sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Saturday, June 19, 2010

post from my hp

skrg kat pasir gudang..td member bawa jalan2 pusing johor..dapat gi Danga Bay..layan live band..thanks to my frenz..Arzizi Athan..member masa form 4 ngn ms kt poli..dia senior aku kt poli..esok kenduri kahwin anak sepupu,pastu gerak blk key ell..maybe singgah Putrajaya..gd nite p/s- gigih btl aku dok type..lappy malas nak bwa..

Saturday, June 12, 2010

tertarik ngan kata2 ini..Sama2 lah kita renungkan...

KEPADA PELAKON2 DUNIA:

"KITA TELAH DIBERI PELUANG..
UTK MENCIPTA SKRIP DAN MELAKONKAN..
WATAK YG KITA PILIH DI ATAS MUKA BUMI INI...
SEKIRANYA KITA TERSALAH MEMILIH WATAK LAKONAN...
SILA BETULKAN SEBELUM KITA MENJADI MAYAT...
KERANA PADA WAKTU ITU..
KONTRAK KITA SEBAGAI PELAKON TELAH DITAMATKAN " ...
p/s - tak suma menyedarinya....hanya sedar bila dalam kesusahan/kesakitan...

Kenduri kahwin...kahwin kenduri...

org kenduri dulu ke..kahwin dulu..
ke orang kahwin..bawu buat kenduri???
sekarang ni dh mcm2 trend kahwin..
ada yg nikah & terus kenduri...ada juga yg nikah gantung dulu..bawu buat kenduri..
tak kisahlah kan..asalkan dapat menunaikan sunnah Rasulullah dengan baik..

sebut pasal kenduri kahwin..aku nie kan single..jadi..nak gie sesorang tu rasa segan lah..jadi..adik2 aku la peneman aku..nanti bawu jumpa kekawan yg len kat sana..
musim kenduri nie..1 hari..dekat2 10 tempat kenduri kena gie..

kena siapkan hadiah @ sumbangan duit kalo xde hadiah..

lepas nie musim beranak lak..kena siapkan juga hadiah @ sumbangan duit kalo xde hadiah..

yang pastinya...kita hidup nie saling memberi & menerima..give & take..

kalo kita lihat...byk mende yg give & take..dari kecik sampai besar kita dpt redah mende nie..antaranya..

  1. Lahirnya kita - Bidan @ doktor yg sambut kita & beri pada mak @ ayah kita...
  2. Dapat result dlm exam - kita tunjuk buku record kt parents..kalo dpt baik..parents bagi pujian..tp kalo dpt corot,parents bagi kata2 marah..xpun bagi rotan sedas..
  3. Habis belajar - Kita belajar sungguh2..kita dapat sambung belajar tempat yg terbaik..Kita belajar main2 pun..dapat gak..dapat tgk kwn2 len berjaya..
  4. Kerja - Dah belajar sungguh2..dapatlah keje atasan...Keje bawahan pun..kita dapat gak..dapat gaji..cuma kecik lah dari yg dok atasan tu..
  5. Bercinta - Dah bersungguh mengayat awek..dapatlah juga..(itu setelah mcm2 usaha lh)..Tak bersungguh pun, dapat gak..kena reject..
  6. Berkahwin - dah lautan api sanggup direnangi..dapat lah kahwin...kalo xkesampaian percintaan tu pun..dapat gak..dapat kahwin ngan orang lain..bak kata org...jodoh kita nie Allah s.w.t dah tetapkan..
  7. Beberapa tahun kahwin - dah mcm2 pancaroba dilalui..dapatlah anak...wpun tak dapat anak(ada jg org bt ceghini) iaitu dapat gak..dapat madu..(ini alasan biasa lelaki yg nak kahwin lagi..)
  8. Tua - bila dah beri kasih-sayang & besarkan anak..kita dapat dijaga oleh anak2..jika anak2 tak kenang jasa pun..kita dapat gak..dapat dok umah orang2 tua..
  9. Kematian - Bila Allah s.w.t dah bagi peluang kat kita hidup di dunia nie...kita pun bagilah dengan cara beramal..sentiasa buat apa yang DIA suruh..elakkan dari yg dilarang..Bila DIA dah bagi kat kita..kita pun bagi kat DIA..Sampai masa..DIA pun amiklah kita kembali..ke tempat abadi...
  10. Alam Barzakh - Kita bagi amalan yang baik kat Allah s.w.t..dapatlah dok kat SYURGA..Jika kita bagi amalan yg tak elok ja kat Allah s.w.t..dapatlah dok kat NERAKA..

ini adalah sebahagian jer..byk lagi sebenarnya yg boleh kita lihat..apa2 pun kita sentiasa perbaiki diri..kalo sebelum nie tak baik..tak beerti kita tak boleh jadi baik..kita boleh jadi baik dari mereka yg sedia baik..kalo sebelum nie baik..tak mustahil kesudahannya dia jadi tak baik..ada yg jadi tak baik lebih dari yg mmg sedia tak baik..

kita selalu mengkritik orang lain..sedangkan diri kita belum tentu sempurna di `mata` Allah s.w.t..Jadi lebih baik kita sibukkan diri utk perbaiki diri kita dari sibuk mengkritik orang lain..takut2 dok sibuk2 ngan perihal orang lain..pahala kita kemana..dosa dok dapat free jer..

