sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Showing posts with label Cilok. Show all posts
Showing posts with label Cilok. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Aku ngaku nangis lepas baca entry nie....




kali ini mengisahkan seekor anjing legenda Jepun, Hachiko...berjuta-juta manusia telah menangisi kematian tragik anjing ini......ceritanya ramai orang yang dah tahu....banyak juga diabadikan di dalam blog2 dan website....ceritanya hanya satu tetapi gaya penceritaan ada bermacam-macam... keberkesanan cerita yang disampaikan kepada pembacanya adalah bergantung kepada pengolahan semula si tukang penulis blog...Cara pengolahan semula yang berkesan akan menyebabkan si pembaca blog akan merasai peristiwa ini seolah-olah baru berlaku semalam....


Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923, Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".
Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Dan pada tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula...Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan...
21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.... Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...



Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )
Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa...Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kiku
zaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori.




Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam



Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian....Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.


Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.


























Kisah Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem....


Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.....



Kesimpulan :

Apakah perasaan yang tersirat di hati Hachiko sebenarnya...? Berapa tebalkah kesetiaan Hachiko terhadap tuannya...? Berdasarkan apa yang aku faham, Hachiko tak pernah pedulikan benda lain selain dari tuannya...aku percaya matlamat hidup Hachiko semenjak di saat mula-mula dipelihara oleh Profesor Ueno hanya satu iaitu :

"BERBAKTI PADA TUANNYA SELAGI BERNYAWA..."

MasyaAllah...!!! Mulia sungguh hati haiwan ini....

Bayangkanlah, selama 10 tahun Hachiko menjadi penunggu di stesen keretapi tu....dan dia mati di situ juga...aku yakin semasa disaat-saat akhir nyawanya, dia dikelilingi oleh orang2 awam dan diiringi dengan tangisan sedu-sedan....kesemuanya sayangkan Hachiko....



P/S :

Kalaulah Hachiko ni boleh berkata-kata sebelum dia mati, Hachiko mesti pesan kat Kobayashi :

" Hachi nak pergi jauh ni...Kalau Tuan Ueno balik nanti, tolong pesan kat dia, Hachi sihat ajer....jangan risaukan Hachi yer...!! Jangan bagitau kubur Hachi di mana....nanti dia sedih..."

Wallahualam...!!!



Friday, February 11, 2011

Dendam Yang Termanis...

"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah.Sakitnya tidak terperi.Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.

Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku.Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan.Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.

Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujian dari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.

Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku.Hatiku kini tenang. Damai.Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya,kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)

Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

~Artikel iluvislam.com~



p/s - mmg mudah utk minta maaf..tp bukan mudah utk memaafkan..tp itulah yg paling indah dlm hidup jika dpt dibuat..renung2 kan lah..


Monday, October 18, 2010

...Mencintai tak Beerti Memiliki...

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

~amik dari FB~





p/s - ingatan buat diri sendiri



Wednesday, October 13, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



ALLAH knows BESt!~♥


p/s - amik dari en.FB..

Sunday, August 15, 2010

Pada yg belum bertemu JODOH & Pada yg sudah bertemu JODOH...Renungkanlah..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."





p/s - mudah-mudahan aku bertemu JODOH yg BENAR-BENAR beriman & menyayangiku seadanya...

Thursday, July 8, 2010

santapan rohani..

Di saat ,
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..

Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa

Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


p/s - aku selalu mengalah..namun aku redha...
credit to Hanis Zalikha..



Monday, May 31, 2010

rahsia bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu..hee..:D



perkara yg buat kita jadi pelupa..

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)..(yg nie peberet)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam..(susu xminat)
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2..(yg nie peberet)
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam..(tiap2 mgu senamrobik)
Selalu menggunakan imajinasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
.......dan yang paling penting dibawah ini........

...Selamat beramal...

p/s - byknyeee....

Sunday, May 23, 2010

Fikir-Fikirkan lah...

Dalam dunia haiwan@binatang tiada manusia..
tetapi...
Dalam dunia manusia..ada terlalu banyak haiwan@binatang..


p/s - haiwan@binatang pun sygkn sesama mereka wpun berlainan jenis..tp manusia???


Friday, May 14, 2010

Baca & hayatilah sebentar...

Kisah seorang yg layak digelar wira di medan kehidupan ini..http://bapak-gulagula.blogspot.com/2009/06/saya-tak-pakai-iphone-saya-tak-pergi.html

p/s - pada yg berbangga ngan apa yg ada tu..fikir2 kan lah..


Friday, January 8, 2010

Khas buat yg dah kawin , dan yg baru nak kawin, atau ingin tahu pasal `SUAMI' heheheh

Citer Tauladan


bersyukurla...pandang banyak kebaikannye..bukan keburukkanye....

kite pon bukan PERFECTOOOOOOOOOO hehehe :) enjoy reading! TAPI KALAO siSUAMI TU `HAMPEH` lu FIKIRLA SENDIRI hehehe :)

SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan ayah di suatu petang...
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. "Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata. "Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi." Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
"Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.
" Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."

Friday, December 4, 2009

For me & you...

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan....Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan semangat." -Hamka



p/s - Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang-Alyah...
Janji Manismu-Aishah serta
Mimpi Yang tak sudah -Ibnor Reza ditujukan buat Amin...

Wednesday, December 2, 2009

Jangan...

  1. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  2. Jangan sengaja lewatkan solat.
    Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  3. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  4. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  5. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  6. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  7. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  8. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  9. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  10. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  11. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  12. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  13. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  14. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  15. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
p/s - no. 14 tu mmg byk sgt manusia bt..sy sudah terkena..

Tuesday, November 17, 2009

Membuka pintu rezeki...

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"..... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya.....)
  • Berusaha dan bertawakal..insyaAllah...




p/s - selalu gak lupa..mudah2 an lps nie sentiasa ingat bila mangun tido..InsyaAllah..

Mencarut!!!....~dipetik dari member facebook~...

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa.
Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah


Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepa
tutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.
Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.
Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.



p/s - agaknya org2 yg mencarut nie rasa bangga kot bila dpt carut kt org....hrrmm..ntah lerr..

Friday, October 30, 2009

kata2 dari pelakon Indonesia kat fb...

Rio Reifan Terkadang cinta itu membingungkan Penuh dengan cerita Karena sesungguhnya cinta itu hadir dengan sendirinya Atas dasar Sebuah KEJUJURAN, KEPERCAYAAN dan TANGGUNG JAWAB… Berkata dengan kata2 indah itu baik Namun lebih baik lagi apabila berkata tanpa kata indah..! Sesungguhnya Cinta dinilai bukan dari sebuah kata Tetapi lebih pada apa yang telah kita katakan…!!

MySpace
Rio Reifan Sifat cinta sama seperti air dalam tanah.Apabila anda tidak cukup menggali,yang anda peroleh adalah air yang keruh.Apabila anda cukup menggali,yang anda peroleh adalah air yang bersih dan jernih..."LIFE MUST GO ON"..
MySpace

Thursday, September 24, 2009

Sunday, August 23, 2009

Petikan dari cerekarama Takdir Yang Tercipta...

Semalam adalah sejarah...
Hari ini adalah realiti...
Esok adalah misteri...

Sunday, August 16, 2009

Petikan dari filem Ayat-Ayat Cinta....




td cik zan tgk filem ayat2 cinta..
cik zan trtarik utk dikongsi ngn korang..
iaitu
pd dialog antara Maria pd Fahri ketika Maria sakit..

" sekarang baru saya faham..antara cinta & keinginan untuk memiliki seseorang itu adalah tidak sama "...

so,cik zan berfikir
ttg mereka2 yg hanya nak permainkan perasaan org..
sudah tentu mereka tidak punya cinta kan..
cuma keinginan utk memiliki..

tp..hanya utk menguji kemampuan diri..
betapa hebatnya mereka menyusun kata,
betapa hebatnya mereka menjadi pemain cinta,
betapa hebatnya mereka menjadi penyair cinta,
betapa hebatnya mereka mempunyai lebih dari seorg kekasih...

hebatkah itu???
bg cik zan itu bukan hebat..
tp itu KURANG AJAR..

tak fikir ke korang yg Allah s.w.t itu Maha Hebat..Maha Berkuasa..
yang mampu mengubah segala2nya..

korang fikir satu jew...
korang buat sekali..
Allah s.w.t akan balas 20 KALI...

so,sebelum melakukan sesuatu...
fikir2 kan lah...
baik kah korang buat sesuatu itu..
bt sesuatu yg baik bkn pd korang jew..
tp pd org lain jg...

P/S - Jangan menganiaya/mempermainkan org..

Saturday, August 15, 2009

Kongsi utk peringatan bersama...

Ni cik zan cilok kat cik epal kite..
maaf ye..
cuma trtarik ur post mgenai lelaki idaman...
ni cik zan cuma amik ciri2 yg ke-10..
so..layan jew ye...



10. lelaki yg setia..

ok...aku mmg pantang ok org yg curang..
sekali lg..mmg pantang org yg curang...
xkesah la girl or boy...mmg aku x suke org curang2x ni..
n org membuat koleksi awek/pakwe ramai2x..
bak kata org jawa..spepat! aka sparepart..
susa sgt ke nk setia?? haa..susa sgt ke??

aku pon pelik la kan..np girl/boy ley curang..
np girl/boy nk skandal ramai2x..
aku pelik bin hairan tol...sal ko nk curang??
pe ko rase ko hotttt sgt??? nk pasang 5 6 org??
msg ngn sume betina/jantan..skandal keliling pinggang..

bg aku..laki/girl yg curang ni ibarat nk berkongsi
kemaluan dy beramai2x secara berjemaah ngn
sume perempuan/laki yg dy skandal or pasang bebanyak 2..
sbb pe?? sbb bile ko da pasang banyak2x..
da gatal sgt..maknanye..mmg kemaluan ko da gatal la nk
ngap2x sowang2x kan?? perumpamaan la...
coz pe tujuan ko kapel ramai2x???
plisss la weiii...

org yg curang ni mmg pandai la cover line ye..
enset mmg konpom x bg ko pegang punye..
dgn alasan..itu privacy...
ok...privacy ko...fine..

tp salu org yg curang ni de rupa..
dan sometimes perasan diri dy hootttt la sesangat..
dan perasan paling hot panas dan pedas dalam dunia...
cume ko ingat sumthing je la..
ko cantik/hensem mane pon...
satu ri t berkedut gak...ko akn tua gak..
melondeh gak..menggelebeh gak..
jgn 1 day..bile ko sgt taksub ngn kecantikan or kehenseman ko 2..
jgn sampai satu ari nanti Allah tarik balek nikmat 2..
if laki/girl nk curang dgn reason..

"ala..muda lg...enjoy la beb...
xkan nk setia ngn sorang je...
x chill la...time muda ni la nk enjoyy"

ataupun memberi alasan begini..

"kite mesti la kene kapel ramai2x..
skandel ramai2x..ye r nk wat bini/somi
mesti kene cari yg perfect..yg baik.."

kepalaaa hotakkkkk ko!!
ko nk kapel/skandel ramai2x..
tok mencari yg terbaik dr sume2x tu kan??
yg ko pangai cam setan dok tipu2x org..
dok ckp dri 2 single kat sume org...
dok kapel ngn sume org..
memaenkan prasaan org..
memberi harapan PALSU kat org...
tu baaaiiikkkkk sgt ke???
meh cni nk blasah cket..
kasi center cket pale otak ko..

yeee...mmg ko muda..ko nk enjoy...
ko ley enjoy...nk kawan ramai2x..
ko leyh kawan...tp jgn sampai nk maen2xkan perasaan org..
aku siyes x kesah if nk kawan ramai2x...
tp nk skandal/kapel ramai2x tu agak kuaaannngggg ajaaaqqqq!
karma wehh..
t bila ko da syg sgt kat sumone..org tu curang lek kat ko..
baru ko taw..
maybe ko akn kawen ngn dy..org yg ko nk sgt tu..
tp..mane taw time ko kawen t Allah balas...
dy ke pulak curang ngn ko...
anything is possible 2 happen rite??
we dont know our fate/destiny..
sbb dulu ko salu mainkan pasaan org...
bile da kene batang idong sendiri..
baru la ko rase dunia ni syurga ke neraka tok ko..
nk maen2xkan pasaan org pandaaaiiiiii....
ingat satu je..
"wat goes around comes around"
if ko curang..x mustahil da kawen t..
laki/bini ko plak yg curang...
moral of the story...setialah pd pasangan anda...



P/S - Pd sesiapa yg rasa diri tu curang..byk2 bertaubat sebelum Allah s.w.t beri balasan kt korang...kalo xrs diri tu curang tp sbnrnya korang tu curang..mudah2an Allah s.w.t beri korang hidayah & petunjuk utk korang cpt2 berubah..