sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Wednesday, October 13, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 2

Teringat sebulan sebelum kematian Haikal, mereka berdua berehat di beranda luar rumah mereka yang dibuat sendiri oleh Haikal.

“Sayang…Kalau apa-apa terjadi pada abang..Sayang janji pada abang yang sayang akan jaga anak kita ini sebaik mungkin ye.” Haikal memecah kesunyian sambil mengusap perut Nur.”Apa yang abang merepek nie?..kita berdua akan jaga anak nie bersama-sama.” Ujar Nur sambil menepuk tangan Haikal.Haikal hanya tersenyum sambil meraih bahu Nur sambil Nur melentokkan kepalanya ke bahu Haikal.Waktu itu,Nur tidak terfikir bahawa kata-kata Haikal itu adalah petanda yang dia hendak `pergi`.

Sesungguhnya Nur sangat bahagia dikurniakan suami yang benar-benar menghargai dan menyayanginya sepenuh hati.Masih kuat ingatan Nur pada pertemuan pertama kali mereka di kampus UTM di mana Nur menyambung pengajian separuh masa manakala Haikal sepenuh masa.Ingatan Nur pada bibit-bibit percintaan mereka juga takkan pernah padam.

Sedang leka Nur mencari bahan rujukan untuk assignmentnya, dia tidak mengetahui yang dirinya diperhati oleh Haikal.Hinggalah Sofea,rakan sekelas Nur menegur.”Nur..ada orang perhatikan kau lah.”Sambil memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Haikal yang asyik perhatikan Nur.

Belum sempat Nur melihat Haikal,Haikal sudah kelam-kabut melarikan diri setelah mengetahui dirinya pula diperhatikan.”Mana?..Kau ni ada-ada saja lah Sofea.”Nur membebel sambil menjengah arah yang ditunjukkan oleh Sofea tadi.

”Betul..Tadi ada sorang mamat tui baekk punya usha kau.”Sambung Sofea lagi.”Apa-apa sajalah”.Malas Nur melayan.”Baik aku pergi dari sini”.Getus hati Nur setelah buku yang dicarinya sudah jumpa.

Nur tinggal di rumah sewa bersama dua rakannya, Ika dan Sofea.Ika dan Sofea bekerja di kilang berhampiran.Di situ Sofea bekerja sebagai kerani dan Ika sebagai Supervisor di situ.Manakala Nur bekerja di sebuah syarikat kontraktor sebagai pelukis pelan dan malam harinya dia dan Sofea bekerja part time di sebuah restoren makanan segera.

“Mamat yang usha kau kat library tadi hensem tau. Nampaknya topik siang hari masih bersambung.”Ha?..Mamat hensem?..Mana?Mana?.” Ini lagi sorang, kalau bab jantan..Gatal satu macam.Getus hati Nur.”Aa..hensem..cute pun ada..”Sofea melayan.

Sedang asyik mereka berborak.Datang seorang lelaki ingin memesan makanan.Nur bekerja di bahagian cashier seperti biasa melayan pelanggan dengan senyuman mesra. “Selamat datang encik.Makan di sini atau bawa pulang?.Wajah lelaki itu berubah tatkala melihat wajah Nur tanpa secalit make up,dengan senyuman yang manis.Ketika itu juga Sofea datang menyergah.”Eh..awak ni yang dok usha kawan saya kat library siang tadi kan?.” Tuduh Sofea.

Tercengang Haikal,mana terkejutnya melihat Nur yang diminatinya,ditambah dengan sergahan Sofea.”Awak ni kenapa meninggikan suara pada customer, Sofea?.” Encik Amri selaku supervisor menegur.Pucat muka Sofea.En.Amri memang seorang yang tegas.

”Fuhh…mujur ada penyelamat”.Lega Haikal.Nur mengambil pesanan.Tapi Nur perasan cara Haikal memandangnya bukan pandangan biasa.Malah Haikal seperti sengaja duduk di meja berdekatan dengan kaunter.Nur juga tak nafikan yang Haikal mempunyai wajah yang tampan.

Memandangkan Nur belajar secara separuh masa,maka dia perlu tekun mengulangkaji pelajarannya walaupun kelas hanya di hari minggu.Dia terpaksa bekerja siang dan malam kerana kedua ibu-bapanya tidak mampu untuk menanggung kos pembelajarannya.Kos belajar separuh masa adalah 2kali ganda berbanding kos sepenuh masa.

Nur tidak malu untuk bertemu dengan pensyarah kerana dia sedar dirinya yang kini sudah menganjak 29tahun yang anggapan orang umur sebegini patutnya sudah mempunyai kerjaya yang bagus,suami dan anak-anak.Tapi Nur yakin..tiada istilah terlewat untuk dia terus belajar dan berjaya,kerana rezeki semua orang tidak sama.Apa yang penting,dia perlu berusaha.

Puan Aizah,salah seorang pensyarah Nur yang sangat memahami Nur.Beliau lah yang banyak membantu Nur.Malah beza antara mereka hanya setahun.Nur muda setahun dari Aizah.Boleh dikatakan setiap hari Nur akan merujuk kepada Aizah.Kadang-kadang mereka akan makan bersama jika ada masa terluang.

Hinggalah pada satu hari, seperti selalu Nur akan menunggu Aizah di tempat biasa untuk bertanyakan mengenai sesi pembelajaran tadi.Sedang leka menunggu, handphone Nur berdering.Tertera nama Aizah.”Assalamualaikum Nur..”Sapa Aizah. ”Waalaikumussalam..”Jawab Nur.”Maafkan saya Nur..saya tak dapat bantu Nur petang nie..tapi saya akan gantikan orang lain,boleh kan?”Terang Aizah.

“Err..siapa pula?..”Gusar hati Nur.Kalau boleh,dibatalkan saja,tapi bila mengenangkan esok ada ujian,dia terpaksa akur.

”Alah..adik Aizah..Dia pelajar kat sini juga..Tapi dia dah semester akhir”.Terang Aizah.

“Adik?..Tak tahu pula yang Aizah ada adik kat sini.”Pelik Nur.”Aa..Aizah dah beritahu dia,dia dah on the way ke sana,jadi,Nur tunggu dia ye..Sorry again.Ok..saya ada hal ni.Bye..”Talian dimatikan.Belum sempat Nur nak tanya nama adik Aizah itu.

Tak lama menunggu.Datang seorang lelaki menghampiri Nur.”Macam kenal ja mamat nie”.Getus hati Nur bila lelaki tu semakin menghampiri.”Assalamualaikum.”.Sapa lelaki itu.”Waalaikumussalam."Jawab Nur dalam keraguan. “ Awak ni Nur Alia Damia kan?”.”Gulp..siap nama penuh dia sebut.”.Nur menelan air liurnya. Nur hanya mengangguk perlahan. Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan tangan “Nama saya Afiq Haikal,adik Puan Aizah.”Terang Haikal mesra.”Owh..adik Aizah.”Getus hati Nur. “ Maaf,tapi saya tak boleh sambut tangan awak,kita bukan muhrim.” Seboleh mungkin Nur tidak mahu buat Haikal terasa. “Ops..takpe..saya yang patut minta maaf.” Tersipu-sipu Haikal sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu dek perbuatannya tadi.

Sejak pertemuan itu,mereka semakin rapat.Aizah seolah-olah sengaja selalu tidak dapat membantu Nur,malah diberi ruang pada Haikal untuk bersama dengan Nur.Mereka juga beberapa kali keluar bersama,dan Haikal telah berterus-terang bahawa dia lah yang selalu memerhatikan Nur.

Hinggalah mereka keluar bersama seperti biasa,selepas makan malam,Haikal sengaja mengajak Nur berjalan menyusur pantai.Sebenarnya Haikal sudah merancang untuk melamar Nur.Nur saja yang tidak tahu.Semasa mereka berjalan menyusur pantai, Nur terlihat sesuatu yang bercahaya di pasir itu.Lantas berlari Nur kearah tersebut.Terlihat olehnya obor api yang membentuk hati dan di dalam hati itu pula terbentang tikar yang di atasnya dihias indah dengan bunga-bungaan.Lantas Nur terus memandang Haikal yang tersenyum.Tahulah dia semua ini Haikal yang buat.

Haikal menghampiri Nur yang masih lagi kaku melihat kerja tangan Haikal.Lantas Haikal memegang tangan Nur sambil mangajak memasuki ke dalam lingkaran hati dari obor-obor itu.Pelbagai perasaan bercampur-baur dalam hati Nur.Terharu,gembira,teruja..

“Haikal buat semua nie?”Tanya Nur. Haikal hanya mengangguk sambil tersenyum.Nur membalas senyuman. Haikal menarik tangan Nur lalu dikucup perlahan sambil mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya.Kelihatan Haikal mengeluarkan sebuah kotal baldu berwarna merah.Sebentuk cincin berlian yang cukup cantik rekaannya dikeluarkan oleh Haikal.

“Sudi tak Nur jadi isteri Haikal.”Lamar Haikal.Tidak terkata oleh Nur tatkala diperlakukan begini.Wajahnya bertukar kemerahan.Malu,gembira pun ada. Nur hanya mengangguk terharu sambil Haikal menyarung cincin ke jari manis Nur.Sungguh indah saat-saat itu.

Tidak sampai 2bulan setelah Haikal melamar,mereka diijabkabulkan dengan meriahnya.Malah mereka sempat berbulan madu di Bali,Indonesia selain dapat pergi ke Makkah,hadiah dari keluarga Haikal.Setelah Nur habis belajar.Nur bekerja di syarikat yang diusahakan oleh mereka berdua.Nur juga mempunyai syer saham tertinggi di syarikat tersebut.



*bersambung... ^_^


No comments: