sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Tuesday, May 5, 2009

Desert yg sesuai utk Makan Beradap di Majlis Perkahwinan


Semalam aku cuba buat desert ni memandangkan desert ni kegemaran seseorang..rupanya mudah jew..men masuk jew..tp desert ni guna susu..tp aku ni tak suka susu..so,aku cadangkan pada kekawan yg tak suka susu..leh letak aiskrim..best tak idea aku??
mesti menjilat jari...yummy..ayah aku puji sedap....hehe...
Adunan ni sesuai untuk 5-6 orang makan...


PUDING KASTARD BERKUAH

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu
(supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Bahan utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

* Kalau nak ganti kuahnya kepada aiskrim..nak jimat..beli jew tepung..buat sendiri aiskrim..tapi
kalau malas nak buat..beli jew aiskrim yang dalam tupperware tu..

4 comments:

pakDin said...

mak aihhh...tengok pon dah rasa mcm nak mkn sepuloh ketol....
nanti raya boleh ar dtg umah kak zan ea... ^^,

HassiDa said...

Boleh jer pakDin...

chenta said...

UIKKKKK...tak aciiiii......

HassiDa said...

chenta - xpa2..nanti hang balik..aku buat kat hang walaupun org yg suka desert ni dah tinggalkan aku..