biliknya, hampir 3 pagi.Tertera nama Julia pada skrin pemanggil. Belum sempat Hakim memberi salam. " Baby..u kat mana ni?.." Manjanya suara Julia. " Sekarang dah pukul 3 pagi sayang..Jadi b kat rumah, tengah tidur la..takkan tengah buat rumah?" Sengaja Hakim memerli Julia kerana dia tahu kekasihnya ini suka sangat keluar hingga ke pagi. "Isk..b nie..tengah mamai pun boleh buat lawak lagi ye..ni yang buat i sayang kat b ni..ermm..b datanglah rumah Ekin sekarang..ada parti tau.." Pujuk Julia. " B malaslah sayang..lagipun esok pagi-pagi lagi b dengan papa nak pergi hospital, nak ziarah Daniel." Terang Hakim. " Tengok!..Lagi-lagi b lebihkan anak saudara b tu.." Julia seakan-akan merajuk. " Alah sayang ni..itupun nak merajuk,lagipun Daniel kan anak saudara b..dia sudahlah tak ada ayah.." Pujuk Hakim. " So..b nak jadi ayah dia pulak lah ye?." Bebel Julia. " Errm..idea yang baik tu..lagipun Kak Nur tengah single tu.." Usik Hakim. " Baby!!!" Jerit Julia. Hakim terus ketawa dan talian sengaja dimatikan. Dia terus menyambung tidur.


Keadaan Daniel masih sama.Tiada perubahan.Nur tidak putus asa. Dia ada mencari dalam internet jika ada penawar bagi penyakit anaknya ini. Tapi menurut doktor, penyakit seperti Daniel ini memang akan sebati dalam dirinya. Hanya perlu memastikan dia tidak terdedah pada debu dan udara yang kotor.Jika tidak, ia akan memburukkan lagi keadaan. Setiap hari Nur akan menemani Daniel.Mengelap badan anaknya.

" Assalamualaikum.." Sapa En.Ikram. " Waalaikumussalam.." Betapa gembiranya bila melihat ayah mertuanya sudi menziarahi anaknya. Lantas Nur mengucup tangan bersalam dengan En.Ikram. " Nur sihat? " Rindu benar dia pada menantunya ini." Alhamdulillah papa..Nur sihat-sihat sahaja." Senyum lebar Nur. " Papa datang seorang ke? " Nur mengharapkan kehadiran Puan Abdah. " Papa datang dengan Hakim, tadi Hakim bertembung dengan rakan lamanya, kejap lagi datanglah tu." Nur mengeluh. En. Ikram perasan perubahan di wajah Nur. " Mama sibuk kat butik.Jadi dia cuma sampaikan salam buat kamu. " Dalih En. Ikram. Nur tahu yang papanya bohong. Nur hanya tersenyum. " Assalamualaikum ." Sapa Hakim. "Waalaikumussalam. " Di jawab serentak oleh Nur dan En.Ikram. " Pakcik dan makcik mana akak? " . Hakim merujuk pada ayah dan mak Nur. " Mereka tak datang, sebab ada jemputan kenduri di rumah saudara." Terang Nur. Hakim mengangguk tanda faham.

" Bagaimana perkembangan Daniel? " Hakim bertanya lagi. " Macam tu juga Hakim..Doktor masih melakukan pemeriksaan.Akak pun dah tak sanggup tengok Daniel menangis kerana di suntik hari-hari. Tengoklah lengan Daniel ni, sampai lebam." Sambil mengangkat lengan Daniel. Nur menangis. Hakim juga kasihan bila melihat lengan Daniel yang kecil sampai lebam disuntik. En.Ikram menghampiri Daniel. Dikucup mesra.Betapa dia rindukan cucunya ini.En.Ikram menangis.

" Apa kata kita rawat Daniel di luar negara?" Cadang En.Ikram sambil mengesat air matanya. "Doktor Hamdan ada beritahu Nur yang penyakit seperti ini tiada penawarnya. Hanya persekitaran bersih, udara bersih yang boleh mengurangkan serangan penyakitnya ini." Terang Nur. " Kalau begitu, akak perlu bawa Daniel pergi ke tempat yang bersih lah." Hakim bersuara. Nur hanya mengangguk. Kalau begitu, apa kata Hakim bawa Nur pergi ke UK, tinggal di rumah Aizah, di sana udaranya bersih." Cadang En.Ikram. Hakim mengangguk tanda setuju. " Betul tu akak, rumah kak Aizah jauh dengan bandar, jadi, suasana dan udara bersih." Sokong Hakim.

" Tapi..bagaimana dengan soal syarikat? " Nur gusar bila terlalu lama dia menyerahkan hal syarikat pada Fitri." Itu akak jangan risau, Hakim kan ada..Hakim akan tolong akak." Cadang Hakim. " Akak kena tanya doktor dahulu samada Daniel boleh pulang atau tidak." Terang Nur.

" Papa yakin bila Daniel pergi ke sana, kesihatannya akan bertambah baik,lagipun Aizah rindu sangat dengan kamu Nur.." Pujuk papa. Nur juga terlalu rindukan kak Aizah. Menurut Hakim, kak Aizah menyambung pengajian di sana dan telah berkahwin dengan orang sana. Nur tidak diberitahu kerana mama tak izinkan Nur sekeluarga datang ke majlis perkahwinan.Dengar cerita lagi, kak Aizah dapat anak kembar. Pasti comel.


" Tiba-tiba pula aku teringatkan bekas tunang aku lah.." Aidil bersuara. " Alia tu kan..Kenapa pula?" Jefri bertanya. " Takde lah..tadi,mak aku balik dari kenduri rumah kawan dia, jumpa dengan mertua tak jadi aku." Terang Aidil. " Mertua tak jadi?, istilah apa tu? ". Sambil ketawa Jefri bertanya.

" Yalah...nama pun bekas tunang..makanya mak ayah dia tu mertua tak jadi aku la mangkuk.." Jelas Aidil. " Ohh..Dah tu, apa ceritanya?." Tanya Jefri lagi. " Bekas tunang aku kan dah kahwin..sekarang ni dia dah jadi janda." Terang Aidil tersengih-sengih. " Kenapa pula?..Bercerai ke?." Tanya Jefri. " Aaa..tapi bercerai mati..suami dia meninggal." Terang Aidil lagi. " Lor..kesian kat bekas tunang kau tu ye.." Kata Jefri. " Kesian memang kesian..tapi bertuah pada aku." Tersenyum-senyum Aidil. " Apa yang bertuahnya pula?" Tanya Jefri lagi. " Yalah..bolehlah aku mengayat dia balik..untung-untung dapat kahwin dengan dia." Aidil mengenyit mata pada Jefri. " Kau ingat Nur tu nak ke kat kau..dah la putus tunang dulu tu sebab kau yang buat hal." Jefri mencebik. " Alah...itu perkara lama..aku yakin dia dah lupakan dah...apa-apa pun, aku tetap akan dapatkan Alia kembali." Bersemangat Aidil.



*bersambung ^_^



Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 4

Selesai solat, Nur kembali ke wad.Terlihat Puan Faridah mengusap-usap rambut Daniel.Terlihat Puan Faridah menangis.Nur menghampiri Puan Faridah.”Mak..janganlah menangis..Daniel pasti akan sembuh.”

Nur pula menenangkan ibunya.Mereka berdua berpelukan.Dari tadi tidak kelihatan Hakim.Ayahnya baru pulang dari solat.Sangkanya Hakim pergi solat bersama ayahnya. “Mana Hakim?.” Tanya Nur. “Owh..dia dah balik,katanya dia ada temujanji.”Pasti dengan perempuan nie." Getus hati Nur. Haikal pernah cerita,Hakim ni punya ramai kawan perempuan.Mereka berdua sama tampan.Sudah pastilah ramai wanita mengilai mereka.

“Baru pulang nampak…mana kamu pergi sehari suntuk nie?.” Tanya Puan Abdah,mama Hakim. “Hakim ziarah Daniel kat Hospital.” Hakim mengharap mamanya akan bertanya perihal cucunya itu. “ Kenapa pergi tengok pembunuh abang kau hah!.” Jerkah Puan Abdah.Hakim tidak menyangka ayat itu yang keluar dari mamanya. “Mama..bawa mengucap mama..Daniel tu cucu mama..lagipun kematian abang Haikal tiada kena mengena dengan Daniel mahupun Kak Nur.” Kesal Hakim melihat mamanya menjegilkan matanya bila dia berkata begitu.

“Kamu tu baru balik Malaysia,kamu apa tahu?! Jangan nak mengajar aku pula!.” Nampaknya hati mamanya keras untuk menerima kenyataan pemergian abang Haikal bukan kerana Kak Nur dan Daniel. “ Hakim harap mama pergilah ziarah Daniel,dia cucu mama,anak abang Haikal dan Kak Nur.” Pujuk Hakim. “Kamu ni pekak ke apa hah?! Aku tak ada cucu seperti Daniel tu!.” Begitu keras sekali suara Puan Abdah.”Apa yang bising-bising nie?.” En. Ikram bersuara bila dia di atas mendengar suara bising di bawah.

“ Papa..Daniel sekarang ada di Hospital.” Mengharap belas kasihan papanya. “Hah?!..Sakit apa?.” Bergegas En.Ikram menuruni tangga untuk mendapatkan Hakim. ” Menurut kak Nur,Daniel dijangkiti kuman pada paru-parunya.” Terang Hakim sugul bila mengenangkan Daniel. Hakim perasan wajah mamanya juga berubah.Dia tahu mamanya sayangkan Daniel,cuma hati mamanya ego. “ Habis tu sekarang,bagaimana keadaan Daniel?.” Kerisauan pada wajah En.Ikram jelas kelihatan. “Daniel masih di tahap kritikal,tapi pihak hospital sedang berusaha papa.” Cerita Hakim.

“Padan dengan muka dia..Dah elok bunuh suaminya,sekarang ni bunuh anak dia pula..dah tak mampu nak jaga lah tu..bolehlah dia cari jantan lain! ” Puan Abdah bersuara lantang. “Astaqfirullahalazim..apa yang awak merepek nie Edah?..” Marah en.Ikram. Hakim hanya menggeleng kepala. “ Betullah kan…Nur tu pembawa malang tahu tak? Kalau tak kerana dia, Haikal masih elok hidup bang.” Puan Abdah sebak bila mengingatkan arwah Haikal.

“ Tak baik Edah…itu dah ketentuan Ilahi..bukan disebabkan siapa-siapa.” Terang En.Ikram. Puan Abdah mencebik muka dan terus naik atas.Jelas bunyi tapak kaki Puan Abdah seolah-olah memberontak.

“Jadi, kamu dah pergi ziarah?” Tanya En.Ikram. “Dah papa..kesian Hakim tengok Daniel,mukanya pucat..bibir jadi biru.Kak Nur cakap,bila makan pasti muntah balik.” En.Ikram dapat bayangkan betapa deritanya cucunya itu,apatah lagi menantunya yang dia sayang.

“Tak apalah..Jika ada kelapangan esok,papa pergi hospital.” Ujar En.Ikram. “Kita pergi sama-sama papa.” Pinta Hakim. En.Ikram mengangguk sambil tersenyum. “Papa…Kak Nur ada offer kerja di tempat dia, boleh Hakim kerja dengan Kak Nur?”. Pinta Hakim. “Baguslah tu..lagipun Hakim boleh tolong kak Nur uruskan syarikat,yelah..Nur sibuk menjaga Daniel..Takkan nak harapkan pekerja dia selalu,bila ada Hakim,legalah sikit hati kak Nur kamu tu..”. Nampaknya papa setuju.

“ Tapi mama…” Gusar pula ingatkan mama yang bencikan kak Nur. “ Alah…tentang mama jangan kamu risaukan,tahulah papa nak pujuk dia nanti.” Terang en.Ikram sambil mengenyitkan matanya.“Yes!!..cayalah papa..Ok la papa..Hakim naik atas dulu,kita jumpa esok..selamat malam papa.” Hakim minta diri.

“ Eh..Julia..aku tengok sekarang ni jarang kau keluar dengan bf kesayangan kau tu,apa kes?Perang lagi ke?.” Sindir Erma. “ Aku sibuk,takde masa nak keluar dengan dia.” Dalih Julia,padahal Hakim asyik mengelak dari berjumpa dengannya.Alasan yang diberikan dia sibuk menuruskan anak saudaranya yang sakit. Sakit apa sangatlah sampai tak boleh nak keluar bersama.Sakit hati bila ingatkan sikap Hakim kebelakangan ini.

“Kau sibuk? Kalau kau sibuk,takde lah kau menempek kat rumah aku ni cik kak oii.” Bebel Erma. Geram pula Julia dengan minat kepoh sorang ni. “Yang kau ni kepoh sangat ni apahal? Suka hati aku lah nak keluar ke nak hapa ke.” Bebel Julia. “Takde la…aku cuma takut Hakim kesayangan kau tu dikebas orang jer..” Sebuah bantal dibaling pada Erma. ”Padan muka.” Getus hati Julia, tak sayang lagi mulut tu.

Sebenarnya Julia pun risau dengan sikap Hakim yang dingin padanya, perubahan boleh dirasa setelah Hakim pulang dari UK.Kalau berjumpa pun, Hakim sentiasa bercerita tentang kak iparnya dan anak suadaranya.Muak dia mendengarnya.Menggunung pujian diberikan pada kak iparnya itu. Walhal Julia pernah lihat Nur di waktu pengebumian abang Haikal.Takde lah cantik mana pun..Cuma kulit kak Nur tu putih..takde jerawat..tak pakai makeup..muka budak-budak..takde yang special pun..Lagi cantik aku ni..pandai bergaya lagi..Getus hati Julia.

“ Kau dah sampai mana ni? “ Sergah Erma. Iskk..potong stim betul la minah kepoh ni.Julia kebosanan duduk rumah,jadi, dia lepak di rumah Erma.Selalu mereka keluar,tapi hari ni Erma tak dapat keluar sebab dia kena tunggu abangnya yang bekerja di Brunei pulang. Papa dan mamanya sibuk di pejabat.



Ting Tong…bunyi loceng di luar rumah menandakan ada orang datang.Pantas Erma bangun membuka pintu, mengharap abangnya pulang, bolehlah dia dan Julia keluar berjumpa kawan-kawan di parti rumah Ekin.Ekin buat parti sempena hari ulangtahunnya.

“ Sampai pun abang Is…eh..mana kak Ros? “ Sambil menjengah-jengah mencari kelibat kakak iparnya,kak Ros. “ Dia tak ikut balik.” Pendek sahaja jawapan abangnya dan terus berlalu masuk.Ketika itu jugalah pandangan Is dan Julia bertembung.Lama Is terpaku dengan kecantikan Julia.Dengan pakaiannya yang sungguh seksi.Is menelan air liur.Belum sempat menjamah lebih lama kecantikan tubuh badan Julia. Erma menyergah Is. “ Abang Is..kitorang nak keluar ni..kalau papa dan mama Tanya,katakan Erma dan Julia pergi rumah Ekin tau.” Is hanya mengangguk kerana matanya masih menatap susuk tubuh badan Julia yang mengiurkan. Mujur Ros tak ikut pulang. Getus hatinya.


“ Banyaknya yang perlu saya tandatangan.” Keluh Nur. “ Maaf Puan, semua dokumen ni penting untuk Puan tandatangan untuk tindakan seterusnya.” Terang Fitri.Pembantu setia merangkap kawan baik arwah Haikal, sekarang ini bekerja dengan Nur pula. Nur mengarahkan Fitri membawa dokumen yang perlu diteliti atau perlu di tandatangani ke rumah kerana banyak masa Nur dihabiskan di rumah dan di hospital.

“ Nur..apa kata kamu pujuk Hakim kerja dengan kamu,sekurang-kurangnya ringan sikit beban kerja kamu.” Cadang En.Akmal. “Betul kata papa kamu tu.” Sokong Puan Faridah. “ Kita tak boleh lah nak paksa dia ayah..mak..lagipun bukannya ayah dan mak tak tahu yang mama Abdah tak sukakan Nur lagi,mustahil Hakim boleh bekerja dengan Nur.” Nur mengeluh. Dia sendiri tidak faham kenapa ibu mertuanya menyalahkan dia dan Daniel atas kematian Haikal.Tapi dia terpaksa akur, sesiapa pun pasti akan merasa sedih dan emosi bila orang yang mereka sayang pergi meninggalkan mereka selamanya.



*bersambung ^_^



Thursday, October 14, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 3

“ Ini Puan Nur Alia Damia?” . Tersentak Nur apabila namanya dipanggil.
”Ye saya”.Terus Nur cepat mendapatkan jururawat yang memanggil namanya.
”Sila ikut saya”. Arah jururawat itu.
Terpampang di pintu sebuah bilik dengan tertera nama Doktor Hamdan.Apabila pintu dibuka.Terlihat oleh Nur seorang doktor lelaki yang sibuk menulis sesuatu di atas kertas.”Mungkin ini doktor Hamdan tu.” Nur meneka.
“Doktor..ini saya bawakan Puan Alia Damia, ibu kepada pesakit bernama Afiq Daniel.” Doktor itu hanya mengangguk dan tersenyum meminta Nur duduk.Berdebar hati Nur tatkala berdepan dengan sebarang kemungkinan berita yang akan disampaikan oleh doktor ini.Adakah berita baik ataupun buruk?..”Ya Allah..Kau selamatkanlah anakku”.Rintih Nur.
Setelah lama Doktor itu menulis. ”Maaf buat Puan Alia Damia menunggu”.Barulah dia bersuara. “Panggil saja saya Puan Nur”.Ujar Nur.”Baiklah Puan Nur,menurut pemeriksaan saya terhadap anak Puan,saya dapati ada jangkitan paru-paru pada anak puan”.
Ya Allah…betapa terkejutnya Nur mendengar berita ini”.Tanpa dipaksa,air mata Nur mengalir.”Kami masih lagi dalam pemeriksaan jangan risau, setakat ini keadaan anak Puan tidak membimbangkan.”Walaupun Doktor berkata begitu, Nur tetap risaukan anaknya.”Kasihan anak aku, sudahlah tidak sempat merasa kasih-sayang ayahnya, sekarang pula ditimpa sakit begini.” Rintih pilu Nur sendiri.
Sudah 2 hari Nur di Hospital menjaga anaknya.Daniel masih tidak menunjukkan reaksi positif. Nur terpaksa melupakan soal pejabat demi kesihatan anaknya.Mujurlah Fitri, pembantunya yang menguruskan hal syarikat buat sementara waktu ini.Menurut doktor,anaknya masih tidak dapat dikenal pasti tahap serius penyakitnya,oleh sebab itu,anaknya perlu di tahan di wad bagi memastikan Daniel sihat sepenuhnya.Bagi Nur, dia tidak kisah jika dia terpaksa tidur di Hospital asalkan Daniel sihat dan kembali ceria.Nur amat kasihan melihat wajah anaknya yang sedang nyenyak tidur setelah semalaman asyik merengek tidak sihat.Bibirnya yang menjadi kebiruan membuat hati seorang ibu tak tenang dibuatnya,lagipun Daniel asyik muntah bila disuap makanan.
“Akak…” Nur dikejutkan dengan satu suara. “Owh..Hakim..dah lama Hakim sampai?.” Terkebil-kebil Nur bangun dari tidur apabila melihat Ariff Hakim berdiri di depannya.Ariff Hakim adalah adik kepada Haikal yang belajar di UK.Kali terakhir Nur berjumpa dengan Hakim adalah semasa pengebumian Haikal.Waktu itu mama dan papa Haikal menyalahkan Nur di atas kematian Haikal.Mereka tidak mahu mengaku Daniel adalah cucu mereka.Bagi mereka Daniel anak sial manakala Nur sebagai pembawa malang.Manakala kali terakhir Nur dapat tahu Hakim kembali semula ke UK.Sampai sekarang Nur tidak tahu bagaimana keadaan keluarga mertuanya.
“Hakim baru saja sampai,Hakim dapat tahu tentang Daniel pun dari Fida,setiausaha akak.” Terang Hakim sambil duduk di sisi Nur.Hakim dapat lihat kesedihan dari wajah kakak iparnya.Dia sangat kasihan dengan nasib yang menimpa kakak iparnya.Sudahlah Abang Haikal meninggal dunia di saat-saat genting kak Nur melahirkan Daniel,keluarga mertua membencinya dan sekarang pula Daniel terlantar sakit begini.
“Terima kasih Hakim sudi datang,bila Hakim pulang dari UK?.” Soal Nur. “Daniel kan anak saudara Hakim,pastilah Hakim datang,Hakim balik dah 2 minggu kak.”
