sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Sunday, July 19, 2009

Dari lubuk hati 2 - Thanks Fazuma


dalam melalui detik-detik sukar ini
yang aku ada cumalah kepasrahan
dalam meniti rasa-rasa gundah
keliru dan resah
yang ditinggalkan untukku
cumalah keredhaanaku
kuatkan hati
untuk terus melihat masa depan
yg bukan milik hakiki
aku teguhkan jiwa
untuk terus berdiri utuh di bumi fana
walau kadangkala tertumpah manik mutiara mata
kerna itulah satu-satunya peluh rasa hati wanita
tatkala lafaz kata tak mampu lagi mengungkap rasa
tunduk lemah berdoa memohon kekuatan dariNYA
hadirnya insan adalah anugerah
hilangnya mereka tersirat sejuta hikmah
yang sentiasa aku pahat bahwa hidup sentiasa tak mudah
sabar dan tabah
sentiasa berserah
ya Allah
kuatkan aku
tabahkan aku
teruskan mekar senyum di bibir ini
teruskan alunan zikir di hati ini
mengingatiMu
tiap tidur dan jagaku...

2 comments:

mira amair said...

harap kak dapat jalani idup dengan baik wlaupun disakiti oleh lelaki itu..sungguh saya geram bila melihat kaum wanita diperlakukan seperti kakak..sepupu saya pn senasib ngn kakak..

All about my Life... said...

mira amair - thanks dik..akak hrp dpt tempuh suma ni..thanks sudi singgah ye..selalu2 lh singgah.. ;)