sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Sunday, October 17, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 5

Bunyi telefon bimbit mengejutkan Hakim yang sedang tidur. Siapalah agaknya yang telefon tengah malam buta ni. Rungut Hakim. Terkebil-kebil matanya merenung jam di dinding biliknya, hampir 3 pagi.Tertera nama Julia pada skrin pemanggil. Belum sempat Hakim memberi salam. " Baby..u kat mana ni?.." Manjanya suara Julia. " Sekarang dah pukul 3 pagi sayang..Jadi b kat rumah, tengah tidur la..takkan tengah buat rumah?" Sengaja Hakim memerli Julia kerana dia tahu kekasihnya ini suka sangat keluar hingga ke pagi. "Isk..b nie..tengah mamai pun boleh buat lawak lagi ye..ni yang buat i sayang kat b ni..ermm..b datanglah rumah Ekin sekarang..ada parti tau.." Pujuk Julia. " B malaslah sayang..lagipun esok pagi-pagi lagi b dengan papa nak pergi hospital, nak ziarah Daniel." Terang Hakim. " Tengok!..Lagi-lagi b lebihkan anak saudara b tu.." Julia seakan-akan merajuk. " Alah sayang ni..itupun nak merajuk,lagipun Daniel kan anak saudara b..dia sudahlah tak ada ayah.." Pujuk Hakim. " So..b nak jadi ayah dia pulak lah ye?." Bebel Julia. " Errm..idea yang baik tu..lagipun Kak Nur tengah single tu.." Usik Hakim. " Baby!!!" Jerit Julia. Hakim terus ketawa dan talian sengaja dimatikan. Dia terus menyambung tidur.


Keadaan Daniel masih sama.Tiada perubahan.Nur tidak putus asa. Dia ada mencari dalam internet jika ada penawar bagi penyakit anaknya ini. Tapi menurut doktor, penyakit seperti Daniel ini memang akan sebati dalam dirinya. Hanya perlu memastikan dia tidak terdedah pada debu dan udara yang kotor.Jika tidak, ia akan memburukkan lagi keadaan. Setiap hari Nur akan menemani Daniel.Mengelap badan anaknya.

" Assalamualaikum.." Sapa En.Ikram. " Waalaikumussalam.." Betapa gembiranya bila melihat ayah mertuanya sudi menziarahi anaknya. Lantas Nur mengucup tangan bersalam dengan En.Ikram. " Nur sihat? " Rindu benar dia pada menantunya ini." Alhamdulillah papa..Nur sihat-sihat sahaja." Senyum lebar Nur. " Papa datang seorang ke? " Nur mengharapkan kehadiran Puan Abdah. " Papa datang dengan Hakim, tadi Hakim bertembung dengan rakan lamanya, kejap lagi datanglah tu." Nur mengeluh. En. Ikram perasan perubahan di wajah Nur. " Mama sibuk kat butik.Jadi dia cuma sampaikan salam buat kamu. " Dalih En. Ikram. Nur tahu yang papanya bohong. Nur hanya tersenyum. " Assalamualaikum ." Sapa Hakim. "Waalaikumussalam. " Di jawab serentak oleh Nur dan En.Ikram. " Pakcik dan makcik mana akak? " . Hakim merujuk pada ayah dan mak Nur. " Mereka tak datang, sebab ada jemputan kenduri di rumah saudara." Terang Nur. Hakim mengangguk tanda faham.

" Bagaimana perkembangan Daniel? " Hakim bertanya lagi. " Macam tu juga Hakim..Doktor masih melakukan pemeriksaan.Akak pun dah tak sanggup tengok Daniel menangis kerana di suntik hari-hari. Tengoklah lengan Daniel ni, sampai lebam." Sambil mengangkat lengan Daniel. Nur menangis. Hakim juga kasihan bila melihat lengan Daniel yang kecil sampai lebam disuntik. En.Ikram menghampiri Daniel. Dikucup mesra.Betapa dia rindukan cucunya ini.En.Ikram menangis.

" Apa kata kita rawat Daniel di luar negara?" Cadang En.Ikram sambil mengesat air matanya. "Doktor Hamdan ada beritahu Nur yang penyakit seperti ini tiada penawarnya. Hanya persekitaran bersih, udara bersih yang boleh mengurangkan serangan penyakitnya ini." Terang Nur. " Kalau begitu, akak perlu bawa Daniel pergi ke tempat yang bersih lah." Hakim bersuara. Nur hanya mengangguk. Kalau begitu, apa kata Hakim bawa Nur pergi ke UK, tinggal di rumah Aizah, di sana udaranya bersih." Cadang En.Ikram. Hakim mengangguk tanda setuju. " Betul tu akak, rumah kak Aizah jauh dengan bandar, jadi, suasana dan udara bersih." Sokong Hakim.

" Tapi..bagaimana dengan soal syarikat? " Nur gusar bila terlalu lama dia menyerahkan hal syarikat pada Fitri." Itu akak jangan risau, Hakim kan ada..Hakim akan tolong akak." Cadang Hakim. " Akak kena tanya doktor dahulu samada Daniel boleh pulang atau tidak." Terang Nur.

" Papa yakin bila Daniel pergi ke sana, kesihatannya akan bertambah baik,lagipun Aizah rindu sangat dengan kamu Nur.." Pujuk papa. Nur juga terlalu rindukan kak Aizah. Menurut Hakim, kak Aizah menyambung pengajian di sana dan telah berkahwin dengan orang sana. Nur tidak diberitahu kerana mama tak izinkan Nur sekeluarga datang ke majlis perkahwinan.Dengar cerita lagi, kak Aizah dapat anak kembar. Pasti comel.


" Tiba-tiba pula aku teringatkan bekas tunang aku lah.." Aidil bersuara. " Alia tu kan..Kenapa pula?" Jefri bertanya. " Takde lah..tadi,mak aku balik dari kenduri rumah kawan dia, jumpa dengan mertua tak jadi aku." Terang Aidil. " Mertua tak jadi?, istilah apa tu? ". Sambil ketawa Jefri bertanya.

" Yalah...nama pun bekas tunang..makanya mak ayah dia tu mertua tak jadi aku la mangkuk.." Jelas Aidil. " Ohh..Dah tu, apa ceritanya?." Tanya Jefri lagi. " Bekas tunang aku kan dah kahwin..sekarang ni dia dah jadi janda." Terang Aidil tersengih-sengih. " Kenapa pula?..Bercerai ke?." Tanya Jefri. " Aaa..tapi bercerai mati..suami dia meninggal." Terang Aidil lagi. " Lor..kesian kat bekas tunang kau tu ye.." Kata Jefri. " Kesian memang kesian..tapi bertuah pada aku." Tersenyum-senyum Aidil. " Apa yang bertuahnya pula?" Tanya Jefri lagi. " Yalah..bolehlah aku mengayat dia balik..untung-untung dapat kahwin dengan dia." Aidil mengenyit mata pada Jefri. " Kau ingat Nur tu nak ke kat kau..dah la putus tunang dulu tu sebab kau yang buat hal." Jefri mencebik. " Alah...itu perkara lama..aku yakin dia dah lupakan dah...apa-apa pun, aku tetap akan dapatkan Alia kembali." Bersemangat Aidil.



*bersambung ^_^



2 comments:

Fahim 'n Alin said...

da abes... keep updating

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

tgh mencari mood utk menaip..idea mmg dah bercambah dlm otak nie..