Hakim sangat menghormati kakak iparnya,mereka hanya ada 3 orang adik beradik.Hakim anak bongsu.Hakim mengenali Nur melalui cerita dari kakaknya, Aizah.Dari cerita Aizah, tahulah Hakim yang Nur seorang wanita yang sangat tabah dan mempunyai semangat yang tinggi.Aizah menyambung pengajian ke UK setelah Haikal dan Nur bertunang. Oleh itu, Hakim tidak mempercayai kata-kata mamanya mengenai Kak Nur yang kononnya Abang Haikal meninggal dunia disebabkan oleh Kak Nur.
“Apa kata doktor ?.” Hakim bertanya. “Doktor masih menunggu perubahan dari ubat yang diberikan pada Daniel,jika positif,Daniel sudah melepasi tahap kritikal dik.” Terdengar sayu dari suara Nur.”Harap semuanya baik-baik lah akak ye…” Pujuk Hakim. Nur hanya tersenyum tawar.Dia sendiri gusar memikirkan Daniel. “Oh ya akak…Kak Aizah sampaikan salam buat akak..dia tak dapat pulang kerana perlu mengambil exam.” Terang Haikal.Rindunya pada Kak Aizah yang pernah menjadi pensyarahnya,kini menjadi kak iparnya walaupun Haikal sudah tiada,Nur tetap menganggap Aizah seperti kakaknya sendiri.
“Assalamualaikum…”Mak Nur menyapa.”Waalaikumussalam..”Serentak Nur dan Hakim menjawab.
“Eh..kalau tak salah ayah,ni Hakim adik pada Haikal kan?” Ayah Nur bertanya. “Ye pakcik..saya Hakim adik abang Haikal.”Hakim bersalam dengan ayah Nur,Encik Akmal.”Dengar kata,kamu belajar di UK kan?”Tanya ayah Nur lagi. “Betul tu pakcik,tapi saya dah habis belajar,dah 2 minggu saya pulang ke Malaysia.”Terang Hakim lagi.”Jadi,dah mula bekerja ke?.”Nur hanya memerhati ayah dan Hakim berbual,manakala mak Nur,Puan Faridah asyik memotong buah yang dibawa bersama tadi.
“Masih belum bekerja pakcik,lagipun saya baru balik,ingat nak rileks dulu.”Tersengih-sengih Hakim menjawab.”Kalau macam tu, apa kata kerja kat syarikat abang Haikal?.”Cadang Nur.”Betul kata kak ipar kamu tu Hakim,dari kerja kat tempat lain,lebih baik kerja dengan kak ipar sendiri.”Puan Faridah menyokong.Encik Akmal mengangguk tanda setuju.”Ermm..nantilah ye akak..Hakim belum bersedia lagi nak bekerja.” Hakim bukannya apa,mengenangkan perbalahan antara kak Nur dan mamanya yang buat dia serba-salah.Ikutkan hatinya,mahu saja dia terima cadangan kak Nur itu.
“Tak apalah dik..kalau Hakim dah buat keputusan,just tell me ok.” Sambil menepuk bahu Hakim.Hakim suka melihat kak iparnya yang sentiasa tersenyum walaupun dugaan datang.Dia berharap mendapat isteri seperti Kak Nur.
Sedang rancak berbual, terdengar tangisan dari Daniel.Dia sepertinya mengalami sesak nafas.Semua panik, Hakim segera memanggil doktor. Nur cepat-cepat mendapatkan anaknya.Nur menangis melihat keadaan anaknya.Doktor bersama seorang jururawat pun datang.Semua berdebar-debar.
Doktor memberi suntikan pada Daniel.Sudahlah badan Daniel penuh dengan wayar,ini pula dicucuk.Hati ibu mana tak sedih melihat keadaan Daniel.Setelah beberapa ketika,Doktor Hamdan bersuara,
“ Keadaan anak puan masih dalam keadaan kritikal,dia perlu ditahan lagi untuk pemeriksaan lanjut.” Nur hanya mampu menangis.Hakim terduduk manakala en.Akmal menenangkan Puan Faridah.
Keadaan kembali sepi.Maing-masing melayan perasaan sedih.
“Mak…ayah..tolong jagakan Daniel ye..Nur nak ke surau.” Pinta Nur. Puan Faridah mengangguk perlahan sambil tersenyum.Dia sayu melihat wajah anaknya.Dia tahu walaupun terlihat wajah kesedihan pada Nur,dia yakin Nur seorang wanita yang tabah.Hakim hanya memerhati Nur longlai melangkah keluar dari bilik.Hakim ingin membuat Nur tersenyum kembali.Tapi bagaimana caranya dengan keadaan Daniel begini.
Selesai solat, Nur menadah tangan memohon doa dari Yang Maha Esa.”Ya Allah..Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Aku hanya hambaMu yang lemah,tiada daya untuk aku menerima dugaanMu.Aku mohon Ya Allah..Kau selamatkanlah anakku, cukuplah Kau ambil suamiku.Janganlah Kau ambil anakku,berilah anakku terus hidup supaya menjadi teman hidupku Ya Allah..Sesungguhnya aku tidak berdaya menanggung dugaan ini Ya Allah..Aku mohon padaMu..Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah…Bercucuran air mata Nur.Nur masih di atas sejadah.Menyandarkan badannya ke dinding.Merenung nasibnya yang sering diduga.


*bersambung...^_^


Wednesday, October 13, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 2

Teringat sebulan sebelum kematian Haikal, mereka berdua berehat di beranda luar rumah mereka yang dibuat sendiri oleh Haikal.

