sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Friday, January 29, 2010

Selamat Ulang Tahun Mak..

Pada 23/01/2010 adalah tarikh besday my mum...
Kitorang celebrate kat umah ja..
Saya pakat ngan adik bongsu saya..
Saya kasi dia duit utk belikan kek kat SR..

Ajak ayah dok sesama..
Pastu SUPRISE!!!...

tiada yang istimewa melainkan mak saya..
tiada yang bernilai melainkan mak saya..
tiada yang bermakna melainkan mak saya..

Hanya mak..
Yang sudi menjadi bahu untuk saya menumpang tangis..
Yang sudi pinjamkan telinganya utk mendengar segala cerita saya sedih@gembira..
Yang sudi membantu saya walaupun di saat getir..

Menjadi teman ketika saya sunyi..
Menjadi teman ketika aktiviti bersama..
Menjadi penunjuk arah ketika saya sesat..
Menjadi guru ketika saya leka..

Terima kasih mak...
walaupun ucapan ini tidak dapat membalas jasamu mak..
anakmu ini akan sentiasa berusaha untuk bahagiakan mak..
walaupun permintaan mak untuk melihat anakmu ini berkahwin tidaklah kesampaian..
jangan risau mak..
akan anakmu ganti dengan kebahagiaan lain..
kerana tidak berkahwin bukanlah beerti tidak bahagia anakmu ini..


Terima kasih mak...
Anakmu ini sayang++++++++++ mak...


p/s - xdapat nak upload pic mak sebab cable hp hilang..

Thursday, January 28, 2010

Kehilangan Yang Amat Dirasai...

Pada tahun 2007...
Kami kehilangan sepupu yg berada di Johor..
Arwah berkahwin dengan org Johor..
Sakit yang tiba-tiba..
Arwah meninggalkan seorang isteri & 4 org anak..

Tetapi...
Pagi tadi kami dikejutkan dengan..
Perginya satu2nya sepupu kami yg menetap di Johor..
Isterinya pula telah meninggal dunia..
Pada malam semalam..
Meninggal kerana sesak nafas ketika tidur..
Walhal arwah tidak ada sakit apa pun..
Arwah sempat meninggal pesan & wasiat pada anak2 nya..
supaya belajar rajin2..jaga diri..

Ibu saya beritahu..
Petang itu arwah siap menghubungi sepupu2 nya di Kedah..
Termasuk menghubungi ibu saya..
Berbual panjang..seperti tak ada apa yang dicurigai..
kerana arwah selalu menghubungi kami..
semenjak dia datang ke sini sebulan yg lepas..
Tapi malam tu..
Dia telah pergi meninggalkan kami...

Saya seperti bermimpi ketika di beritahu pemergiannya..
Ini adalah kerana setelah arwah suaminya meninggal..
Arwah tidak pernah balik ke Kedah..
Hinggalah sebulan yg lepas arwah berhajat..
nak buat kenduri arwah utk suaminya..
di Kedah..

Kami berkesempatan berjumpa setelah bertahun tak jumpa..
Mengenali 4org anak2 nya..
Sempat juga tidur semalam di rumah kami..
kerana utk adil..
arwah bergilir2 tidur di rumah sepupu2 di sini..
Mak saya ada cita..

semasa berbual dengan arwah..
arwah ada bercerita ibunya meletak namanya utk rumah ibunya..
arwah berkata "buat apalah letak nama Lina..Manalah tahu Lina yg meninggal dulu"..

....senyap....

Arwah seperti tahu hendak `pergi`...
Itu sebab arwah datang juga ke Kedah...
setelah bertahun2 tak balik..
Arwah juga meninggalkan sehelai pakaiannya..
Seperti hendak tinggalkan kenangan kepada kami..

Sedih anak2 arwah..
Di usia yang muda..
sudah menjadi yatim piatu..
Yang sulung pun masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi..

Kami antara sepupu bercadang..
Untuk mengambil setiap seorang..
anak arwah untuk tinggal bersama..
Keluarga kami bercadang utk mengambil anak kedua..lelaki..
Baru selesai menduduki SPM..
Mudah-mudahan dia selesa bersama kami nanti..

Kami terlalu sayangkan arwah Abg Din & arwah Kak Lina...
Mudah-mudahan dengan menjaga anak arwah..
Dapat mengubat kerinduan kami kepada arwah pasangan suami isteri ini..

Al - Fatihah....



p/s - Masih bersedih..seperti tidak percaya kehilangan arwah..

Monday, January 25, 2010

Sedihnyee lagu nie..


Download Menyesal Ressa Herlambang video

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia
reff :
BILA CINTA TAK LAGI UNTUKKU
BILA HATI TAK LAGI PADAKU
MENGAPA HARUS DIA YANG MEREBUT DIRIMU
BILA AKU TAK BAIK UNTUKMU
DAN BILA DIA BAHAGIA DIRIMU
AKU KAN PERGI MESKI HATI TAK AKAN RELA

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

Friday, January 22, 2010

untuk naim...

naim dj suriafm minta tlg saya buatkan logo kat dia...
cantik tak?..

Sunday, January 17, 2010

Di Petang Jumaat @ kampus tetap UniMAP...

biasan di tetingkap bangunan Jabatan Mekatronik...


dicelah pembinaan bangunan utk Jabatan MikroE...


p/s ~ tak sabar nak memiliki kamera dslr..

Wednesday, January 13, 2010

Mujur sempat touch in...

Pagi nie masa otw ke tempat keje...
Jalan menuju ke Changlun..
tetiba jalan jam..
saya syak mesti ada accident..
tgk depan..
makaiiiii...
panjangnya deretan kereta...
adeh..
punyalah keluar awal..
ingat bila sampai awal..
leh la rileks2 jap sebelum start keje..
bila dah hampir ke tempat kejadian..
patutlah...
amik space jalan byk..
mana tak jam..
tgklah sendiri..huhuhu...
2 lori bertembung..satu darinya terbalik...
mujur sempat sampai opis sebelum attendance jadi kaler merah...
hidden kan no.plat..supaya xde org salah gunakan (no.ekor@toto)..nti saya dapat dosa sama.. :)
p/s - korang rasa mcmn leh accident..sedangkan nie jalan sehala jer..

Monday, January 11, 2010

~PERGI~

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Friday, January 8, 2010

Khas buat yg dah kawin , dan yg baru nak kawin, atau ingin tahu pasal `SUAMI' heheheh

Citer Tauladan


bersyukurla...pandang banyak kebaikannye..bukan keburukkanye....

kite pon bukan PERFECTOOOOOOOOOO hehehe :) enjoy reading! TAPI KALAO siSUAMI TU `HAMPEH` lu FIKIRLA SENDIRI hehehe :)

SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata. "Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
"Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.
" Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."

Wednesday, January 6, 2010

contest baru pulak!!

ini adalah contest yg pertama kali cik zan join utk Tahun 2010...thanks p.cik..
contest nie dianjurkan oleh CONTESTO de LOUR ..sapa2 nak join..leh lah klik kat http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html

tapi..cik zan nak tag gak 3org...
1 - intan
2 - lily
3 - syarinie
hope..sudilah kiranya menerima tag ini...
utk kwn2 len pun..kalo nak join..sila lah..
antara gambar2 yg da boom yg cik zan ada..
ini dia...
**
***
****
*****
pic nie diambil masa celebrate new year 2010 kat Bukit Bintang...
terlalu byk gambar yg da boom..hehe..
jadi cik zan pilih yg ini...
hope pic nie rezeki utk menang contest nie...
utk Mr.Zarith..terimalah ye...

My First Project for my Business...

For New Year...
dgn azam baru..
untuk menjadi seorang ahli perniagaan yg berjaya..
actually dah lama buat..
nie sebab dah nampak hasil..
that why saya publish kan..
Alhamdulillah..
produk utk projek pertama saya sekarang..
sudah ada di Kedah..Perlis..Selangor..
Syarikat saya diberi nama..
cha.nab..
nama ini diambil bersempena gabungan nama ayah & ibu saya..
cha for isa..
nab for zainab..
disamping utk ambil berkat sebab guna nama ibu & ayah kita kan..
leh dikatakan modal suma dari saya sendiri..
cuma resepi saya gunakan dari mak saya..
dari costing..modal..market..suma saya buat..
Untuk Projek Pertama nie..
saya mulakan dgn menjual Pekasam..
resepi mak saya..dibuat menggunakan ikan puyu..
sekaligus saya sudah tahu mcmn nak buat pekasam nie..
InsyaAllah keuntungan dapat berlipat kali ganda..
......AMIN.....ikan puyu digunakan...dibasuh dgn sebersih2nya diselangi selawat ke atas Nabi...
tiada bau yg tidak menyenangkan...ditutup dgn kemas tanpa ada kebocoran..
dengan harga RM5 satu..sedia menerima tempahan..




p/s - tahun nie byk mende nak buat...yg pastinya bisnes is no.1...hope suma berjalan ngn baik..