~yang baik datang dari Allah s.w.t..yg buruk datang dari diri sendiri~



p/s - tiada kena mengena yg hidup ataupun yang sudah tiada..jika ada yg terasa..itu hanya kebetulan..aku hanya berkongsi utk peringatan bersama..


Thursday, June 10, 2010

lirik yg menyentuh hati..

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan



Sunday, June 6, 2010

Kita boleh lawan Israel..asalkan kita bersatu..nie mende kecik pun gaduh bagai nak rak..mcmn Islam nak menang??

Melalui sumber tak rasmi dari Dr Hadfizi Mohd Noor.. Seramai 16 orang yang mati shahid semasa pencerobohan di atas kapal penumpang "Mavi Marmama"..

Alhamdulillah...rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat untuk GAZA yang berada di atas kapal penumpang "Mavi Marmama" milik Ihh,Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa selamat dibebaskan..

Sehingga tadi semasa aku menonton Global @ 1 di tv1..seramai 6 orang sudah selamat sampai di Malaysia..manakala 6 orang lagi baru dibebaskan dari penjara Israel..

di bawah ini adalah senarai rakyat Malaysia yang menyertai Misi tersebut :

- Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
- Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
- Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
- Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
- Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
- Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
- Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
- Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
- Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
- Mustafa bin Mansur, MAPIM

(Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei
setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.)
- Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
- Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO


diketahui info tak rasmi, wartawan ASTRO selamat,namun mengalami kecederaan..



Alasan Israel menyerang kapal tersebut adalah kerana kita menyeroboh lautan mereka..
Israel memang kejam..membuat cerita bohong demi pembohongan..hingga buat kita keliru..mereka mengatakan pencerobohan akan dihentikan sekiranya Hamas digulingkan..

Tanpa kita sedar juga..kita menyokong Israel dengan sendirinya..yang pastinya Israel adalah dari kaum Yahudi..Yahudi adalah musuh Islam..terang-terangan dalam al-quran mengatakannya..

Cara mereka `masuk` ke dalam minda kita adalah..

- Hiburan :

apabila menyebut hiburan..ia bukan hanya pada konsert..dari tv,radio,internet & media lain juga datangnya perkara ini..SYAITAN sudah sedia di waktu ini..ia akan melibatkan kepada :
* leka ~ kita akan leka dalam mengerjakan ibadat..bila buat ibadat..cepat2 kan..sebab nak kejar
hiburan..
* arak ~ bila sudah di tahap keseronokan yg tinggi..perasaan mahu mencuba memuncak tinggi..

* zina ~ bila keinginan memuncak..mabuk/syaitan sudah menghantui diri..berlakulah ia..

- Produk Israel

ini amat membantu Israel/Yahudi dalam menghancurkan Islam..kita mengeluarkan wang..hasil kita bekerja..untuk `membantu` mereka terus menghancurkan Islam..mungkin kita tidak nampak sebab kita masih aman..tp bila rakyat kita terlibat dalam pencerobohan itu..baru kita `buka mata`..tp adakah kita terus berhenti `menyokong` mereka?..kita mengatakan kasihan..sedih..geram..tp kita masih dok membeli & menyokong mereka..mereka terus maju & punya duit utk menghentam negara2 Islam yg miskin..kita??..boleh buat alasan..xpe..kita aman lagi..tp jika kita diserang??..masa tu kita kebulur..dh xde makanan..waktu itu,nak menyesal pun dah tak berguna..

mmg nak boikot produk Israel bukannya mudah..sebab terlalu banyak produk mereka..sebab mereka kaya..kaya dengan hasil duit kita yg membelinya..

tp..duit & kuasa bukanlah penentu kejayaan seseorang/sesuatu kaum..kejayaan itu adalah dari bersatunya kita..bersatu mulai dari hati..hati yg ikhlas..semangat yg tinggi..InsyaAllah..kejayaan akan datang..

Allah s.w.t jangan dilupai..kerana DIA adalah segala-galanya..


~ yang baik sumanya dari Allah s.w.t..yang buruk dari diri ini sendiri ~


p/s - hanya berkongsi apa yang aku rasa..
p/s - kuat hati ini ingin berjihad..