sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Wednesday, December 17, 2008

Ikhlas kah korang?

sebut pasal ikhlas ni..mmg susah nak cari lelaki yg benar2 ikhlas pada kita..tp aku nak share pendapat aku camne nak tahu org tu bnr2 ikhlas n hargai korang (utk psgn bercinta) :

1 - Si dia sentiasa tanya kamu sihat/x
2 - Si dia akan call/mesej kamu setiap hari walaupun sekejap/sibuk
3 - Si dia tak pernah lupa hari-hari istimewa kamu dan si dia dan tak lupa sertakan hadiah
walaupun hadiah tu takdelah mahal pun
4 - Si dia sanggup buat apa saja untuk kamu kerana dia tidak mahu kehilangan kamu
5 - Si dia cemburu bila dia cuba call kamu, engage..
6 - Si dia cemburu bila dia tahu/nampak ada lelaki cuba mendekati kamu
7 - Si dia akan sedaya upaya mencari masa untuk bersama-sama dengan kamu
(bercuti/bergayut)
8 - Si dia tak pernah lupa setiap mesej/apa yg kamu bicarakan
9 - Si dia sentiasa memberi kata semangat dan dorongan untuk setiap apa yang kamu lakukan
10 - Si dia sentiasa memberi kata-kata cinta kepada kamu
11 - Si dia sentiasa cuba memberi kejutan kepada kamu seperti muncul di depan pintu rumah
kamu dengan sejambak bunga..Romantik kan?
12 - Si dia sentiasa ingin menjadi terbaik di mata dan di hati kamu
13 - Si dia sentiasa nak kamu tahu kamu sentiasa selamat disampingnya
14 - Setiap bicaranya akan diselit juga perancangan masa depan bersama kamu..
15 - Sentiasa menjaga hati kamu dan dia akan merasa amat sedih dan amat bersalah jika kamu
terasa dengannya
16 - Sentiasa memberi perhatian kepada kamu walaupun waktu itu dia sibuk
17 - Si dia tidak malu memperkenalkan kamu kepada kawan-kawan nya
18 - Si dia sentiasa mahu kamu berjumpa dengan keluarga nya dan si dia sentiasa bersedia mahu
berjumpa dengan keluarga kamu
19 - Si dia sentiasa mahu memberi pertolongan kepada kamu
20 - Si dia akan rasa amat bersalah jika dia tidak dapat menolong kamu/menyusahkan kamu
21 - Sentiasa jujur dan tidak sesekali menipu kamu

sebenarnya banyak lagi..yg paling penting :

* - Jujur,tolak - ansur, sentiasa berbincang walaupun perkara kecil kerana selalunya perkara kecil ni akan membawa kepada perkara besar, jgn simpan dlm hati jika ada yg tak puas hati,menerima pasangan seadanya,BUANG EGO-ini yang penting..tak kisahlah lelaki/perempuan..sifat EGO ni bukan membawa kebaikan pun..lg burukkan keadaan adalah..
jika korang sayangkan pasangan & hubungan korang..Buanglah ego tu..

yg paling penting,nasihat aku untuk korang dan diri aku sendiri..

WALAUPUN SETINGGI MANA KORANG BELAJAR, TAK SEMESTINYA APA YG KORANG CAKAP/BUAT ITU BETUL, KADANG2 KITA KENA TERIMA JUGA NASIHAT/PENDAPAT ORG YG RENDAH PELAJARANNYA DARI KORANG..

HIDUP MANUSIA IBARAT RODA,SESEKALI DI ATAS,SESEKALI DI BAWAH..JIKA KORANG DI ATAS,SESEKALI JELINGLAH DI BAWAH UNTUK SENTIASA BERSYUKUR ATAS APA YG BERLAKU..

Korang pernah dengar kan pepatah PENGALAMAN MENGAJAR MENDEWASAKAN KITA..
seperti ibu bapa kita..ada segelintir ibu bapa kita tidak belajar tinggi mcm kita..tp korang perasan tak..bila korang ada masalah..korang mesti akan tanya mak ayah korang..dan nasihat mereka mmg paling brilliant kan???..sedangkan mereka takde pun belajar tinggi mcm korang..
itulah yg dinamakan PENGALAMAN..
So..untuk aku dan korang juga..lapangkan hati..ketepikan ego korang untuk menjadikan kita manusia yg tidak pentingkan diri,sentiasa menerima kritikan/pendapat org lain..suma ni akan menjadikan kita manusia yg lebih berjaya..INSYAALLAH...

No comments: