sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Monday, October 18, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 6

Seperti biasa Nur akan pergi melawat Daniel sebelum memulakan tugas di pejabat.Sudah seminggu Nur tidak masuk ke pejabat.Mujurlah Puan Faridah sudi menjaga Daniel sepanjang dia di pejabat.Hari ini juga hari pertama Hakim memulakan tugasnya.Dia dipertanggungjawabkan dalam menguruskan projek-projek yang sedang berjalan, manakala Fitri mengendalikan projek-projek yang bakal dijayakan.Syarikat ini menjalankan projek seperti mereka bentuk dalaman rumah dan landskap.Semenjak ketiadaan Haikal, ekonomi syarikat agak tidak stabil, ini adalah kerana sebelum ini Nur hanya menguruskan hal berkenaan reka bentuk projek sahaja. Arwah Haikal yang menguruskan syarikat. Ini member tekanan yang besar buat Nur, ditambah pula dengan keadaan Daniel yang begitu. Mujurlah ada Fitri yang membantu.Pagi ini diadakan mesyuarat bagi memperkenalkan Hakim kepada semua pekerja.
“Assalamualaikum semua..Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah seminggu saya tidak dapat masuk ke pejabat,ini adalah kerana anak saya, Daniel masih berada di hospital, saya mohon anda semua sudi mendoakan kesihatan anak saya.Hari ini saya ingin mengumumkan sesuatu iaitu saya nak memperkenalkan staf baru iaitu Ariff Hakim iaitu adik kepada arwah Afiq Haikal..merangkap adik ipar saya.Beliau telah dilantik sebagai pengurus projek sebagai membantu kerja Fitri.Hakim akan ditugaskan mengurus projek-projek yang sedang dijalankan manakala Fitri bolehlah menumpukan pada projek yang tergendala dan akan datang.” Panjang lebar Nur menerangkan. Hakim yang dari tadi berdiri bersuara “ Assalamualaikum semua, terima kasih kepada Puan Nur kerana memberi kepercayaan kepada saya,insyaallah saya akan buat yang terbaik, dan saya harap anda semua dapatlah member tunjuk ajar kepada saya.” Sambil tersenyum dan seketika itu Hakim duduk. Mesyuarat dilanjutkan dengan penyerahan projek kepada Hakim dan pecahan tugas dilakukan.
Setelah hampir 1jam mesyuarat berlangsung, “ Hakim..ini bilik Hakim ye..Maaflah jika ia tak selesa.” Sambil membuka pintu bilik pejabat baru Hakim yang dulunya bilik Nur. “Eh..apa pula tak selesa..Besar bilik ini untuk Hakim.Boleh main golf ni..” Seloroh Hakim.Mereka ketawa serentak. Nur tahu Hakim memang suka bergurau, sama seperti arwah Haikal.
Nur tidak lupa menelefon ibunya bertanya tentang perkembangan Daniel. Menurut ibunya, Daniel masih belum menunjukkan perkembangan positif. Ini membuat Nur tidak dapat focus pada kerjanya.Risau memikirkan keadaan Daniel.
Pintu bilik Nur diketuk. Rupanya Hakim. “Jemputlah masuk.” Pelawa Nur. “ Dari tadi Hakim dok ketuk pintu, baru jemput Hakim masuk?.” Rajuk Hakim. “ Ohh..maaflah..akak tak perasan.” Rasa bersalah pula. “ Mana tak perasan, kalau dok termenung jauh.” Cebik Hakim. Nur tersenyum. “ Maafkan akak ye..” Pujuk Nur. “ Hakim boleh maafkan, tapi akak kena belanja Hakim lunch..Jom akak..Hakim lapar dah ni..” Rengek Hakim. Cepat-cepat Nur melihat jam di tangannya.Rupanya dah masuk waktu tengahari. “Ok..kat mana nak akak belanja Hakim ni?” Sengaja Nur seriuskan muka. “ Err…kat gerai tepi jalan pun takpe.” Hakim rasa serba-salah. “Ok..” Sambil berlalu keluar. Hakim mengikut dari belakang.Nape lak Kak Nur ni ,moody semacam ja..Getus hati Hakim.
Serius muka Nur memandu. Tidak sedikit pun memandang Hakim yang serba-salah di sebelah. “Err..akak..Banyak juga ye kerja kat tempat akak.” Hakim sudah tidak tahu topik apa yang hendak dibualkan. “ Nama pun kerja kan..” Pendek Nur menjawab. Aduhh..datang bulan ke Kak Nur ni? Bebel Hakim dalam hati.
Nur meletak kenderaannya di depan Hotel JW Marriott, kebetulan pejabat tak jauh dari situ. Hakim masih terpinga-pinga. “ Turunlah, tadi suruh akak belanja.” Hakim menurut. Mereka menuju ke Gonbei Restoren, Restoren makanan Jepun.
“ Memandangkan hari ini hari pertama kamu bekerja, jadi akak belanja kamu kat sini. Kamu kan suka makanan Jepun.” Nur tersenyum. “ Akak ni buat Hakim suspen ja..Muka punyalah serius..Ingatkan marahkan Hakim.” Rajuk Hakim. “Macamlah dia tak pernah suspen kan orang.” Balas Nur. “ Oh..ni kes balas dendam lah ni ye..” Sambil mencubit pipi Nur.Nur mengaduh kesakitan. Mereka ketawa. Jika orang tak tahu, pasti ingat mereka pasangan kekasih. Begitu berselera Hakim makan.Terdapat menu seperti Robatayaki, Teppanyaki, Sushi, Tempura and Sake.Nur juga menggemari makanan Jepun. Pelbagai cerita dikongsi. Gurauan Hakim boleh melupakan sejenak Nur kepada masalah yang dihadapinya.
Kebetulan, Julia baru lepas membuat temujanji dengan Albert.Kenalannya semasa belajar di UK.Sahabat kepada Hakim juga.Dalam diam, Julia bercinta dengan Albert.Albert datang ke Malaysia semata-mata untuk Julia.Apabila keluar dari lif.Julia terpandang sepasang dua merpati gembira di restoren.Dengan rasa sakit hati,tanpa berlengah lagi,Julia mendapatkan mereka.Hakim terkejut melihat Julia di situ, apa dia buat di sini?.Desis hati kecil Hakim.Belum sempat Hakim menyapa, Julia terus menyergah mereka “ Ooo..Bila aku ajak keluar, ada sahaja alasan,kerja banyak lah..jaga anak sedara lah..rupanya dok bercinta dengan kak ipar sendiri!, “Eh..Pompuan..Laki ko dah mati, jangan nak rampas laki aku pula!” Bentak Julia sambil mencurahkan air ke muka Nur.Nur terkejut dengan tindakan Julia.Dia salah faham.Malunya Tuhan sahaja yang tahu.Mahu saja dia menitiskan air mata.Hakim terkejut Julia berbuat demikian.” Julia!” Tengking Hakim.”Apa?! Dah lama sayang sabar dengan sikap baby, kali ni jangan harap sayang nak maafkan b!” Julia terus berlalu.Ramai mata yang melihat. “ Apa tengok-tengok!” Tengking Julia. Tak pasal orang lain kena marah.

