sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Sunday, August 22, 2010

the expendables...


sebelum cite psl entry di atas..nak tunjuk juadah berbuka kitorang...tomyam,ikan siakap 3 rasa..ikan keli bakar..sambal petai+udang..sambal sotong kering..air asam..cucur cempedak goreng..air tembikai bersama desert sagu gula melaka..

********************************************************************************

bersama adik2 aku..gie tgk cite the expendables...sgt2 best..penuh ngan action..bab lawan..kaw2 teruk..bab tembak menembak pun kaw2 punye..siap berderai badan..mmg best..pelakon lak suma otai2..Sylvester Stallone (dia pgarah cite nie)..Brittany Murphy, Eric Roberts, Jason Statham, Jet Li, Mickey Rourke..
Paling suka ngan karektor Jason Statham sebagai Lee Cristmas..dlm cite nie dia menunjukkan sebagai jantan yg sejati..hehe..maybe juga sebab dia hensem dari hero2 yg len wpun Jet Li juga xkurang hensemnya..



pic aku tidak dilupakan..hehe..layankan ajer..

cite yg dinantikan..Harry Potter..dh nak habis dh..part 1 & part 2...



sagu gula melaka....

dah lama dok ngidam..cari kat bazar ramadhan xjumpa..last2 bt sendirik...
kol 5pm start buat..soh adik aku beli segala bahan...
so,biar aku tunjuk camne aku buat..nanti aku bg detail resepinya..



firstly..utk Bahan A..korang rendam sagu seketika..pastu masukkan 8 cawan air (utk 10org)..masukkan sagu ketika air tadi mendidih...kacau hingga sagu tu menjadi jernih..pastu korang kena sejat utk buang kanjinya..masukkan dlm bekas2 kecil n sejukkan dlm peti sejuk..

nie Bahan B..santan pekat+sedikit garam+daun pandan dimasak hingga mendidih..








nie Bahan C..2 cawan air (utk 10org),1 1/2 cawan gula merah,sedikit gula pasir & daun pandan..masak hingga gula merah itu hancur..tapis..sejukkan..(xguna gula melaka sb kt kedai habis)..






curahkan Bahan B kedalam sagu..pastu masukkan Bahan C..Siap..nak cantik lagi..sejukkan sagu lebih lama & letak dlm acuan yg cantik sebelum tuang dlm bekas seperti di atas..baru teksturnya cantik..lagi menarik..letakkan ceri atas sagu tu..pastu masukkan ketulan ais..yummy...
okey...nie detail resepinya...nie aku buat utk 10 org makan..

Bahan A :
3 cawan sagu
8 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 1/2 keping gula Melaka @ 1 1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A :
1.Panaskan air hingga mendidih.
2.Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
3.Masak hingga sagu menjadi jernih.
Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
4.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B :
5.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
6.Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C :
7.Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
8.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
Cara menghidang :
9.Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. 10.Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
10.Siap untuk dimakan!!!

p/s - selamat mencuba.. =)

Sunday, August 15, 2010

Pada yg belum bertemu JODOH & Pada yg sudah bertemu JODOH...Renungkanlah..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."





p/s - mudah-mudahan aku bertemu JODOH yg BENAR-BENAR beriman & menyayangiku seadanya...

Khabar dari Ireland...

Ucapan : Kami pelajar-pelajar PhD di seluruh Ireland mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali di Malaysia. Maaf Zahir Batin.

Caption Picture : Belakang(kiri):Has, Anuar, Anwar, Muhad, Effendy, Faizzi, Naj, Kamarul, Saiful, Hadi, Rezza, Izwan, Nik
Depan(kiri): Zulikha, Fatehah, Aisyah, Fiza, Sue, Mawaddah, Hanim, Fiza, Ina, Aida, Muntaz, Aqida, Ika, Husna, Zurina
**************************************************************************************
Dapat khabar dari Ireland....rasa rindu pada Kak Hanim...(cepatlah k.hanim balik!!)..
selain dari Kak Hanim & suami..En.Naj..dapat sahabat baru..Hasbullah..muda2 dah sambung PhD..kagum aku..
bila berFB..jadi ngam ngan mantan Timbalan NC..PM (Profesor Madya) Moha..tp dlm pic nie dia n family xde..
p/s - teringin nak sambung study kat oversea juga..tp bila ye..huuu...

Wednesday, August 11, 2010

Konvokesyen aku pulak...

Alhamdulillah..akhirnya konvo juga aku..wpun offer utk sambung dpt sejak aku umur 23tahun lagi..tp disebabkan aku nie seronok dpt pegang duit nun di Shah Alam..sampai tak nak pikir sambung dah..bila balik sini..dah 28tahun..baru nak sambung..padan muka aku..org sebaya aku dah siap punya master..phd..aku??...xpe la..mcm mak ngan ayah aku kata..lambat tersedar xpe la..itu normal la nama manusia..janji kita nak berubah utk jadi lebih baik.. :)

berbaris sementara menunggu utk masuk dlm dewan...depan belakang lelaki..nasiblah..dh amik kos engineering..yg mmg manyak lelaki..

dah dalam dewan..sebaris aku..kiri kanan juga lelaki...

jumpa juga mak ayah dalam dewan...

disebabkan dlm kelas..aku srg jer pompuan..ramai lecturer yg kenal aku lagi..huu



with my luvly parents..

tinggal kenangan...

with my luvly dad..


yg bunga tu my parents kasi..yg hijau ada katak tu aku beli utk diri sendiri..menandakan rasa tahniah kepada diri sendiri..dari dulu lagi aku buat mcm nie..besday ke..berjaya apa2..aku akan hadiahkan something utk diri sendiri... rasa puas ati..korang try la.. :)

nie hadiah konvo+raya..teddy bear utk konvo..kasut2 tu utk raya..3 barang nie pun dah rm200..nie guna duit kawan aku..dia hadiahkan..thanks my frenz.. :)

p/s - trs semangat utk sambung lagi...insyaAllah...


Konvokesyen @ unimap

Sebelum jam 7.00pagi kami yg bertugas nie kena ada dah kat dewan..aku kluar dari umah abg aku kat Padang Sera sebab dekat sket..kalo umah aku jauh lorr..so,kol 7.00 dh ada kat dewan..dpt parking..ramai dah graduan2 sampai..

snap sebab time nie Dekan jab.kitorang tgh dok sebut nama graduan2 dari Jabatan kitorang..

kitorang dok sebelah brader2 TUDM nie..depa men mcm2 lagu..yg paling best..menkan lagu kenangan terindah ~ Samsons..best...trs terbuai2..hee

pic aku haruslah ada...





Majlis Santapan sempena konvokesyen ke 5 @ Dewan Warisan

Sebelum berlangsungnya konvokesyen ke 5 di Dewan 2020..Acara malam santapan bersama Raja Muda Perlis berlangsung..
Malam tu aku n kwn2 len ditugaskan utk berKOIR lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman..versi kitorang..
Ptg tu kena pi sana utk raptai..kebetulan malam tu tema purple..aku lak pakai baju kurung purple..pakat dok kata aku nie mcm taw2 jer..:)
Layanlah pic raptai n malam santapan tersebut..


meja untuk vvip..

nie antara gimmik yg ada..bila Raja Muda menyentuhkan sesuatu pd bola2 api..bunga tu akan kembang..keluarkan cahaya cantik..tp sebelum tu akan dtg burung merak n 3org pari2 kecil dtg dari belakang..
muka aku mmg xdifokuskan..yg nak fokuskan hiasan laluan masuk ke dalam dewan..cantik..
sementara menunggu giliran utk berKOIR..


salah srg artis kebudayaan unimap..mlm tu dia ditugaskan utk menyanyi..sb suara dia merdu..nama pun artis kebudayaan..haruslah merdu nyanyi..orgnya pun kecik2..comey2..


Thursday, August 5, 2010

berKOIR lak...

Dah hampir sebulan dok berlatih nyanyi ja utk Konvo UniMAP..so,selagi aku keje kat sini..aku adalah salah srg ahli koir UniMAP..

Tp,minggu nie direct berlatih nyanyi ja..sb minggu Konvo..suma kelas dibatalkan..sampai aku tak sempat nak jengok opis n lab aku..start hari selasa..kol 11..Dato` NC siap jumpa kitorang n sebut nama sorang2..nak tgk sapa yg xdtg..huu...

ptgnya pakat baru ramai turun training koir kat Jab.Kebudayaan..

pagi nie raptai utk kali kedua..smlm xde sapa sgt..rini siap geng band dari TUDM dtg..kami nyanyi sebelah diorang..memandangkn hp aku trtinggal dlm kete..xdpt lh nak snap pic2 brader2 TUDM tu..
selama berlatih tu..aku n 9 org yg len ditugaskan sebagai suara soprano..alah..kena bt suara mcm Ning Baizura tu..
group pompuan len kena nyanyi suara biasa (auto)..geng lelaki juga dibahagi kepada 2 group..tandem n bass..
group aku n tandem voice ada tambahan mcm2 kena bt..memula tu terikut ngan auto n bass..tp dh lama training..baru ok..cuma volume kami nie diminta slow kn..sb voice auto n bass tenggelam hee..

Esok kol 8.30am dh kena ada kat Dewan Warisan..training utk mlm esok..ptgnya latihan lagi..malamnya kena berKOIR lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman..tp versi kitorang..esok malam kena pakai kemeja putih,seluar itam,kasut itam..
Lusa..Konvo..sessi pagi & petang kena berKOIR...
Ini antara pic2 sepanjang aku gie latihan Koir...

kat studio Kebudayaan..tu sebahagian lelaki2 ini yg join koir...

nie juga sebahagian group auto..

nie sebahagian group aku..Soprano..

pic aku haruslah ada...nie pic latihan rini...


p/s - hari isnin giliran aku lak konvo...dh lama tak pakai jubah Konvokesyen nie..rasa teruja lak..hee..