sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

Murtabak Maggi















Ok tak for first trying??...hee..:)

nie dlm kol 9.30pm start buat..rasa lapar lak..huu..mana badan tak naik..:)
lgpun xyah mangun sahur kan..hee...first time buat nie..
nie resepi aku amik dari blog nie..byk juga resepi yg best2..korang tgk lah ye.. :



tapi aku ada juga ubah bahan-bahannya..


Bahan-Bahan :
1 bungkus meggi
2 batang sosej (dipotong nipis)
4 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji cili besar (dipotong kecik2)
sekeping keju chesdale (koyakkan)
2 camca sos tomato
2 camca sos cili
sedikit garam
sedikit minyak
Cara-caranya :
1. Rebus meggi..toskan..ketepikan.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan bawang besar bersama cili besar yg telah dihiris.
4. Masukkan sosej.
5. Masukkan sos tomato & sos cili bersama sedikit garam.
6. Kacau hingga mesra.Siap.
7. Pukul 2 biji telur dlm mangkuk.Masukkan sosej yg siap tadi.
8. Masukkan keju tadi.
9. Masukkan separuh meggi itu.Gaul hingga mesra.
9. Panaskan kuali leper.
10. Masukkan bancuhan tadi.
11. Jadikan adunan tu supaya ia seperti murtabak.
12. Setelah masak.Angkat.
13. Ulang langkah 10 tadi utk 1 lagi adunan.Dapatlah 2 keping murtabak meggi.


*korang try lah..sedap...:)



p/s - selamat mencuba.. =)



Saturday, September 4, 2010

Daging masak lemon...



















pic 1 : tq to en.google..
Nie resepi yg baru tadi aku masak...teringat ada buah lemon yg aku beli..
terus ada idea nak buat daging masak lemon..

Bahan-Bahan :
Daging 100gram ( dihiris kecil)
3 hirisan buah lemon
sedikit kulit buah lemon (diparut)
1 biji cili besar ( dihiris kecil)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
1/4 halia ( dihiris halus - panjang )
5 biji mini carrot ( sebesar jari kelingking jer..comey2 jer saiznya) - dihiris halus
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit minyak

Cara-Caranya :
1. Lumurkan daging yg telah dipotong bersama sedikit garam & kunyit.
2. Perahkan 2 hirisan jus buah lemon pada daging.
3. Panaskan minyak.
4. Masukkan daging terlebih dahulu (kerana daging lambat masak ye..).
5. Perahkan 1 hirisan jus buah lemon bersama parutan kulit buah lemon.
6. Masukkan cili merah dan carrot yang telah dihiris halus tadi.
7. Setelah agak kering, masukkan bawang besar yg dipotong bulat.
8. Hidang & siap untuk dimakan... =)
*kalau nak lebih rasa lemonnya...lebihkan jus lemonnya..


p/s - selamat mencuba.. =)


Monday, August 30, 2010

Pizza Meggi zass...

Menu nie aku dah penah buat tahun lepas...men reka jer...sedap woo...korang try la ye..

Bahan-bahan :

3 bungkus menggi
3 biji telur ayam
6 batang sosej (dipotong nipis2 )
1 buku keju (di sagat @ diparut)
1 bungkus perencah meggi
6 keping keju
sedikit garam
daun sup @ daun pudina

Cara - cara :
1) Rebuskan meggi..toskan & ketepikan..
2) pukul telur dan masukkan dalam acuan..
3) masukkan meggi ke dalam acuan yg ada telur ayam..
4) masukkan sedikit garam..
5) masukkan perencah meggi..
6) susun sosej di atas meggi tadi..
7) taburkan daun sup @ daun pudina..
8) taburkan keju yg disagat tadi..biar ia menutup lapisan meggi tadi..
9) susun keju jenis keping..koyakkan pun boleh..biar ia nampak cantik bila masak nanti..
10) bakar dalam oven dalam 10 minit dah masak..
11) Siap!!


* pic xde sebab aku tak buat..last buat tahun lepas..try la ye..
* nak lagi colourful..masukkan lada bengala yg kaler kuning ke..potong dadu..


p/s - selamat mencuba... =)

hyun joong epal

hehe..menu nie aku men reka ja..itu sebab aku boh nama suka suki aku...hyun joong tu nama aktor korean yg aku minat giler..Kim Hyun Joong..hee...
bahan2 nya :
3 biji epal hijau (dipotong panjang2 n halus)
1 mangkuk sotong kurita (potong kecil2 & direbus)..
1 cawan kacang tanah (digoreng kering n kisar/tumbuk tidak terlalu halus)
1/2 biji tomato (dipotong dadu)
sedikit udang kering (dibasuh terlebih dulu)
3 camca sos thai
3 camca sos tomato
1 biji cili besar
4 biji cili kecik

Cara-caranya :
1) kupas kulit epal..potong panjang2 nipis2..masukkan dlm peti sejuk..
2) potong sotong & rebuskan dalam beberapa minit..
3) goreng kering kacang tanah..tunggu sejuk kemudian ramas utk buang kulitnya..
4) tumbuk/kisar kacang tanah..
5) potong halus2 cili besar dan cili kecik..
6) ambil epal yg dipotong halus2 tadi..campurkan sotong,kacang tanah yg dikisar,campurkan cili
besar & cili kecik yg dipotong halus.
7) gaulkan dengan masukkan 3 camca sos thai & 3 camca sos tomato..
8) Siap!!..

nie buah epal hijau ye...aku guna 3 biji jer..lgpun hanya 4 beranak ye makan..

setelah dibuang kulit & dipotong halus..begini rupanya..letak dlm peti ais dulu..

aku guna sotong nie..kebetulan ayah beli..tp aku guna 1 mangkuk jer setelah dipotong halus..pastu rebuskan ye..

goreng kacang tanah..goreng kering ye..jgn ditaruk minyak lak..

setelah dibuang kulitnya..beginilah rupanya..


nie rupa setelah ditumbuk..sengaja tumbuk..kalo kisar halus sangat..xrasa kacangnya..

campur jer sotong,kacang,udang kering,tomato,cili & sos thai & tomato tu..gaulkan..siap..

letak dalam piring..hidangkan...


* Tak perlu letak garam,gula @ ajinamoto..natural taste..sedap woo..suma pakat tambah nasi..heee
* Resepi nie aku amik inspirasi dari sejenis masakan siam..namanya Somtam..somtam guna betik muda..
* nak bagi cantik..leh masuk carrot..nampak meriah sikit..ada kaler merah..hijau.. ;)
* elok utk mereka yg nak diet...buah-buahan kan elok..utk kulit juga..:)
p/s - selamat mencuba... =)

Sunday, August 22, 2010

sagu gula melaka....

dah lama dok ngidam..cari kat bazar ramadhan xjumpa..last2 bt sendirik...
kol 5pm start buat..soh adik aku beli segala bahan...
so,biar aku tunjuk camne aku buat..nanti aku bg detail resepinya..



firstly..utk Bahan A..korang rendam sagu seketika..pastu masukkan 8 cawan air (utk 10org)..masukkan sagu ketika air tadi mendidih...kacau hingga sagu tu menjadi jernih..pastu korang kena sejat utk buang kanjinya..masukkan dlm bekas2 kecil n sejukkan dlm peti sejuk..

nie Bahan B..santan pekat+sedikit garam+daun pandan dimasak hingga mendidih..








nie Bahan C..2 cawan air (utk 10org),1 1/2 cawan gula merah,sedikit gula pasir & daun pandan..masak hingga gula merah itu hancur..tapis..sejukkan..(xguna gula melaka sb kt kedai habis)..






curahkan Bahan B kedalam sagu..pastu masukkan Bahan C..Siap..nak cantik lagi..sejukkan sagu lebih lama & letak dlm acuan yg cantik sebelum tuang dlm bekas seperti di atas..baru teksturnya cantik..lagi menarik..letakkan ceri atas sagu tu..pastu masukkan ketulan ais..yummy...
okey...nie detail resepinya...nie aku buat utk 10 org makan..

Bahan A :
3 cawan sagu
8 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 1/2 keping gula Melaka @ 1 1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A :
1.Panaskan air hingga mendidih.
2.Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
3.Masak hingga sagu menjadi jernih.
Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
4.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B :
5.Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
6.Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C :
7.Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
8.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
Cara menghidang :
9.Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang. 10.Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
10.Siap untuk dimakan!!!

p/s - selamat mencuba.. =)

Tuesday, May 5, 2009

Desert yg sesuai utk Makan Beradap di Majlis Perkahwinan


Semalam aku cuba buat desert ni memandangkan desert ni kegemaran seseorang..rupanya mudah jew..men masuk jew..tp desert ni guna susu..tp aku ni tak suka susu..so,aku cadangkan pada kekawan yg tak suka susu..leh letak aiskrim..best tak idea aku??
mesti menjilat jari...yummy..ayah aku puji sedap....hehe...
Adunan ni sesuai untuk 5-6 orang makan...


PUDING KASTARD BERKUAH

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu
(supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.


Bahan utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1 cawan air masak
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Dengan api yg kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (Tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

* Kalau nak ganti kuahnya kepada aiskrim..nak jimat..beli jew tepung..buat sendiri aiskrim..tapi
kalau malas nak buat..beli jew aiskrim yang dalam tupperware tu..