“Sayang…Kalau apa-apa terjadi pada abang..Sayang janji pada abang yang sayang akan jaga anak kita ini sebaik mungkin ye.” Haikal memecah kesunyian sambil mengusap perut Nur.”Apa yang abang merepek nie?..kita berdua akan jaga anak nie bersama-sama.” Ujar Nur sambil menepuk tangan Haikal.Haikal hanya tersenyum sambil meraih bahu Nur sambil Nur melentokkan kepalanya ke bahu Haikal.Waktu itu,Nur tidak terfikir bahawa kata-kata Haikal itu adalah petanda yang dia hendak `pergi`.

Sesungguhnya Nur sangat bahagia dikurniakan suami yang benar-benar menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.Masih kuat ingatan Nur pada pertemuan pertama kali mereka di kampus UTM di mana Nur menyambung pengajian separuh masa manakala Haikal sepenuh masa.Ingatan Nur pada bibit-bibit percintaan mereka juga takkan pernah padam.

Sedang leka Nur mencari bahan rujukan untuk assignmentnya, dia tidak mengetahui yang dirinya diperhati oleh Haikal.Hinggalah Sofea,rakan sekelas Nur menegur.”Nur..ada orang perhatikan kau lah.”Sambil memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Haikal yang asyik perhatikan Nur.

Belum sempat Nur melihat Haikal,Haikal sudah kelam-kabut melarikan diri setelah mengetahui dirinya pula diperhatikan.”Mana?..Kau ni ada-ada saja lah Sofea.”Nur membebel sambil menjengah arah yang ditunjukkan oleh Sofea tadi.

”Betul..Tadi ada sorang mamat tui baekk punya usha kau.”Sambung Sofea lagi.”Apa-apa sajalah”.Malas Nur melayan.”Baik aku pergi dari sini”.Getus hati Nur setelah buku yang dicarinya sudah jumpa.

Nur tinggal di rumah sewa bersama dua rakannya, Ika dan Sofea.Ika dan Sofea bekerja di kilang berhampiran.Di situ Sofea bekerja sebagai kerani dan Ika sebagai Supervisor di situ.Manakala Nur bekerja di sebuah syarikat kontraktor sebagai pelukis pelan dan malam harinya dia dan Sofea bekerja part time di sebuah restoren makanan segera.

“Mamat yang usha kau kat library tadi hensem tau. Nampaknya topik siang hari masih bersambung.”Ha?..Mamat hensem?..Mana?Mana?.” Ini lagi sorang, kalau bab jantan..Gatal satu macam.Getus hati Nur.”Aa..hensem..cute pun ada..”Sofea melayan.

Sedang asyik mereka berborak.Datang seorang lelaki ingin memesan makanan.Nur bekerja di bahagian cashier seperti biasa melayan pelanggan dengan senyuman mesra. “Selamat datang encik.Makan di sini atau bawa pulang?.Wajah lelaki itu berubah tatkala melihat wajah Nur tanpa secalit make up,dengan senyuman yang manis.Ketika itu juga Sofea datang menyergah.”Eh..awak ni yang dok usha kawan saya kat library siang tadi kan?.” Tuduh Sofea.

Tercengang Haikal,mana terkejutnya melihat Nur yang diminatinya,ditambah dengan sergahan Sofea.”Awak ni kenapa meninggikan suara pada customer, Sofea?.” Encik Amri selaku supervisor menegur.Pucat muka Sofea.En.Amri memang seorang yang tegas.

”Fuhh…mujur ada penyelamat”.Lega Haikal.Nur mengambil pesanan.Tapi Nur perasan cara Haikal memandangnya bukan pandangan biasa.Malah Haikal seperti sengaja duduk di meja berdekatan dengan kaunter.Nur juga tak nafikan yang Haikal mempunyai wajah yang tampan.

Memandangkan Nur belajar secara separuh masa,maka dia perlu tekun mengulangkaji pelajarannya walaupun kelas hanya di hari minggu.Dia terpaksa bekerja siang dan malam kerana kedua ibu-bapanya tidak mampu untuk menanggung kos pembelajarannya.Kos belajar separuh masa adalah 2kali ganda berbanding kos sepenuh masa.

Nur tidak malu untuk bertemu dengan pensyarah kerana dia sedar dirinya yang kini sudah menganjak 29tahun yang anggapan orang umur sebegini patutnya sudah mempunyai kerjaya yang bagus,suami dan anak-anak.Tapi Nur yakin..tiada istilah terlewat untuk dia terus belajar dan berjaya,kerana rezeki semua orang tidak sama.Apa yang penting,dia perlu berusaha.

Puan Aizah,salah seorang pensyarah Nur yang sangat memahami Nur.Beliau lah yang banyak membantu Nur.Malah beza antara mereka hanya setahun.Nur muda setahun dari Aizah.Boleh dikatakan setiap hari Nur akan merujuk kepada Aizah.Kadang-kadang mereka akan makan bersama jika ada masa terluang.

Hinggalah pada satu hari, seperti selalu Nur akan menunggu Aizah di tempat biasa untuk bertanyakan mengenai sesi pembelajaran tadi.Sedang leka menunggu, handphone Nur berdering.Tertera nama Aizah.”Assalamualaikum Nur..”Sapa Aizah. ”Waalaikumussalam..”Jawab Nur.”Maafkan saya Nur..saya tak dapat bantu Nur petang nie..tapi saya akan gantikan orang lain,boleh kan?”Terang Aizah.

“Err..siapa pula?..”Gusar hati Nur.Kalau boleh,dibatalkan saja,tapi bila mengenangkan esok ada ujian,dia terpaksa akur.

”Alah..adik Aizah..Dia pelajar kat sini juga..Tapi dia dah semester akhir”.Terang Aizah.

“Adik?..Tak tahu pula yang Aizah ada adik kat sini.”Pelik Nur.”Aa..Aizah dah beritahu dia,dia dah on the way ke sana,jadi,Nur tunggu dia ye..Sorry again.Ok..saya ada hal ni.Bye..”Talian dimatikan.Belum sempat Nur nak tanya nama adik Aizah itu.

Tak lama menunggu.Datang seorang lelaki menghampiri Nur.”Macam kenal ja mamat nie”.Getus hati Nur bila lelaki tu semakin menghampiri.”Assalamualaikum.”.Sapa lelaki itu.”Waalaikumussalam."Jawab Nur dalam keraguan. “ Awak ni Nur Alia Damia kan?”.”Gulp..siap nama penuh dia sebut.”.Nur menelan air liurnya. Nur hanya mengangguk perlahan. Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan tangan “Nama saya Afiq Haikal,adik Puan Aizah.”Terang Haikal mesra.”Owh..adik Aizah.”Getus hati Nur. “ Maaf,tapi saya tak boleh sambut tangan awak,kita bukan muhrim.” Seboleh mungkin Nur tidak mahu buat Haikal terasa. “Ops..takpe..saya yang patut minta maaf.” Tersipu-sipu Haikal sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu dek perbuatannya tadi.

Sejak pertemuan itu,mereka semakin rapat.Aizah seolah-olah sengaja selalu tidak dapat membantu Nur,malah diberi ruang pada Haikal untuk bersama dengan Nur.Mereka juga beberapa kali keluar bersama,dan Haikal telah berterus-terang bahawa dia lah yang selalu memerhatikan Nur.

Hinggalah mereka keluar bersama seperti biasa,selepas makan malam,Haikal sengaja mengajak Nur berjalan menyusur pantai.Sebenarnya Haikal sudah merancang untuk melamar Nur.Nur saja yang tidak tahu.Semasa mereka berjalan menyusur pantai, Nur terlihat sesuatu yang bercahaya di pasir itu.Lantas berlari Nur kearah tersebut.Terlihat olehnya obor api yang membentuk hati dan di dalam hati itu pula terbentang tikar yang di atasnya dihias indah dengan bunga-bungaan.Lantas Nur terus memandang Haikal yang tersenyum.Tahulah dia semua ini Haikal yang buat.

Haikal menghampiri Nur yang masih lagi kaku melihat kerja tangan Haikal.Lantas Haikal memegang tangan Nur sambil mangajak memasuki ke dalam lingkaran hati dari obor-obor itu.Pelbagai perasaan bercampur-baur dalam hati Nur.Terharu,gembira,teruja..

“Haikal buat semua nie?”Tanya Nur. Haikal hanya mengangguk sambil tersenyum.Nur membalas senyuman. Haikal menarik tangan Nur lalu dikucup perlahan sambil mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya.Kelihatan Haikal mengeluarkan sebuah kotal baldu berwarna merah.Sebentuk cincin berlian yang cukup cantik rekaannya dikeluarkan oleh Haikal.

“Sudi tak Nur jadi isteri Haikal.”Lamar Haikal.Tidak terkata oleh Nur tatkala diperlakukan begini.Wajahnya bertukar kemerahan.Malu,gembira pun ada. Nur hanya mengangguk terharu sambil Haikal menyarung cincin ke jari manis Nur.Sungguh indah saat-saat itu.

Tidak sampai 2bulan setelah Haikal melamar,mereka diijabkabulkan dengan meriahnya.Malah mereka sempat berbulan madu di Bali,Indonesia selain dapat pergi ke Makkah,hadiah dari keluarga Haikal.Setelah Nur habis belajar.Nur bekerja di syarikat yang diusahakan oleh mereka berdua.Nur juga mempunyai syer saham tertinggi di syarikat tersebut.



*bersambung... ^_^


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



ALLAH knows BESt!~♥


p/s - amik dari en.FB..

Ku Terima Jika ini Takdirku...

Nur masih termenung jauh.Terlihat olehnya sekawan burung berterbangan.Sungguh indah ciptaan Tuhan.Getus hati Nur.
Lamunan Nur dikejutkan oleh tangisan Afiq Daniel, anak Nur."Daniel sudah terjaga dari tidur rupanya." Getus hati Nur.Tanpa berlengah lagi, Nur mendukung anaknya sambil memujuknya supaya berhenti menangis.
Setelah kematian suaminya, Afiq Haikal 2 tahun yang lepas.Genap juga lah umur Afiq Daniel 2 tahun.Hasil perkahwinan mereka yang dibina selama 3 tahun.
Suaminya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Arwah bergegas ke hospital setelah mengetahui Nur mahu melahirkan anak.Nur melahirkan Daniel lebih awal 3 minggu dari jangkaan doktor,disebabkan itu jugalah arwah tidak menemani Nur.Mujurlah waktu itu,ibu dan ayah Haikal ada,merekalah yang bawa Nur ke hospital.
Apabila mengetahui tentang kematian suaminya,hanya Tuhan yang tahu betapa hancurkan hati Nur.Dia memandang sayu anaknya yang masih merah sudah kehilangan ayah.
Hanya mengingatkan janjinya kepada arwah untuk menjaga anaknya sebaik mungkin, Nur masih bertahan.Jika tidak, mungkin Nur juga mengikut jejak suaminya.Tetapi imannya masih ada.Oleh itu, Nur teruskan hidup dengan berbekalkan kekuatan dari anaknya Afiq Daniel.
“ Nur…hujung minggu ni mama dapat jemputan kenduri kahwin,temankan mama ye sayang”. Pinta mama mengejutkan dari lamunannya.
“Nur malaslah mama,lagipun Nur ingat nak bawa Daniel pergi rumah Ayien”. Ayien adalah sepupu Nur. “Nur…sampai bila Nur nak terus begini?..Nur seolah-olah nak lari dari realiti hidup..Nur kena luaskan pergaulan,cari pengganti untuk Nur lupakan Haikal.” Pujuk mama.
“Mama..walaupun abang Haikal dah tinggalkan Nur..Nur tetap anggap abang Haikal di sisi Nur. Takkan ada sapa pun yang boleh menggantikan abang Haikal.” Sebak tutur kata Nur.

Pagi nie Daniel menangis lain macam.Waktu itu, Nur baru sahaja selesai solat subuh.Cepat-cepat Nur mendapatkan Daniel.Badannya panas."Ya Allah..panasnya badan anak aku nie."Risau Nur.Cepat-cepat Nur mendukung Daniel dan terus mencapai kunci kereta.

Nur terus memecut keretanya.Sebelah tangannya di atas peha anaknya.Gusar hati seorang ibu memang tiada tandingannya.Seekor nyamuk pun tak diizin menyentuh anaknya, inikan pula sakit sebegini.Hospital Pantai dekat dengan rumahnya.Dengan pantasnya,Nur membuka pintu untuk mendapatkan Daniel.Berlari-lari Nur masuk ke dalam hospital.Mujurlah tak ramai orang.Terus Nur mendapatkan seorang jururawat. “Nurse..tolong saya..badan anak saya panas sangat”.Rintih Nur.
Jururawat itu terus membawa Nur ke bilik kecemasan,jururawat itu terus mengambil Daniel, meletakkan Daniel di atas katil yang terdapat dalam bilik kecemasan itu.Tapi Nur tidak dibenarkan menunggu.Dia diminta keluar.
Nur terus menangis dan terus menangis.Dia teramat risau tentang kesihatan Daniel.Kelihatan mamanya berlari mendapatkan Nur. “Sayang…macammana Daniel?”.Terlihat kerisauan di wajah mamanya.Begitu juga dengan papanya.Nur hanya mampu menangis.


*Bersambung ^_^

p/s - novel sebelum nie hilang..jadi,tadi ini yg keluar dari otak..masih belajar..

Tuesday, October 12, 2010

Buat Di...

Aku kalo baca blog green apple @ Di mmg akan buat aku gelak sengsorang..takpun leh bt jiwa aku kembali cool kalo tgh kacau bilau..sebab bg aku blog dia adalah telus dari hati dia..xde nya nak propa/menunjuk2/pura2..

tp sekarang Di tak sihat sebab sakit nak bersalin..hope Di selamat melahirkan & sumanya baik2 ja..Hope blogger2 yg penah/baru kenal Di..marilah kita sama2 doakan semoga Di cepat sembuh & selamat melahirkan baby boy..

Walaupun tidak mengenali secara berdepan,tapi aku rasa rapat dengan setiap penulisan beliau..So,bila jadi begini..Aku rasa kesedihan itu..


p/s - sekarang nie suami Di update ttg keadaan Di..hanya mengharapkan sumanya baik2 saja..

Sunday, October 10, 2010

Pertunangan adik aku daa..


Hari nie hari bersejarah adik aku..dia sudah jadi tunangan org..dari segi hantaran..pelamin..bilik..kami buat sendiri..update later..layan pic aku di hari pertunangan adik aku yg keje PTD kt Putrajaya tu..



p/s - ramai yg tanya..sedara mahupun jiran2..aku bila pulak..aku jawab..ada jodoh,adalah..xjawab salah..jwb len ada lg soalan nk tanya..sabar jer lah..


Thursday, October 7, 2010

Sangat sibuk...

Ntah apa2 kan..dah sibuk..masih nak update blog..uiskk..itu harus..hehe
Ok..dari minggu lepas..aku bz..bz keje biasa ja..nie bz utk tarikh 10.10.10...
ada apa pd tarikh tu??..Dr. SMS kahwin??..itu majlis dia..
nie ada majlis kt umah aku..byk mende perlu sediakan..
bahagian aku kena buat..
dari persediaan utk 1 family baju tema majlis..bilik..pelamin..fresh flower..
cup cakes..makanan..hiasan itu ini..
korang mesti dh blh fikir majlis apa kan..nanti aku update later ye..
sekarang layan pic aku dulu...

yg mana ok bila pakai shawl nie dipakai ngn muka aku yg bujur sirih nie?? (bujur sirih ke)..hee


p/s - dah lama xde majlis ceghini kt umah aku..jadi,suma excited.. =)