Hakim serba-salah pada kak Nur. Hakim cuba meredakan suasana dengan mengajak Nur pergi dari situ. Nur hanya tersenyum hambar.Hakim tahu kak Nur tentu malu.Kalau dia di tempat kak Nur pun, dia akan rasa malu.Dia benar-benar tidak menyangka Julia sanggup berbuat begitu.

Sampai rumah, Julia mendapatkan mamanya, Datin Halina sambil menyembamkan mukanya ke dalam pelukan mamanya.” Kenapa ni sayang? Risau tiba-tiba menangis. “ Julia geram dengan Hakim..” Sambil meleraikan pelukan ibunya. “ La..gaduh lagi..kali ni kenapa pula?” . Datin Halina sudah arif benar sikap anaknya yang sangat manja.Hakim pula tidak suka memujuk. Itu sebablah asyik bergaduh. “Julia nampak Hakim dengan Kak Nur kat Hotel, bukan main mesra lagi.! “ Bentak Julia. “ Hotel?Buat apa?” Risau pula mendengarnya. “Diorang tengah makan, tapi perlu ke makan kat situ, nak mesra segala.” Julia mengadu. “ Makan rupanya…Alah..biarlah..lagipun Nur tu kan kak ipar Hakim, siapa lagi nak temankan Nur kan?.Hakim pula baru hari ni kerja,mungkin nak celebrate agaknya.” Pujuk mamanya. “ Mama ni selalu menangkan Hakim, itu sebab dia buat donno ja bila Julia merajuk.” Rajuk Julia. “Sayang…Lelaki ni tak suka kalau teman wanitanya selalu merajuk tau..Julia kena faham kerja Hakim..Keadaan keluarganya..jangan merajuk tak tentu pasal.” Pujuk mamanya lagi.Lama Julia terdiam. “ Tapi mama..tadi Julia dah marahkan Hakim,siap curahkan air ke muka kak Nur.” Adu Julia. “ La…kenapa kamu buat begitu..tak apalah..kamu minta maaf pada Hakim dan kak Nur ok”. Julia memang panas baran orangnya.Dia bersyukur Hakim sanggup menahan sabar dengan karenah Julia.


*bersambung ^_^



4 comments:

Fahim 'n Alin said...

gud one..ad pnglmn mnulis ke kak jan

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

tak pernah pun dok menulis sebelum nie..setakat dok karang cita,puisi,sajak kat majalah sekolah tu ada la..maybe sebab kak zan memang dari dulu suka baca novel..manyak novel bersepah dlm bilik..:)

ok ke cite nie?..ada byk lg sambungannya..suma dlm otak lagi..cuma tunggu nak type ja..hee

Fahim 'n Alin said...

ok.. ada gay pro..ngee..

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

thanks..rs smgt nak teruskan..=)