sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Monday, December 22, 2008

Buktinya Cinta Sejati..

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.”
Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Moral of the story : Menghargai seseorang adalah permulaan utk menyayangi seseorang itu,tengoklah lelaki buta ni, dia tak menyayangi kekasihnya, tidak menerima kekasihnya seadanya, itu sebablah dia tidak menghargai kekasihnya, hinggalah dia tahu yang kekasihnya yang mendermakan matanya pada lelaki yang lupa diri itu.

Wednesday, December 17, 2008

Ikhlas kah korang?

sebut pasal ikhlas ni..mmg susah nak cari lelaki yg benar2 ikhlas pada kita..tp aku nak share pendapat aku camne nak tahu org tu bnr2 ikhlas n hargai korang (utk psgn bercinta) :

1 - Si dia sentiasa tanya kamu sihat/x
2 - Si dia akan call/mesej kamu setiap hari walaupun sekejap/sibuk
3 - Si dia tak pernah lupa hari-hari istimewa kamu dan si dia dan tak lupa sertakan hadiah
walaupun hadiah tu takdelah mahal pun
4 - Si dia sanggup buat apa saja untuk kamu kerana dia tidak mahu kehilangan kamu
5 - Si dia cemburu bila dia cuba call kamu, engage..
6 - Si dia cemburu bila dia tahu/nampak ada lelaki cuba mendekati kamu
7 - Si dia akan sedaya upaya mencari masa untuk bersama-sama dengan kamu
(bercuti/bergayut)
8 - Si dia tak pernah lupa setiap mesej/apa yg kamu bicarakan
9 - Si dia sentiasa memberi kata semangat dan dorongan untuk setiap apa yang kamu lakukan
10 - Si dia sentiasa memberi kata-kata cinta kepada kamu
11 - Si dia sentiasa cuba memberi kejutan kepada kamu seperti muncul di depan pintu rumah
kamu dengan sejambak bunga..Romantik kan?
12 - Si dia sentiasa ingin menjadi terbaik di mata dan di hati kamu
13 - Si dia sentiasa nak kamu tahu kamu sentiasa selamat disampingnya
14 - Setiap bicaranya akan diselit juga perancangan masa depan bersama kamu..
15 - Sentiasa menjaga hati kamu dan dia akan merasa amat sedih dan amat bersalah jika kamu
terasa dengannya
16 - Sentiasa memberi perhatian kepada kamu walaupun waktu itu dia sibuk
17 - Si dia tidak malu memperkenalkan kamu kepada kawan-kawan nya
18 - Si dia sentiasa mahu kamu berjumpa dengan keluarga nya dan si dia sentiasa bersedia mahu
berjumpa dengan keluarga kamu
19 - Si dia sentiasa mahu memberi pertolongan kepada kamu
20 - Si dia akan rasa amat bersalah jika dia tidak dapat menolong kamu/menyusahkan kamu
21 - Sentiasa jujur dan tidak sesekali menipu kamu

sebenarnya banyak lagi..yg paling penting :

* - Jujur,tolak - ansur, sentiasa berbincang walaupun perkara kecil kerana selalunya perkara kecil ni akan membawa kepada perkara besar, jgn simpan dlm hati jika ada yg tak puas hati,menerima pasangan seadanya,BUANG EGO-ini yang penting..tak kisahlah lelaki/perempuan..sifat EGO ni bukan membawa kebaikan pun..lg burukkan keadaan adalah..
jika korang sayangkan pasangan & hubungan korang..Buanglah ego tu..

yg paling penting,nasihat aku untuk korang dan diri aku sendiri..

WALAUPUN SETINGGI MANA KORANG BELAJAR, TAK SEMESTINYA APA YG KORANG CAKAP/BUAT ITU BETUL, KADANG2 KITA KENA TERIMA JUGA NASIHAT/PENDAPAT ORG YG RENDAH PELAJARANNYA DARI KORANG..

HIDUP MANUSIA IBARAT RODA,SESEKALI DI ATAS,SESEKALI DI BAWAH..JIKA KORANG DI ATAS,SESEKALI JELINGLAH DI BAWAH UNTUK SENTIASA BERSYUKUR ATAS APA YG BERLAKU..

