sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Thursday, April 30, 2009

JODOH

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Gunakan seluruh pancaindera.
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.


2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.


8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, April 29, 2009

Genap sebulan 1 hari...

Alhamdulillah...
Kita makin erat
Kita makin rapat
Kita makin akrab

Syukur
Kita makin serasi
Kita makin berisi
Kita makin ada chemistry

Terima kasih
sudi terima diri ini
sudi menyayangi diri ini
sudi menghargai diri ini
sudi mencintai diri ini

Cubalah
Kita realisasikan impian kita
Kita usahakan harapan kita
Kita gapai kebahagiaan kita
Kita genggam cinta kita
Agar menjadi milik kita

Moga-Moga
Kita menjadi pasangan paling bahagia
Kita menjadi pasangan paling gembira
Kita menjadi pasangan paling ceria

Sama-sama
Membentuk diri untuk kita bersama
Memperbaiki diri untuk kita bersama
Muhasabah diri untuk kita bersama
Mendalami ilmu untuk kebaikan kita bersama

Elakkan
Ada sifat ego dalam diri
Ada ungkit mengungkit dalam diri
Ada dendam dalam diri
Ada baran dalam diri
Ada pentingkan diri dalam diri

Sentiasalah
Bertolak ansur dalam perhubungan
Sabar jika ada masalah dlm perhubungan
Saling menyayangi dalam hubungan

InsyaALLAH
Dengan lafaz akad darimu
Aku dan kamu bersatu
Menjalin hubungan yang satu
Di bawah bumbung yang satu
Mengharap keluarga & rakan-rakan sentiasa mendoakan impian yg satu
Agar hubungan ini direstui oleh Allah Yang Satu
Tiada dua melainkanMU Ya Allah Tuhanku

AMIN...

Friday, April 17, 2009

PenanTian vs PenGHaRaPaN...

Sesuatu yg sudah tentu berbeza maksudnya
Tapi tujuannya adalah satu hala
Menanti & mengharap berlaku kebaikan
Menunggu & memohon berlaku kejayaan
Menghitung & meminta berlaku keindahan
Membilang & mendoakan berlaku kebahagiaan

Jelaskan pada aku..
Siapa yg tak mahu kebaikan
Siapa yg tak nak kejayaan
Siapa yg tak berkehendak keindahan
Siapa yg tak bermimpikan kebahagiaan
Pasti semua yg selagi bernama manusia..
Hamba Allah S.W.T yg kerdil ini..
Umat Rasullullah s.a.w yg amat dikasihi..
Semuanya mahukan itu..

Tetapi perlu diingatkan
Setiap apa yg kita inginkan
Belum tentu kepunyaan kita
Belum tentu kita miliki
Belum tentu kita perolehi
kerana setiap yg berlaku
kerana setiap perjalanan kita
Perlu berpegang kepercayaan
kepada Qada dan Qadar..

Ketentuan Qada dan Qadar
yg mungkin memberi
kebahagiaan & kesakitan
Tapi di sebalik kebahagiaan & kesakitan
Terselit hikmah yg amat2 besar rahmatnya dari Allah S.W.T
Kesakitan itu dugaan dariNYA
kebahagiaan itu juga dugaan dariNYA
Menguji kesabaran menahan kesakitan
Menduga adakah bersyukur & tidak lupa diri

Jika semua itu dapat dilalui
Pasti Allah S.W.T cepat menggantikan
Kesakitan kepada sembuh
Kebahagiaan kepada keindahan
kerana Dia tidak pernah lupakan kita
kerana Dia amat menyayangi kita

Kita yg lupa padaNYA
Kita yg alpa pada setiap amalan kita padaNYA
Bila kita dihujani kesakitan
Kita mula menyalahkan Dia
Kita mula persoalkan tidak sayangkah Dia pada kita
Kita mula memberontak Dia tidak adil kepada kita

Astaqfirullah`azim..
Kenapa pada Allah S.W.T juga kita ego
Itu sebab kita masih di sini
Masih bersedih mengenang nasib malang yg terjadi
Sedangkan kita yg ego
Ego tidak mengaku kesilapan
Ego tidak mengaku alpanya kita pada suruhanNYA

Renung-renungkan bersama
Pada Dia juga kita kembali
Dia sahaja yg dapat selamatkan kita di dunia & di akhirat
Dia lah segalanya untuk kita
Tidak salah menyintaiNYA
Kerana kita adalah hambaNYA

Apabila semua ini lengkap melengkapi
InsyaALLAH..Dia tidak akan sia-siakan doa kita
Pasti penantian & pengharapan kita
Tidak akan menjadi sia-sia
Tidak akan menjadi kesakitan
Tidak akan terjadinya perpisahan
Tidak akan terjadinya kekecewaan
Tidak akan terjadinya kelukaan

Bersabarlah wahai teman-temanku
Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
Kerana Allah S.W.T tidak pernah lupakan hamba-hambaNYA
Yang tidak lupakan Dia...

Saturday, April 4, 2009

Beautiful Song to me...

Mengintai Langit - Coco

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Chorus.
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....
Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu,
bermimpikanmu sepanjang malamku...

Cinta Kita - Touchess

Tidak pernah
Terlintas di hatiku
Kau kan hadir ke jiwaku
Bersama sinar kebahagiaan
Kini segalanya
Yang ku ingini ku kecapi
Kan ku peluk
Kan ku kucup
Segala cinta kau beri padaku
Biar apa pun halangan
Datang seribu dugaan
Akan aku pertahankan
Kesetiaan,kejujuran,
ketulusan cintaku padamu
Jiwa kita
Bersatu dalam cinta
Tiap waktu
Kau ku rindu
Cintamu bahtera hatiku


Chorus.
Biar ku genggam hatimu
Akan sebati denganku
Cintaku hanya untukmu
Setiap degup jantung ini
Menyebut namamu oh kasih
Kau pelangi indah menyinari
Ku berjanji mulai saat ini
Kau kan kekal di hati

Wednesday, April 1, 2009

Bersyukurkah kamu??

Ni aku amik dari blog adik aku..really2 buat aku tersentuh..bergenang gak air mata ni..Perempuan dalam gambar tu namanya Katie Kirkpatrick. umur 21 tahun.
Yang lelaki kat sebelah tu encik tunang dia, Nick. umur 23 tahun.
Katie disahkan menghidap kanser tahap terminal a.k.a final stage cancer. memang tiap-tiap hari berjam-jam dihabiskan dengan buat kimo je. even sebelum majlis berlangsung pun, Katie masih kena buat kimo, dan Nick selalu tunggu dia kat sebelah.Gambar ni diambil sejurus sebelum majlis kawin diorang, 11 Januari 2005 di US.
Sepanjang persediaan untuk majlis kawin diorang ni, Katie disuntik dengan morfin yang memang dah sebati dalam badan dia. Katie mengharung segala kesakitan, mana dengan beberapa organ dalaman Katie yang dah gagal berfungsi, Katie tetap berkeras nak join tunang dan keluarganya buat persiapan. dari baju kawin, dewan, jemputan, semuanya. dari mula persiapan, baju kawin Katie ni terpaksa kena adjust banyak kali disebabkan berat badan Katie yang semakin susut.

Mungkin pelik bagi orang yang tak tahu tapi inilah 'hiasan' wajib sepanjang majlis perkahwinan Katie dan Nick. TONG OKSIGEN - yang digunakan Katie sejak dia disahkan sebagai pesakit kanser tahap kritikal. Pasangan yang tua sikit tu ialah mak dan ayah Nick. Bahagia bila tengok anaknya berkahwin dengan kekasih sejak dari sekolah menengah lagi.

Katie, in her wheelchair with the oxygen tube, listening a song from her husband and friends.

Walaupun Katie gembira di majlis tu, tapi ada masanya dia terpaksa duduk dan rehat kejap. Penyakit kanser buatkan dia tak boleh berdiri lama-lama.

Katie meninggal dunia lima hari selepas majlis perkahwinan ini.

//senyap//.

bergenang air mata aku baca kisah ni. memang, kita sebenarnya yang bikin hidup itu rumit. itu masalah,ini susah,itu renyah.
sebenarnya bahagia itu mudah saja nak ditemui kalau kita ikhlas. masalahnya kita selalu tak puas dengan apa yang kita ada, kan? seratus kita dapat, merungut mahu seribu. cincin silver yang dihadiahkan, menceceh di belakang mahu emas putih.
wajarnya, kita hargai dan syukuri bahagia yang sedikit tu.
sebab, apa janjinya kita mampu kejar bahagia banyak yang di depan, di awangan itu?
apa janjinya kita akan lapang dada walau kita sudah peluk bahagia yang kononnya lebih besar itu?
entah-entah nanti tidur tak lena bimbang kekasih kaya dan hensem tu dicaras model seksi. entah-entah nanti tak keruan pasang bodyguard keliling rumah bimbang wang berjuta dalam laci dirompak.
=)
sesungguhnya bahagia itu subjektif. dan hidup itu singkat. sangat singkat,sebenarnya.

"Life is short
Break the rules
forgive quickly
kiss passionately,love truly
laugh constantly
And never stop smiling
no matter how strange life is Life is
not always the party we expected to be
but as long as we are here, we should smile and be grateful."