Hope kwn2 dpt tolong saya untuk melupakan seseorang yang pernah saya sayang sangat...until now,saya tak dapat lupakan dia..Hati saya belum ada keikhlasan nak maafkan dia..sebab apa yg dia bt pd sy mmg tidak dpt diterima..Boleh maafkan dia..tp utk apa jika hati sy tidak tenang..Tlg lah kwn2 ku... :(
walhal lelaki tu beberapa kali memohon maaf pada saya dengan mengatakan dia amat2 merasa bersalah pada saya..walhal kenyataannya mereka amat2 la bahagia..so,tipu la kan kenyataannya..sampai kata sanggup nak putuskan hubungan dia ngan pompuan tu jika dapat kemaafan dari saya..Dia ingat dengan putusnya dia ngan pompuan tu saya dpt maafkan dia??..Mudah kan bagi mereka yg bergelar lelaki yg spesis seperti dia..
saya rasa dia xpernah fikirkan perasaan saya semasa dia minta saya bohong pada pompuan tu masa dia kantoi dgn mengatakan kami tiada apa2 hubungan hanya utk kepentingan dirinya supaya pompuan tu akan sukakan dia..kenapa????
Saya tahu saya jauh dari awak..dia dekat..hari2 boleh bertemu..yg dulunya awak tipu saya yg dia jauh..siap berteman awk pergi ke futsal..ke mana2..Awak tak terfikir ke apa yg awk buat pd saya,Allah s.w.t akan membalasnya kerana awk menganiaya saya???..
Awak mesej saya dengan mengatakan yg hari ni awk nak putus ngan dia..Apa motifnya beritahu saya sedangkan suma itu hanya menyakitkan hati saya,sebab saya tahu itu semua itu TIPU..sebab dh terlalu byk awk tipu sy..so,awk sendiri blh fhm jika saya xboleh caya awk skrg..sebab apa jer awk buat,suma tidak akan kembali seperti dulu..Ada awk fikir?? TAKK..itu sebablah suma ni jadi..sebabnya apa..sebabnya awk tamak..awk berada di kerjaya yg penuh glamor..awk lupa diri..bg awk..duit adalah penting dari kasih sayang saya yg ikhlas pada awk..sampai awk lupa terus setiap apa yg saya lakukan utk awk..
kenapa perlu awk jadikan saya mangsa utk awk sakitkan??? kenapa???
8 comments:
Usah buang masa fikirkan kesilapan masa lampau yang tak dapat diperbaiki lagi. Lupakan masa lampau, kerana kita sudah tidak dapat mengubahnya.
Fokus masa depan, kerana kita masih ada peluang besar untuk menjadikan ia lebih bahagia. Setiap kali fokus pada apa yang kita mahu, serta merta kita akan rasa teruja dan mahu berusaha, sebab kita rasa ada peluang mencapainya.
Ingat! Jangan sesekali pandang ke belakang, sebab ia akan menarik memori silam, juga emosi-emosi buruk dari kenangan silam ke ingatan kita. Kesannya, kita asyik ingat kesilapan di masa lampau lalu membuat kita terkurung dalam “perangkap mental” yang kita cipta sendiri.
Sikap kita bertukar menjadi yang negatif, sebab fikiran kita dipenuhi emosi negatif (emosi buruk) yang terbit dari ingatkan kita tentang masa lampau. Kita mudah meracau, hilang keyakinan diri, tertekan, gusar, tak nampak jalan untuk berjaya dan tak mahu berubah.
Kita tak akan terfikir kejayaan di masa akan datang, sebab fikiran kita fokus melayan memori silam yang kelam.
Mulai hari ini, beranikan diri untuk melupakan masa lampau, selupa yang mungkin supaya Anda boleh berubah menjadi orang yang punya sikap positif, sepositif yang mungkin, sebaik yang mungkin, secemerlang yang mungkin.
Beranikan diri berubah untuk kecemerlangan hidup Anda!
Renungkan….
Hayati dan fahami….
Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu….
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja….
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya….
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula….
akhirnya ia dibuang….
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan…..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…..
chevy`s - terima kasih atas nasihat yg amat2 benar2 menyentuh perasaan sy..tp pd dasarnya bukan sy yg meninggalkannya kerana sy menerima dia seadanya..bkn dia yg hanya di bibir menerima saya seadanya..tp bila dia bahagia..hatinya mencari insan lain..mengagumi & menghargai insan lain tanpa menghargai sy & pengorbanan sy..
chevys`s - mmg bila suma ini jadi,saya mula menyalahkan kenangan silam sy..kenangan yg bukan sy pinta ingin jd begini..tp setelah sy dlm keadaan tenang,sy bersyukur kerana berlakunya semua ni,sy menyedari yg sy dah jauh melupakan Allah s.w.t..dan sekarang sy sudah mendekatiNya..dan sy harap sy sentiasa mengingatiNya..
Pada dia yg melukakan hati sy,sy tidak membencinya sb sy tak diajar utk membenci..malah sy sentiasa mendoakan dia diampunkan Allah s.w.t..bukan nak tunjuk sy ni bagus,tp kerana syg sy pd dia xpernah padam..walaupun sy tahu dia sudah tak perlukan sy..bg dia pompuan tu trbaik utk dia..biarlah..cukuplah sy katakan dia bukan terbaik utk sy & sebaliknya..itu sebablah jadi begini..itu dinamakan Jodoh kan..
Tapi alangkah bagusnya saya tidak dipertemukan ngan dia utk merasa suma kesakitan ini kan..
Tapi inilah yg dikatakan Qada dan Qadar yg perlu sy tempuh.. :(
kita serupa...
Tautan_Hati - Moga kita sama2 diberi kekuatan hati oleh Allah s.w.t dengan dugaan ini..AMIN...
kita serupa. mungkin ditipu lelaki yang sama
mell - ditipu lelaki yang sama?..erm..apa maksud awk?..
Post a Comment