Korang pernah dengar kan pepatah PENGALAMAN MENGAJAR MENDEWASAKAN KITA..
seperti ibu bapa kita..ada segelintir ibu bapa kita tidak belajar tinggi mcm kita..tp korang perasan tak..bila korang ada masalah..korang mesti akan tanya mak ayah korang..dan nasihat mereka mmg paling brilliant kan???..sedangkan mereka takde pun belajar tinggi mcm korang..
itulah yg dinamakan PENGALAMAN..
So..untuk aku dan korang juga..lapangkan hati..ketepikan ego korang untuk menjadikan kita manusia yg tidak pentingkan diri,sentiasa menerima kritikan/pendapat org lain..suma ni akan menjadikan kita manusia yg lebih berjaya..INSYAALLAH...

Saham Wanita Berusia Tinggi?

Pagi tadi sambil drive,aku dengar topik di hotfm AMkrew..
Topiknya..benarkah saham wanita berusia tinggi?..contoh yg nampak adalah,
1 - Asmawi - 27thn ngan pasangannya ekin - 29 thn
2 - Que Haidar - 29thn ngan pasangannya jasmin - 36thn
ni antaranya la,ada ramai lagi kat luar tu..mungkin byk faktor suma ni boleh terjadi,antaranya:
1 - mmg benar2 ikhlas menyayangi antara satu sama lain
2 - si lelaki ni nak amik kesempatan kerana dia tak perlu susah2 cari duit kerana kebanyakan wanita sekarang ni lebih berjaya dari lelaki
3 - ada lelaki yang suka wanita berusia kerana matang dan boleh menasihati lelaki ini jika mereka salah (ini pada lelaki yg boleh menerima teguran/nasihat)
4 - wanita berusia ni kebanyakan tidak memilih,bagi mereka siapa yg ikhlas pada mereka,mereka terima

tp itulah,manusia ni rambut je sama hitam,tp hati tetap tak sama..
ada yg suka muda,ada yg tak kisah dapat tua..suma terletak pada hati..
tp byk hati wanita yg terluka kerana lelaki yg tidak ikhlas..

Monday, December 15, 2008

Konvoi Ikan Pari ~ Subhanallah...







Subhanallah..



aku nak share kat sini gambar yang aku dapat dari rakan aku,konvoi ikan pari di lautan mana aku tak pasti..tp sesungguhnya amat2 menabjubkan..

Thursday, December 11, 2008

Untuk Kaum Lelaki Yang Sering Melukakan hati Wanita,luahan kami jika kami menjadi lelaki..

Beyonce Knowles - If I Were A Boy

If I were a boy
Even just for a day
I’d roll out of bed in the morning
And throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I can get with who I wanted
And I’d never get confronted for it
Cause they'd stick up for me

If I were a boy
I think that I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man
I'd listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he's taken you for granted
And everything you had got destroyed

If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it's broken
So they think that I was sleepin' alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she'd be faithful
Waiting for me to come home (*to come home*)

If I were a boy
I think that I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man
I'd listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he's taken you for granted
And everything you had got destroyed
It's a little too late for you to come back
Say it's just a mistake

Think I'd forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong
But you're just a boy
You don't understand (*yeah You don't understand oooh*)

How it feels to love a girl
Someday you'll wish you were a better man
You don't listen to her
You don't care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you've taken her for granted
And everything you had got destroyed
But you're just a boy

Thursday, December 4, 2008

PERGILAH CINTA...

YA ALLAH..JIKA DIA BUKAN UNTUKKU..PERGILAH CINTA...

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali, aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan yang aku alami
Sesungguhnya kau pencipta alam yang aku geruni

Jika benar ini takdirMu
Berikanlah aku kekuatan diri
Damaikanlah hati nurani
Tabahkanlah jiwa ini
Agar aku dapat menjalani jambatan api ini

Jika ini juga kehendakMu
Biarkanlah cinta itu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhkan lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi…