Aku dpt ni dari blog kawan aku..aku juga beri sedikit pendapat..ia buat aku berfikir & merenung sejenak apa yg berlaku sepanjang hidup aku..
aku harap aku & korang pun ambil lah yg baik2 dari sini...
Ramai di antara kita yg terlupa akan betapa banyaknya nikmat yg telah dikurniakan Tuhan kpd kita. Selalunya kita tidak sedarpun apa tu dia yg dikatakan nikmat sehinggalah ianya hilang dari kita. Nikmat adalah sesuatu yg diberi Allah kpd kita, jika diambilNya, kita akan terasa kehilangan sesuatu yg sukar hendak dikatakan. Nikmat boleh datang dalam berbagai bentuk dan keadaan.
Contohnya nikmat rasa. Dgn rasa, kita boleh tahu betapa sedapnya sesuatu yg kita makan atau minum. Kita boleh tahu samada sesuatu tu lembut atau keras, sakit atau seronok dan sebagainya. Cuba rasa tu tiada, apa jua yg kita makan, minum, sentuh tentu tidak memberi apa apa makna – semuanya sama aje. Bila kita dah tak boleh rasa, kita sedar kita sudah kehilangan satu nikmat yg besar.
Kalau kita sihat kita boleh lakukan apa saja yg kita mahu. Lihat apa akan terjadi apabila kita jatuh sakit. Semuanya tidak bermaya lagi. Semuanya tidak menyeronokkan. Semuanya layu dan tiada bersemangat. Pada ketika itu, barulah kita sedar betapa besarnya makna sihat. Semasa sakit itulah ada kalanya kita berazam, kalau kita sihat kita akan gunakan waktu itu sebaik-baiknya. Barulah ketika kita sakit, kita baru sedar betapa besar harganya sihat. Bagi orang orang yg beriman, mereka akan bersyukur apabila disihatkan semula oleh Allah. Itulah bezanya antara orang yg tahu bersyukur dan orang yg kufur nikmat.
Kita perlu sedar betapa banyaknya nikmat yg Allah beri kpd kita. Sebagaimana yg Allah berfirman dalam Al-Quran yg maksudnya, jika seluruh lautan itu dijadikan dakwat dan semua pokok pokok dijadikan penanya, nescaya kita masih tidak dapat menuliskan semua nikmat Tuhan. Begitulah hebatnya nikmat Allah. Jadi kita kiralah sendiri betapa banyaknya nikmat yg ada pada diri kita ini belum dikira yg luar dari diri kita. Sebab itu Allah selalu mengingatkan kita barangsiapa yg bersyukur ke atas nikmatnya, Dia akan tambah nikmatNya ke atas hambaNya itu. Tapi berapa ramai yg benar benar bersyukur walaupun ke atas nikmat yg sekecilnya.
Bila kita lupa untuk bersyukur, Allah akan tarik kembali nikmatNya dari kita. Pernahkan anda lihat orang yg dulunya waras, tiba tiba menjadi gila. Orang yg mempunyai segala kekayaan, tiba tiba jatuh miskin papa kedana. Orang yg dulunya menduduki puncak kekuasaan, tiba tiba jatuh tersungkur tersembam ke bumi tidak dipedulikan orang lagi. Lihatlah apa sebenarnya yg telah mereka lakukan.
Ada juga kita dikurniakan teman/kekasih yg mungkin dia tidak secantik/sekacak yg kita impikan..tp dia benar2 menyayangi & menghargai kita..itu adalah nikmat yg telah Allah s.w.t kurniakan pada kita yg kita kebanyakkan tidak menghargainya.Bagi kita,kita boleh mendapat yg lebih baik darinya sedangkan bila kita tinggalkan dia,belum tentu kita dapat org yg boleh menyayangi & menghargai kita sebagaimana dia buat.Dan waktu itu,kita baru rasa betapa ruginya kita meninggalkannya..tp pada mereka yg masih ego,tidak akan merasa suma ni..hanya masa yg menentukan bila dia akan berubah..tp ingatlah,jika kita menganiaya org lain, tak mustahil suatu hari nanti kita akan di aniaya juga nanti..Allah s.w.t sentiasa berlaku adil pada hamba2NYA...Beringatlah rakan2 ku..
Oleh itu, selalulah kita biasakan diri ini untuk selalu bersyukur ke atas segala nikmat Tuhan, tak kira samada kecil mahupun besar. Dan ketahuilah, nikmat paling besar sebenarnya ialah nikmat Islam dan Iman. Tanpa keduanya, hidup ini tiada makna dan tujuan sebenar. Bersyukur itu nampak mudah tapi selalu kita lupa untuk menyebutnya. Kita perlu ingat, bersyukur itu bukan dgn sebutan sahaja, tetapi mencakupi melahirkannya dgn perbuatan dan akhlak yg mulia.
Didiklah anak anak kita semenjak mereka kecil lagi supaya sentiasa bersyukur dan banyak mengucap “Alhamdulillah”. Dapat sikitpun kita ucapkan, dapat banyak lagilah. Apabila kalimah ini dah sebati, ringan lidah kita untuk mengucapkannya. Dan setiap nikmat yg Allah beri, selalunya kita akan diuji selepas itu. Mungkin untuk mengetahui sejauh mana syukur kita sebenarnya. Adakah setelah kita terima nikmat kita masih juga boleh menerima kesulitan dan ujian Allah. Itulah hakikat hidup ini dan kita perlu belajar bukan sahaja untuk mensyukuri tetapi juga untuk sabar dan tabah.
No comments:
Post a Comment