sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Sunday, July 19, 2009

Manchester United vs Malaysia 3 ~ 2


Malaysia telah hampir bt pemain Manchester United & peminat fanatiknya leh bunuh diri, namun jaringan Michael Owen pada 10 minit pada akhir perlawanan menyaksikan pasukan kebangsaan tumpas 2-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.Kalau tak, ramai yg patah hati...

Dua jaringan Malaysia disumbangkan oleh Mohd. Amri Yahyah, manakala MU memperoleh jaringan menerusi Nani dan Wayne Rooney.

So,berita baik buat peminat fanatik Manchester United apabila juara Liga Perdana England itu bersetuju untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Malaysia, Isnin ini.

Perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam itu diatur penganjur, Pro Event bagi menggantikan perlawanan menentang Indonesia di Jakarta yang terpaksa dibatalkan kerana insiden letupan bom yang berlaku di negara itu.

Pada mereka yg minat giler ngan MU ni atau mahu menyokong pasukan kebangsaan..
Tiket-tiket bagi perlawanan persahabatan kedua antara Manchester United-Malaysia ni ini boleh dibeli di kedai-kedai rangkaian barangan sukan Nike dan Al-Ikhsan atau melalui internet (www.ticketpro.com) pada harga RM58 dan RM308...


No comments: