sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Tuesday, June 23, 2009

Aku Ingin Jadi Seperti Kamu Intan...


Pada mereka yang tengok sinetron Intan di Astro Prima pasti tahu mengenainya.Semalam adalah episod terakhir setelah hampir 2 tahun ditayangkan.

Intan melalui pelbagai dugaan yang bertimpa-timpa..Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu betapa sakitnya Intan melaluinya.

Mungkin pada sesetengah orang, ia hanyalah sebuah kisah rekaan manusia.Tapi sebenarnya ia memberi pengajaran yang amat bermakna & ia berlaku pada setiap individu selagi bernama hamba Allah s.w.t..

Dengan bermula dengan kematian suaminya,Elo..Anaknya Rangga,neneknya..setelah itu kekasihnya Rado hilang dalam kebakaran yang disangka sudah meninggal dunia..Bila berjumpa Rado sudah bernikah dengan orang lain kerana Rado hilang ingatan,akhirnya Rado pulih dan isteri Rado meninggal dunia kerana menyelamatkan Rado..Rado kembali kepada Intan..

Setelah berkahwin dengan Rado,dugaan dari ibu mertuanya yang memberi anaknya kepada orang lain kerana anak mereka cacat.Bila dah bertemu dengan anaknya, Bintang..Bintang hilang..Intan kemalangan dan dia menjadi buta.Sepanjang dia buta, Bintang yang hilang itu menemaninya di saat dia sedih sedangkan dia tidak tahu itu adalah Bintang kerana Bintang juga tidak mengenali mamanya sebab hilang ingatan..

Bila Bintang ditemui..Ibu Intan pula meninggal dunia dan mewasiatkan matanya untuk diberi kepada Intan...
Intan melalui semua ini dengan penuh kekuatan, sabar & menerima setiap yang berlaku adalah ketentuan Ilahi yang sudah pasti ada hikmahnya..
Saya juga mengharapkan Allah s.w.t memberi hikmah kepada saya setelah banyak dugaan yang saya lalui..


Saya harap saya bisa menjadi seperti batu Intan..Yang takkan terkikis walaupun dikasari,di buang,di pinggirkan...kerana dugaan saya juga tidak henti seperti Intan..


"Ya Allah..Cukuplah dugaan yang Kau beri padaku..Gantilah dengan hikmah2 berganda di atas setiap dugaan yang ku terima..Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku lalui semua ini..Kau berikanlah aku sinar yang bisa aku lalui dengan terang..Kau berikanlah aku perjalanan hidup yang penuh dengan kebaikan kerana aku tahu Kau sayangkan hamba-hambaMu...Oleh itu..Kasihanilah hambaMu ini..
Amin Amin Ya Rabbala`lamin.."

2 comments:

Seti@wan Dirgant@Ra said...

Aku pernah liat waktu tayang di RCTI, emang sosok Intan sangat kokoh.

moga bisa seperti dia.
Salam kenal.... ditunggu kunjugan baliknya.

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

setia@wan - salam kenal..ya..watak intan memang benar-benar tabah..saya harap saya bisa menjadi sepertinya yang telus,sabar & redha atas kententuan Ilahi..AMIN..