sudi nak itot...

^_^ Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda Disini ^_^

Wednesday, November 25, 2009

Update hari minggu ari tu...

Tajuk : Program i
Lokasi : Dewan terbuka Wang Ulu,Perlis...
Program i nie utk students mekatronik Tahun 2 & 3...

Setiap student di bawah RPS (Rakan Pendamping Siswa) msg2 perlu menyediakan 1 projek utk dibentangkan & di nilai oleh juri2..
byk projek2 yg student bt mengenai touch card..tp berlainan penggunaannya..
antara booth yg menarik perhatian saya..


nie menang..tp lupa lak no.berapa..

1. Wireless Counter for Attendance (Biomedical Engineering) - RPS nya Ruby..
secara ringkasnya mengenai projek nie..
dgn adanya sistem nie..
  • memudahkan lecturer utk mengenalpasti student yg tidak hadir ke kuliah/lab..
    student takleh nak tipu attendance lg..
  • memudahkan lecturer/tech utk memastikan setiap org yg masuk/keluar dewan kuliah/lab
2. Report Submission Box (Mechanical Program) - RPS nya Shahril..

Projek ini untuk :

  • memudahkan lecturer utk mengesan student yang cepat/lambat hantar lab report/assignment..
  • dpt memperkemaskan lagi sistem & mengelakkan ada lab report/assignment hilang..
  • dpt membantu mendisplinkan student agar menghantar lab report/assignment mengikut masa yg ditetapkan..
  • Menjimatkan masa lecturer & student iaitu lecturer tidak perlu menunggu student utk menghantar lab report/assignment..

caranya :

  • student akan scan matrix card..(scan tu join ngn connection kt komputer system)..
  • Box akan terbuka utk student masukkn lab report/assignment)..just 5 second open..
  • system akan trs ke komputer lect. utk menyatakan siapa yg hantar..waktu dihantar..
  • Printer akan keluarkan salinan berupa resit utk student utk refference mnyatakan bahawa dia sudah menghantar lab report/assignment..
bg cik zan..projek nie bgs..tp tu lh..time nak present..ada mslh lak..wpun projek tu bgs..tp kalau projek tu xdpt perform..nasiblah..sb juri beri markah masa present tu..

4. Powerfull Map - Biomedic Program - RPS - Nazahah & Zulkarnay

Sistem ini bertujuan utk memudahkan bagi student,staf dan pelawat utk mengetahui lokasi2 di dalam kampus tetap@sesebuah tempat..

apa yang perlu buat..jika seseorg yg tidak tahu selok belok kawasan itu dtg ke pintu utama..dia cuma perlu nyatakan ke mana dia hendak pergi..switch button ditekan & arrow akan menunjuk arah kepadanya..

cik zan dgr dekan gtau timb.dekan yg dia suka ngan projek nie..cuma yg perlu diperbaiki..jika ada 2-3 org dtg waktu yg sama..mahu tahu arah,perlu meletakkan colour arrow yg berlainan..cth:

  • A hendak pergi ke Jabatan Mekatronik : Arrow kaler biru..
  • B hendak pergi ke Jabatan Cancelori : Arrow kaler merah..
  • C hendak pergi ke Jabatan Pembangunan : Arrow kaler hijau..

5 - Media Lecture System (JUARA-Tahun 3)-Mechatronic Program-RPS-Dr Hazry Desa..

Sistem ini bertujuan utk memudahkan pihak pengajar@lecturer utk mengajar di dewan kuliah yang besar..

faedah sistem ini :

  • bunyi bising@gema apabila lecturer bercakap tidak akan berlaku..
  • Student akan lebih fokus pada pengajaran berlangsung..(tidak akan ada masalah xdgr/xjelas bila pengajar@lecturer mgajar..
  • Pelajar akan mudah utk bertanya terus pada pengajar@lecturer..

caranya :

setiap student disediakan head phone & mic..di mana pengajar@lecturer tidak perlu lantangkan suaranya apabila mengajar..ini boleh mengelakkan gema..

setiap kali student hendak bertanyakan soalan..student perlu menekan button yg berada di meja mereka..signal akan menyala di meja lecturer..lecturer akan `on` kan mic student tersebut..dgn cara ini juga dpt elakkan dari student menggunakan mic dengan cara yg salah..

jadi..student tidak akan mempunyai masalah tidak dpt mendengar apa yg disampaikan oleh pengajar@lecturer..jadi..lecturer yg punya suara yang perlahan tidak lagi punya masalah.. :)

byk lagi booth yg best2..tp ini yg ingat.. :)

ada pic yang saya amik..so,layan jer la..

Magnetic Door Locking System..sebelum nie yg ada just bila scan..pintu hanya unlock..tp yg nie siap pintu buka trs bagi kt kita..org sini leh bt..org di sebalik pintu@di dalam pun leh bt..

Smart Whiteboard..apa yang ditulis..boleh dipadam secara automatik..


Book Lighting System..gunanya kat library..kerana buku yg terlalu byk..ssh nak cari..jadi..sistem ini mudahkan kita..dgn cara beritahu pada petugas..buku apa yg hendak di cari..button switch akan di tekan pd computer system..lampu akan menyala pada buku yg dicari..bg saya ini bgs juga..cuma perlu cari lagi penyelesaian kerana di perpustakaan bukan 1 jenis buku yg ada..lg 1..pencari buku bukan seorg..ramai..mcmn nak selesaikan pencari buku yg ramai dtg dlm 1 masa..

thanks utk akmal (student)...bila masa tah pic cik zan diambil..nie projek Powerful Map..

nie penyerahan hadiah utk tahun 3..tahun 2 cik zan di depan..saja bg nurul rasa dok depan lak..yg baju hitam tu lh dekan kitorang..muda & bergaya kan?..xkahwin lagi ye..hehe..tgk lh dekan PPK mana..:D yg baju biru dari kanan tu Timbalan Naib Canselor Akedemik & Penyelidikan..selaku tetamu terhormat..Prof Sazali..dulu beliau dekan kitorang..nie dh naik pangkat..wpun begitu..beliau tetap mesra ngan kitorang..cayalah Prof..

dah hbs keje..amik gambar..ngan nurul..belakang tu pun nak interframe..hakhak..razif namanya..

Thursday, November 19, 2009

Awesome!!!!...I LIKE!!!...

silalah dtg beramai2... :D
Sweet jer decoration & combination colour nye kan..
Liverpool FC Legends Clock...akan dtg...
RM167 lps diskaun 30%..(tidak dijual di sini..nie kasut tuan punya kafe..hrp maklum) :P
towel dari Istanbul pun boley la..janji kalernya mashukkk..haha..

:D
nie mesti sedap...yummy...
Poskad Players LFC turut dijual..RM100 setiap satu..
sajer bt ManYu ngn Real Madrid panaszz..hakhak..
menu baru - Hotdog Jumbo..
:*

siap ada border tuh...cayalah..
siap ada signature tuh...







Antara brg2 yg dijual...




Kafe Anfield Burger...

Location : Sungai Petani, Kedah Darul Aman...
waktu operasi : dibuka setiap hari kecuali hari Selasa..dari kol 12tgh ari hingga kol 2pagi..

cantik kan combination kalernye...
Teruja sgt mula2 tgk...

Yaayyy...kalau xde apa2, ari sabtu nie nak pi....
ngn peminat fanatik Barcelona..hakhakhak.. :P
die kata kalau bawa org comeyy..sgup la pi wpun xsuka Liverpool..wee.. :P



p/s - comeyy kah daku??...hakhak...
- maap lerr kalau mata tu berpinau ngn kaler liverpool..haha

Wednesday, November 18, 2009

Dyesebel...

nie lah dyesebel..ikan duyung yg bercinta ngn manusia..ikut jejak ibunya yg dulu ratu ikan duyung..
Marian Revera..cantik kan??
sebahagian pelakon2 nye...
sumanya seksi2..saya bukan suka tgk seksi tu..tp citenye tu yg besh...
actually dah lama nak post pasal nie..
skrg nie saya amat2 suka tgk cite nie..
kisah mengenai kehidupan antara ikan duyung & manusia..
yg mana mereka tidak blh mengadakan sebarang hubungan pun..
kerana dunia yg berbeza..
mcm budak2 ke saya nie tgk cite ceghini??..ada aku kesah??..
actually saya nie selain dari peminat cite2 korea..saya minat cite dari Filipina nie..
cth mcm cite Pangako Sa Yo..pas2 tajuk lupa lak..tp watak dlm cite tu Ara ngn Cristian yg dilakonkan oleh Jericho gak tu..
bila nengok tu..rasa jap mcm di alam fantasi..
hakhakhak..kuat berangan tol la cik zan nie..huhu..



p/s - kebetulan lak teman saya nie mix Filipina ngn Pakistan..
mukanya lak ikut umi dier yg asal dari Filipina...
skrg nie dia kt LA..buka agency modelling kt sana..kalo dia blk msia..nti sy upload pic nya..InsyaAllah...

Good Luck utk student yg amik SPM....


Hari nie bermula la hari yg paling mendebarkan buat adik saya..
Nur Fatin...
awal2 pagi mangun..muka nampak kelat jerr..
risau la tu nak jawab paper..
tp saya yakin dia leh jawab sb dia amat2 tekun study..gi tuition..
hope dia memperolehi keputusan yang terbaik..
jgn jadi mcm akak dierr..malas..haha...
p/s - wpun begitu...saya bakal menyambung study lg wpun baru jer hbs study xsampai 6bln...semangat....

Tuesday, November 17, 2009

Membuka pintu rezeki...

Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"..... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris...Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya.....)
  • Berusaha dan bertawakal..insyaAllah...




p/s - selalu gak lupa..mudah2 an lps nie sentiasa ingat bila mangun tido..InsyaAllah..

Mencarut!!!....~dipetik dari member facebook~...

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa.
Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah


Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepa
tutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.
Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.
Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.



p/s - agaknya org2 yg mencarut nie rasa bangga kot bila dpt carut kt org....hrrmm..ntah lerr..

Friday, November 13, 2009

Pantun raya haji....

Perlis...
Padang besaq kecik ja..
Tempat siam lalu lalang..
Hari raya kita berbelanja..
Jangan sampai menambah hutang..
Kedah..
Aloq Setaq terketaq-ketaq..
Lapaqnya perut makanlah pau..
Macammana tak terketaq-ketaq..
Kena paksa bagi angpau..
Penang..
Nasi kandaq kedai mamak..
Anak mami juai pasemboq..
Lepaih raya toksah dok teriak..
Kalau ceti mai ikut dapoq..
Perak..
Gulai tempoyak ikan mayong..
Deroyan busuk ditebok tupai..
Pandu hemat ingat kampung..
Asal teman selamat sampai..
Selangor/Kuala Lumpur..
Wa cakap lu wa tak tau..
Tapi wa tipu sama lu..
Raya jangan buat tak tau..
Angpau tu bagi gua dulu..
N.Sembilan..
Masak lomak cili api..
Campo dongan daun kari..
Hari rayo kolumpo sopi..
Tingal penyamun dongan pencuri..
(org kolumpo jgn kocik ati yoo..)..
Melaka..
Hawau kau berak merate..
Kaki bengkak ulau patuk..
Kalu balik pandu kerete..
Jangan pandu kalau ngantuk..
Pahang..
Sepadan Pahang ada kasino..
Nasi dagang ikan patin..
Jange mu masam muko..
Raya makan rendang sadin..
Johor..
Cegitu cegini awak suke..
Awak suke kite tak suke..
Esok luse hari raye..
Same-same bersuke rie..
Terengganu..
Makang ubi jamang jepung..
Makang kopok cicah cuke..
Bulang pose mung bengong..
Bulang raye mung gile..
Kelantan..
Makke ikke cicah budu..
Jange lupo tambah satar..
Kelik rayo taksir laju..
Nanti raye dale sepita..

Monday, November 9, 2009

Tahniah Chelsea!!


Tahniah buat Chelsea...menundukkan ManYu 1-0 di minit ke 72..oleh siapa lagi..kalau bukan John Terry..pakai jersi no.26..
makasih Terry..penyelamat utk Chelsea mng pg nie...
wpun xminat ngan team Chelsea..nak dibandingkn ngan ManYu..saya pilih Chelsea lg..
tp..game td Rooney men mmg bgs lh..byk kali percubaan gol yg dia bt mmg bahaya lh..
cuak gak saya tgk..tp alhamdulillah...
kemenangan tetap berpihak pada Chelsea..
Chelsea..Chelsea.. :)
esok..pakai baju kurung kaler biru lh...hihi..
ops..ari nie lh kn..dh kol 2pg..hehe..

Saturday, November 7, 2009

sudah selesai part 1 kesibukan...

hari jumaat sudah selesai pindah ke kampus tetap...
pindah dlm keadaan hujan..
mcm tahu2 ja hujan..
saya pakai jersi adidas..
seluar ala2 jeans ngn kasut sport nike..
pakai shawl..

giliran lab saya start kol 11..
tp leh nek atas lori beberapa brg jew..
so,kena tgu kol 2.30 lak..sb hari jumaat kan..
3 lori dtg serentak utk masukkan suma perabot2..
dlm kol 5pm lebih selesai masukkan brg2 dlm lori..

saya n beberapa pengajar len ikut..
saya pergi dulu,pengajar len ikut belakang lori..
msg2 amik tugas utk handle setiap lori..
tp kna ikut turn gak sb pekerja2 nak angkat brg tu xramai..

hbs msk brg dlm kol 7pm lebey..
mmg penat giler..
selama 2 minggu nie dok prepare pasal nie jew..

saya ada amik gmbar kampus tetap..
tp nanti2 lh saya upload..
sb letih sgt tlg my mum utk kenduri ari nie..
bersempena b`day adik bongsu saya..
06-11-2009..yg ke 17thn...
ngan bt bacaan Yassin utk dia nak amik peperiksaan SPM...

menu hari nie..

pagi :
  • nasi lemak..
  • roti canai...
  • kuih-muih..

tengah hari :

- nasi ngan lauk :

  • ikan keli bakar (kitorang bela ikan keli...bykkkk)....
  • asam pedas ikan temenung aka ikan kembung..
  • ulam-ulaman...
  • sambal belacan..
  • sayur air...

petang :

  • mee kari special..
  • serawa labu..
  • puding roti..

malam : (sambil tgk perlawanan antara n.9 ngn kelate)..eden sokong nogori..horeyy..3-1 woo...

  • Nasi goreng special..(abg saya yg bt)..
  • Buah mera dicicah ngan rojak (bt sendiri)..
  • Kopi O panas..

biasalah..kalo family saya bt kenduri..dari pg smpai mlm..nie kenduri kecik2 jew..kalo besar2..mahu seminggu asyik jamu org makan jew..
maklumlah..keluarga tukang masak..hehe..
saya pun cadang nak teruskan bisnes family (katering) nie..bab2 masak no problem..cuma masa tu xde nak kembangkan bisnes my parents nie..InsyaAllah..ada kelapangan..saya cuba..

Monday, November 2, 2009

Jumpa juga akhirnya kawan lamaku.... :D

Alhamdulillah...hari nie happy sgt sebab jumpa kawan lama saya kat facebook..kawan saya nie dah 10 tahun lost contact...kalau dia xtgalkan komen kat fb saya...mmg xperasan dia..sb tgh bz bt keje...
taw2 jew..twos tgk profile dia.. :)

~Shahril Abdullah~


kawan saya nie..sama2 belajar kat Teknik Langkawi,Kedah...
dia amik kos Katering..
dah kahwin dah...
wajahnya tetap mcm dulu... :)
twos tringat kenangan2 masa sekolah..hee.. :D

mmg tgh kumpul kwn2 lama kat Teknik Langkawi batch 1996-1997..
nak buat reunion besar2an..
InsyaAllah...
p/s - pada sapa2 yg batch 1997-1998 Teknik Langkawi..sila tgalkan alamat anda beserta no.tel ye..sb saya nak buat reunion..