sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Thursday, October 14, 2010

Ku Terima Jika ini Takdirku - Part 3

“ Ini Puan Nur Alia Damia?” . Tersentak Nur apabila namanya dipanggil.
”Ye saya”.Terus Nur cepat mendapatkan jururawat yang memanggil namanya.
”Sila ikut saya”. Arah jururawat itu.
Terpampang di pintu sebuah bilik dengan tertera nama Doktor Hamdan.Apabila pintu dibuka.Terlihat oleh Nur seorang doktor lelaki yang sibuk menulis sesuatu di atas kertas.”Mungkin ini doktor Hamdan tu.” Nur meneka.
“Doktor..ini saya bawakan Puan Alia Damia, ibu kepada pesakit bernama Afiq Daniel.” Doktor itu hanya mengangguk dan tersenyum meminta Nur duduk.Berdebar hati Nur tatkala berdepan dengan sebarang kemungkinan berita yang akan disampaikan oleh doktor ini.Adakah berita baik ataupun buruk?..”Ya Allah..Kau selamatkanlah anakku”.Rintih Nur.
Setelah lama Doktor itu menulis. ”Maaf buat Puan Alia Damia menunggu”.Barulah dia bersuara. “Panggil saja saya Puan Nur”.Ujar Nur.”Baiklah Puan Nur,menurut pemeriksaan saya terhadap anak Puan,saya dapati ada jangkitan paru-paru pada anak puan”.
Ya Allah…betapa terkejutnya Nur mendengar berita ini”.Tanpa dipaksa,air mata Nur mengalir.”Kami masih lagi dalam pemeriksaan jangan risau, setakat ini keadaan anak Puan tidak membimbangkan.”Walaupun Doktor berkata begitu, Nur tetap risaukan anaknya.”Kasihan anak aku, sudahlah tidak sempat merasa kasih-sayang ayahnya, sekarang pula ditimpa sakit begini.” Rintih pilu Nur sendiri.
Sudah 2 hari Nur di Hospital menjaga anaknya.Daniel masih tidak menunjukkan reaksi positif. Nur terpaksa melupakan soal pejabat demi kesihatan anaknya.Mujurlah Fitri, pembantunya yang menguruskan hal syarikat buat sementara waktu ini.Menurut doktor,anaknya masih tidak dapat dikenal pasti tahap serius penyakitnya,oleh sebab itu,anaknya perlu di tahan di wad bagi memastikan Daniel sihat sepenuhnya.Bagi Nur, dia tidak kisah jika dia terpaksa tidur di Hospital asalkan Daniel sihat dan kembali ceria.Nur amat kasihan melihat wajah anaknya yang sedang nyenyak tidur setelah semalaman asyik merengek tidak sihat.Bibirnya yang menjadi kebiruan membuat hati seorang ibu tak tenang dibuatnya,lagipun Daniel asyik muntah bila disuap makanan.
“Akak…” Nur dikejutkan dengan satu suara. “Owh..Hakim..dah lama Hakim sampai?.” Terkebil-kebil Nur bangun dari tidur apabila melihat Ariff Hakim berdiri di depannya.Ariff Hakim adalah adik kepada Haikal yang belajar di UK.Kali terakhir Nur berjumpa dengan Hakim adalah semasa pengebumian Haikal.Waktu itu mama dan papa Haikal menyalahkan Nur di atas kematian Haikal.Mereka tidak mahu mengaku Daniel adalah cucu mereka.Bagi mereka Daniel anak sial manakala Nur sebagai pembawa malang.Manakala kali terakhir Nur dapat tahu Hakim kembali semula ke UK.Sampai sekarang Nur tidak tahu bagaimana keadaan keluarga mertuanya.
“Hakim baru saja sampai,Hakim dapat tahu tentang Daniel pun dari Fida,setiausaha akak.” Terang Hakim sambil duduk di sisi Nur.Hakim dapat lihat kesedihan dari wajah kakak iparnya.Dia sangat kasihan dengan nasib yang menimpa kakak iparnya.Sudahlah Abang Haikal meninggal dunia di saat-saat genting kak Nur melahirkan Daniel,keluarga mertua membencinya dan sekarang pula Daniel terlantar sakit begini.
“Terima kasih Hakim sudi datang,bila Hakim pulang dari UK?.” Soal Nur. “Daniel kan anak saudara Hakim,pastilah Hakim datang,Hakim balik dah 2 minggu kak.”
Hakim sangat menghormati kakak iparnya,mereka hanya ada 3 orang adik beradik.Hakim anak bongsu.Hakim mengenali Nur melalui cerita dari kakaknya, Aizah.Dari cerita Aizah, tahulah Hakim yang Nur seorang wanita yang sangat tabah dan mempunyai semangat yang tinggi.Aizah menyambung pengajian ke UK setelah Haikal dan Nur bertunang. Oleh itu, Hakim tidak mempercayai kata-kata mamanya mengenai Kak Nur yang kononnya Abang Haikal meninggal dunia disebabkan oleh Kak Nur.
“Apa kata doktor ?.” Hakim bertanya. “Doktor masih menunggu perubahan dari ubat yang diberikan pada Daniel,jika positif,Daniel sudah melepasi tahap kritikal dik.” Terdengar sayu dari suara Nur.”Harap semuanya baik-baik lah akak ye…” Pujuk Hakim. Nur hanya tersenyum tawar.Dia sendiri gusar memikirkan Daniel. “Oh ya akak…Kak Aizah sampaikan salam buat akak..dia tak dapat pulang kerana perlu mengambil exam.” Terang Haikal.Rindunya pada Kak Aizah yang pernah menjadi pensyarahnya,kini menjadi kak iparnya walaupun Haikal sudah tiada,Nur tetap menganggap Aizah seperti kakaknya sendiri.
“Assalamualaikum…”Mak Nur menyapa.”Waalaikumussalam..”Serentak Nur dan Hakim menjawab.
“Eh..kalau tak salah ayah,ni Hakim adik pada Haikal kan?” Ayah Nur bertanya. “Ye pakcik..saya Hakim adik abang Haikal.”Hakim bersalam dengan ayah Nur,Encik Akmal.”Dengar kata,kamu belajar di UK kan?”Tanya ayah Nur lagi. “Betul tu pakcik,tapi saya dah habis belajar,dah 2 minggu saya pulang ke Malaysia.”Terang Hakim lagi.”Jadi,dah mula bekerja ke?.”Nur hanya memerhati ayah dan Hakim berbual,manakala mak Nur,Puan Faridah asyik memotong buah yang dibawa bersama tadi.
“Masih belum bekerja pakcik,lagipun saya baru balik,ingat nak rileks dulu.”Tersengih-sengih Hakim menjawab.”Kalau macam tu, apa kata kerja kat syarikat abang Haikal?.”Cadang Nur.”Betul kata kak ipar kamu tu Hakim,dari kerja kat tempat lain,lebih baik kerja dengan kak ipar sendiri.”Puan Faridah menyokong.Encik Akmal mengangguk tanda setuju.”Ermm..nantilah ye akak..Hakim belum bersedia lagi nak bekerja.” Hakim bukannya apa,mengenangkan perbalahan antara kak Nur dan mamanya yang buat dia serba-salah.Ikutkan hatinya,mahu saja dia terima cadangan kak Nur itu.
“Tak apalah dik..kalau Hakim dah buat keputusan,just tell me ok.” Sambil menepuk bahu Hakim.Hakim suka melihat kak iparnya yang sentiasa tersenyum walaupun dugaan datang.Dia berharap mendapat isteri seperti Kak Nur.
Sedang rancak berbual, terdengar tangisan dari Daniel.Dia sepertinya mengalami sesak nafas.Semua panik, Hakim segera memanggil doktor. Nur cepat-cepat mendapatkan anaknya.Nur menangis melihat keadaan anaknya.Doktor bersama seorang jururawat pun datang.Semua berdebar-debar.
Doktor memberi suntikan pada Daniel.Sudahlah badan Daniel penuh dengan wayar,ini pula dicucuk.Hati ibu mana tak sedih melihat keadaan Daniel.Setelah beberapa ketika,Doktor Hamdan bersuara,
“ Keadaan anak puan masih dalam keadaan kritikal,dia perlu ditahan lagi untuk pemeriksaan lanjut.” Nur hanya mampu menangis.Hakim terduduk manakala en.Akmal menenangkan Puan Faridah.
Keadaan kembali sepi.Maing-masing melayan perasaan sedih.
“Mak…ayah..tolong jagakan Daniel ye..Nur nak ke surau.” Pinta Nur. Puan Faridah mengangguk perlahan sambil tersenyum.Dia sayu melihat wajah anaknya.Dia tahu walaupun terlihat wajah kesedihan pada Nur,dia yakin Nur seorang wanita yang tabah.Hakim hanya memerhati Nur longlai melangkah keluar dari bilik.Hakim ingin membuat Nur tersenyum kembali.Tapi bagaimana caranya dengan keadaan Daniel begini.
Selesai solat, Nur menadah tangan memohon doa dari Yang Maha Esa.”Ya Allah..Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Aku hanya hambaMu yang lemah,tiada daya untuk aku menerima dugaanMu.Aku mohon Ya Allah..Kau selamatkanlah anakku, cukuplah Kau ambil suamiku.Janganlah Kau ambil anakku,berilah anakku terus hidup supaya menjadi teman hidupku Ya Allah..Sesungguhnya aku tidak berdaya menanggung dugaan ini Ya Allah..Aku mohon padaMu..Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah…Bercucuran air mata Nur.Nur masih di atas sejadah.Menyandarkan badannya ke dinding.Merenung nasibnya yang sering diduga.


*bersambung...^_^


2 comments:

Fahim 'n Alin said...

nice one.. ada brapa semuanya kak?

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

yg pastinya..cite akan panjang...nama pun novel kan..idea dah ada..cuma mood menaip lom mari..tunggu lh ye..^_^