sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Monday, June 22, 2009

Hasil Dusun..


Akhirnya dapat juga makan buah-buahan hasil dari dusun family kitorang..Ayah memang ada membeli dusun yang memang khas untuk buah-buahan tempatan..Jaraknya jauh..Ayah jarang ke sana kerana ada mengupah orang menjaganya,sebab jaraknya yang jauh & agak ke dalam hutan sedikit..
Buah-buahan ni biasanya ayah akan sedekahkan kepada jiran-jiran..selebihnya ayah akan serahkan kepada penjaga itu untuk menjualnya..

Buah rambutan belum amik lagi gambar..sebab atas pokok lagi..hehe..nanti saya upload kan..
Semalam makan buah durian jew..Itu pun tak habis..sebab banyak sangat..Ni durian yang perlu saya habiskan..
Rambutan yang ayah tanam kat kebun kat rumah pun dah merah2 dah..Tunggu nak petik jew..
Ayah memang rajin..Sayur2 pun tanam..Ayam & itik dibela..dah boleh buat bisnes sebab banyak sangat..Mak lak rajin tanam pokok keladi hiasan..Mereka dah biasa duduk kampung, jadi bawa ke bandar..Tapi pemikiran bukan kekampungan k..
Saya & adik yang bongsu tu suka bagi makan ikan keli & ikan puyu yang saiznya dah besar2..

No comments: