sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Tuesday, May 4, 2010

Kun Fayakun...

2 kali aku tengok cite Kun Fayakun di Astro..2 kali itu juga hati aku tersentuh ngan lakonan Shaheizy Sam n Wan Maimumah..

Kun Fayakun...ertinya..

bila mana sahaja Allah menghendakkan kejadian itu berlaku, maka berlaku lah. Tak kiralah kita cuba mengelak sejauh mana pun. Semua adalah perancangan Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui setiap sesuatu.

bila mana kejadian itu hendak berlaku, maka berlaku lah juga. Tetapi ingat setiap apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. Allah tidak akan melakukan sesuatu dengan sia-sia, ini mempunyai maksud yang tersurat dan juga pengajaran supaya kita insaf dan sedar akan kesilapan yang berlaku. Ini yang dikatakan kita mesti percayakan kepada kado' dan kadar. Setiap yang berlaku dengan izin yang Maha Berkuasa ada maksud yang tersirat mahupun tersurat malah boleh dikatakan salah satu cara untuk menghapuskan dosa!!

So,skrg nie..aku sudah menerima apa yg berlaku dlm hidup aku..terkadang jer teringat@ada org mengingatkan aku tentang sesuatu itu jer yg buat aku terkenang seimbas lalu jer..

Sentiasa mengharapkan yg terbaik..aku yakin Allah s.w.t sentiasa di sisi aku..Tak nafikan kadang2 jatuh juga air mata nie bila ingatkan suma tu..tp itulah qada & qadar yg perlu aku tempuh..InsyaAllah..hikmah di sebalik itu akan datang..

Terima kasih Ya Allah..jika Kau tak berikan dugaan ini..mungkin terkadang aku masih tidak sedar dgn kealpaan aku pada Allah s.w.t..

p/s - tetiba minggu nie aku jadi blues lak..hee


4 comments:

pakcik gumbira said...

sam terbaiyek

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

yup..dia mmg terbaeekk..minat ngan lakonan dier..

NenetPenne (NP) said...

@cik zan
citer tu tak tengok.... tak tau naper tak suka tengok citer sedih2...

ermmm...betul lah tu Kun Fayakun...
tapi kadang2 tak leh nak terima kenyataan..nak jugak cari titik permulaan ...

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

net - errmm..biasalah..i sendiri pun sebenarnya bukan suma mende leh trima..ckp jer leh trima..
Yg sakit tetap perit..yg luka tetap berdarah..yg pedih tetap terasa..
utk sembuhkan suma tu bukan mudah..tp tu la..hari2 i akan cuba kuatkn hati i..istiqfar..bt something yg leh i xkan ingat mende2 tu..mmg tgk cite sedih akan bt kita tringt kembali..tp itu la i..wpun sedih..tp hati ttp kuat nk tgk..mungkin dari situ i leh belajar something yg berguna/something yg i tak tahu sebelum nie..

xpe net..pelan2 kita berusaha utk sembuhkn luka nie..i yakin u blh bt..