sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Friday, July 10, 2009

Hargailah Kami Sebagai Wanita...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Tetapi masih ramai lelaki di luar sana yang tidak mahu menghargai wanita..Bagi mereka wanita tempat untuk dipermainkan, dipersendakan, dikecewakan, untuk melepaskan nafsu syaitan mereka...Sedangkan anda tidak fikir, jika anda melakukannya, Allah s.w.t mungkin tak balas pada anda, anda gembira,tp anda tidak fikir yang DIA boleh balas mungkin pada kakak, adik atau anak anda nanti..Allah s.w.t takkan biarkan orang-orang seperti anda bahagia begitu sahaja..inikah dinamakan yang akan menjadi pemimpin??...sedangkan mereka menindas kaum wanita yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah s.w.t...Renung2 kan & sedarlah wahai kaum lelaki di luar sana..Dunia ni bukan untuk selamanya untuk anda membuat sesuka hati..Masih ada dunia abadi di sana..Banyakkan lah amalan & bertaubat...

No comments: