sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Friday, January 2, 2009

Lelaki Chauvinist

Korang tahu apa makna lelaki chauvinist ni?..

Aku terpanggil utk share psl ni sb aku ada tgk drama `Sama Tapi Tak Serupa`..arahan siapa & skrip siapa yg tulis aku tak sempat tgk..tp cite dia mmg ada terjadi di luar drama..reality nya pernah terjadi kepada aku..tp kat sini aku taknak lah cite psl aku,nti tak cukup entry lak..

pada mereka yg terlepas dari tgk cite tu,biarlah aku sedikit sebanyak mengenai cerita tu..
Mengisahkan tentang 2 buah keluarga yg amat berbeza latar belakangnya..secara ringkasnya,mcm ni..

keluarga pertama :
1- kehidupan diorang very2 sosial..
2- orang berada..
3-bg diorang,minum arak,seks rambang,tidak solat,tatu,judi adalah perkara biasa..

keluarga kedua :
1-alim..
2-kehidupan yang sederhana..
3-Anti sosial..

secara ringkasnya,biar aku simpulkan ttg 2 buah keluarga ni..
keluarga pertama tu..terang2 lah mereka dah jauh dari Allah s.w.t..
Yg aku nak fokuskan adalah pada keluarga kedua..
ni pendapat aku lah..
walaupun keluarga kedua ni alim..tp cara mereka terpesong..kenapa aku kata mereka terpesong walaupun mereka alim?..kerana SIKAP mereka yg membuatkan mereka terpesong..
contoh dlm cita ni adalah ketua keluarga kedua ini iaitu suami kepada aznah dan ayah fiz fairuz..
ketua keluarga ini bersikap Chauvinism..
di bawah ni, adalah sikap org lelaki Chauvinist..

`lelaki jenis ini sangat membanggakan dirinya sebagai kaum lelaki, bahkan ia merendah-rendahkan martabat seorang perempuan.Di matanya, perempuan tak pernah dianggap mulia atau sejajar dengan lelaki.Bagi mereka, kedudukan perempuan adalah serendah-rendah di kaki mereka.Bagi si chauvinist ini, tugas perempuan adalah melayani keperluan & kehendak mereka serta mengerjakan apa yang diperintah olehnya dengan baik tanpa mengambil tahu sedikit pun perasaan perempuan..Senang cite..mereka ni tidak mahu menghargai perempuan walaupun perempuan itu adalah sebaik-baik umat..sellfish..bukan jual ikan..kalau di translate kan..mereka ni mementingkan diri mereka sendiri,bagi mereka,setiap kata-kata mereka & apa yg mereka buat adalah betul jer..bagi mereka juga perempuan hanyalah boneka mereka..`

so,dari cita ni..suami dan ayah ni memaki hamun isterinya di hadapan anak-anaknya!..bg aku, ia dah melampau!..panggil isteri bodoh,lembab,tolol..ada ke patut lelaki yg katanya alim boleh mengeluarkan kata2 mcm tu?!..si suami & si ayah ni siap pesan kat anaknya supaya cari isteri yg hanya ikut cakap suami kerana bagi dia suami kena menunjukkan kuasa & mereka boleh memerintah isteri sewenang2 nya,baginya isteri tiada hak untuk memberi pendapat @ meluahkan apa2...bengang jer aku tengok..

Rasulullah s.a.w pun takde nak maki hamun isteri2 nya..Rasullullah s.a.w siap mengangkat martabat seorang wanita @ isteri di tangga yang teratas..

so,peringatan kepada wanita2 & utk aku sendiri..berhati2 lah bila mencari pasangan..kalau bf korang mcm perangai di atas,fikir2 panjang lah..bukan aku nak merosakkan hubungan korang,tp..rumit woo..kahwin dengan orang yang tak boleh nak menghargai kita..
kita nak kahwin hingga akhir hayat dengan perasaan yg tenang,bahagia..
takkan korang nak tempuh rumahtangga dengan hati yg tak tenang,asyik makan hati jer..berendam air mata..boleh jadi gila beb...

FIKIR-FIKIR KAN LAH..

memanglah aku pernah gagal dlm rumahtangga,tp itu bukan salah aku, mungkin korang akan kata siapa nak kata dia jahat/dia yg salah kan?..tp my situation is..aku kahwin atas plhn rakan family aku,aku dijodohkan dgn lelaki gay..& dia juga lelaki jenis chauvinist..

malu?..mmg pada mulanya aku malu utk mengaku diri aku ni miss J....Perempuan mana yg nak status J....beb..
Tp kenyataan tetap kenyataan yg aku tak boleh nak lari..kalau aku sembunyi pun,lama2 org akan tahu juga kan..so,terpulanglah pada masing2 nak anggap aku mcmn..aku tak nak jadi manusia hipokrik..

Baru2 ni juga aku mengenali seorang lelaki yg muda dari aku yg merayu2 nak couple ngn aku,pd mulanya mmg nampak dia sungguh2..hari2 call,hari2 msg,hari2 ucapkan syg,sguh2 ngan aku,tp setelah aku terima dia n syg dia,dia buat hal,xpenah call aku,aku call dia dlm 10kali,3kali yg dia angkat..mesej bg 10,3 yg dia balas..katanya sibuk..setahu aku,PM pun yg mmg kita tahu bz..xde la sampai xlayan org..
dia juga manusia jenis Chauvinist..dia xleh trima pendapat aku,walau hakikatnya aku di pihak yg benar,dia nak juga menang..sedangkan terang2 dia salah..
contohnya..aku pernah nasihatkan dia,walaupun setinggi mana kita belajar,kita tetap dgr pendapat ibu & ayah kita walaupun mereka tidak belajar tinggi mcm kita sb pengalaman mereka lebih dari kita..tahu apa dia jawab?..
"pendapat awk salah..saya tak pernah minta pendapat ibu & ayah saya..saya tetap berjaya"..
Ya Allah..Ego nya manusia ni..dia nak menang juga..padahal dia pernah gitau saya,dia ada minta pendapat ibu dia tentang wanita..
dia juga nak aku dengar cakap dia ja..dia bangga bila aku dpt ikut cakap dia walaupun sbnrnya itu utk kepentingannya sendiri..dia tak pikir perasaan aku,bg dia..dia puas hati bila ada perempuan dpt ikut telunjuk dia..inilah manusia Chauvinist..dia juga sesuka hati melemahkan semangat aku dgn menghina aku mcm2..hingga aku jatuh sakit..teruk manusia mcm ni..

aku just share pandangan aku..kalau korang rasa nak terima, terima lah..kalau korang rasa pendapat aku ni tak relevan..terpulanglah..

setiap manusia ada pendapatnya yg tersendiri..ada hak untuk bersuara..

No comments: